Monday, 1 February 2016

TOP vs BOTTOM - PARTNER SAYA TIDAK SUKA PAKAI KONDOM, ADAKