Thursday, 12 October 2017

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


Assalamualaikum semua,

Memang agak lama tidak up date blog ni, banyaknya alasan yang nak dan boleh saya berikan tapi alasan yang paling ringkas ialah "malas" heeee. Selain jemu, dan terus terang saya katakan nak kendalikan blog ni pun boleh buat saya stress dan tertekan. Adakala saya menghabiskan berjam-jam-jam-jam, sehingga menyebabkan bahu hingga tapak tangan saya yang mengendalikan "mouse" menjadi sakit, sehingga hari ini masih terasa. Mungkin cara kedudukan tangan saya tidak betul kut, selain line "ternet" yang lembab yang menjadi penyebab saya menjadi "malas"

Hari ni selepas asar tergerak saya nak buka blog ni, itu pun sebab hujan, cadang tadi hendak keluar mengayuh. Ya saya langsung tidak buka blog ini selama ini, sehingga password dan cara nak kendali blog pun saya sudah tidak ingat. Pertama sekali selepas buka blog saya skodeng blog rakan saya Azam Ali kemudian barulah nak mereka apa yang hendak ditulis dalam entri ini, hari ini.

Keadaan diri saya

Okey alhamdulillah sehingga hari ini saya sihat-sihat belaka, cuma seperti yang saya katakan tadi saya dah malas nak up date blog ni lagi, rasanya insyaallah sekali sekala saya akan menulis kembali dalam keadaan tenang tanpa paksaan. Buat masa ini saya masih tidak membuka dan tidak membaca semua komen-komen yang anda semua tinggalkan, malah tidak langsung buka membaca email, pastinya banyak. Insyaallah pelahan-pelahan lah ya, jika ada masa saya bukalah email, baca dan insyaallah jawap segala pertanyaan atau insyaallah akan share pertanyaan saudara semua dalam blog ini....insyaallah.

Seperti biasa, keadaan kesihatan saya lebih kurang sama seperti dulu, dah lebih 12 tahun saya hidup bersama HIV ni. Setiap kali berjumpa doktor, keputusan darah saya hampir sama seperti tahun-tahun lalu, kiraan CD4 saya tidak pernah naik melepasi 300 pun, malah ada beberapa kali sepanjang saya tidak berblog, CD4 saya menurun sehingga ke bawah 200, ada sekali Virol Load saya kembali meningkat, kolestrol saya pun tidak pernah nak turun-turun. 

Walau bagaimana pun alhamdulillah ujian darah terbaru pada 23 Sept 2017 yang lalu semuanya kembali baik. Alhamdullilah. CD4 saya naik kepada 295 (21%), Virol Load sebelumnya juga kembali tidak dikesan. Kolestrol saya turun kepada 4.3 daripada 6.0 (ujian 6 bulan sebelum itu). 

Doktor terkejut macam mana kolestrol saya turun banyak, kerana selama ini bacaannya sentiasa berada dalam lingkungan pada paras hampir 6.0. Saya jawab saya dah mula makan ubat kolestrol sejak 4 bulan lalu, selama ini saya memang tidak mahu menelan "Pravastatin Sodium" 20mg ni, tapi 4 bulan lalu saya secara suka rela bertanya pada doktor mengenai kerelaan saya untuk menelannya. 

Alhamdulillah bacaan kolestrol saya menurun, mudah-mudahan jangan lah naik balik. Bukan apa risau jugak selalu baca mengenai berita orang yang tiba-tiba tumbang, bukan sahaja bagi kita yang positif HIV ni, malah orang lain yang pada dasar luarannya kelihatan sihat, mereka ini juga boleh tumbang secara tiba-tiba, biasanya masaalah jantung kerana kebiasaanya disebabkan kolestrol mereka yang tinggi. Saya ada baca mengenai kegusaran si AzamAli yang enggan menelan ubat kolestrol ini, nasihat saya jika bacaan sentiasa tinggi, susahnya nak turun-turun elok lah telan, dapatkan nasihat dari doktor nanti ya.

Hari ini kegiatan saya seperti biasa, sama seperti dulu, tidak pernah berjogging, malah kuat tidur dan kerap juga mengayuh basikal yang adakala serjam-jam sehingga melepasi 100km, sendirian.

Meninggal Dunia

Beberapa tahun lalu saya dikejutkan dengan berita seorang rakan PLHIV yang meninggal dunia, walaupun hubungan saya dengan arwah hanya melalui alam maya dan berkecai ditengah jalan, saya tetap mengikut perkembangan dirinya. Saya hanya mendapat tahu perkhabaran yang beliau telah pergi melalui Azam Ali selepas kira-kira sebulan selepas arwah dijemputNya. 

Saya masih ingat didalam bulan Ramadhan selepas bersahur, tergerak hati saya hendak buka email dan baca email dari AzamAli. Saya terkejut malah terus menitis air mata, malah saya tidak percaya orang sepertinya dijemput begitu awal olehNya. Malah ada ketika pada ketika itu saya anggap arwah pastinya tidak boleh pergi kerana ramai dikalangan kita masih memerlukan arwah. Tapi ajal maut ditanganNya, saya pasti Allah sangat-sangat menyayangi arwah. Semoga arwah bersama dengan orang-orang yang beriman disana. AL FATIHAH.

Umrah

Tiba-tiba saya mempunyai keinginan untuk pergi melakukan ibadah umrah, sebelum ini langsung tidak ada keyakinan kerana pada pandangan saya, saya ni masih belum betul-betul bersih. Walaupun aktiviti maksiat sudah lama saya tinggalkan, tetapi adakala keinginan nafsu telah mendorong saya melakukan maksiat "tangan". Lebih tidak senonoh terlajak juga menonton "porn" dalam talipon bimbit. Tetapi setiap kali selepas melakukannya, saya terus bertaubat, minta Allah timbulkan kebencian melakukannya lagi, Saya tidak malu meminta jika air sudah melimpah biar lah ianya keluar melalui mimpi, itu doa saya setiap kali didalam sembahyang. :)

Satu lagi alasan kenapa saya enggan ke Mekah walaupun ada kalangan orang terdekat saya hendak "sponser" ialah kerana CD4 saya kurang dibawah 300, sekiranya ianya meningkat tinggi macam kiraan CD4 Azam Ali yang naik, jika tidak silap hampir 800, pastinya keyakinan untuk kesana semakin tinggi. Melihat kelibat Luka Rafiqa yang telah menjejaki tanah suci baru-baru lalu, melalui akaun Instagramnya keinginan hati saya kesana kembali berkobar-kobar, apatah lagi bila saya mendengar berita mengenai seorang PLHIV lelaki di klinik rawatan disini telah pun pergi menunaikan haji baru-baru ini, tertanya-tanya didalam diri saya adakah CD4 mereka tinggi sehingga mereka ada keyakinan untuk pergi? kerana sentiasa tertanam didalam hati ini bahawa mereka yang mempunyai CD4 yang rendah sangat mudah diserang penyakit berjangkit terutama bila berhimpun bersama umat manusia dari serata dunia. 

Walau bagaimana kisah Luka Rafiqa serta rakan PLHIV yang telah pergi menunaikan haji itu telah membuatkan keingin saya untuk kesana kembali membuak-buak, walaupun keyakinan dalam diri ini masih rendah. Mogaa saya dan anda semua dipermudahkan ke sana satu hari nanti, insyaallah. Insyaallah nanti nak minta nasihat dari Luka Rafiqa, ya lah nak tahu juga mengenai pengalaman beliau, ubatan yang dibawa dan lain-lain lagi.

Tahukah anda semua,

Selama 12 tahun sejak saya menjadi pembawa, tidak pernah sekali pun saya pernah memohon doa kepada Allah agar saya disembuhkan daripada HIV/AIDS ini. Tidak pernah, yang saya selalu berdoa ialah agar diberi kesihatan yang baik, tinggikan kiraan CD4 dan supaya VL saya sentiasa tidak dikesan, kerana saya tahu HIV tidak boleh sembuh, jadi saya tidak pernah berdoa minta agar saya sembuh (100% lah maksud saya). 

Entah kenapa ketika didalam bulan Ramadhan lalu tergerak hati saya untuk berdoa agar Allah sembuhkan saya dari HIV/AIDS ini, ya bermula dari Ramadhan 2017 lalu saya telah mula berdoa agar Alah sembuhkan saya dari kuman ini, sekurang-kurangnya kita berdoa kepadanya mimta agar kita disembuhkan, Allah pastinya mendengar, dan terpulang kepada Allah sama ada mahu menyembuhkannya atau tidak. Jika kita tidak minta macam mana Allah nak berikan. 

Sekiranya sembuh itu tidak baik buat diri saya, saya tetap redha dan masih tetap berterima kasih kepadaNya kerana memberi saya HIV ini, kerana jangkitan ini lah yang menyebabkan kehidupan saya telah berubah menjadi lebih baik dari dahulu. Mudah-mudahan iman dan takwa saya sentiasa kukuh dan dipertingkatkan sehingga akhir hayat nanti, juga buat kita semua. Ameen.

Cukuplah kali ni dah nak masuk maghrib dah, semoga anda semua PLHIV diluar sana dan para pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah. - NAJMI




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)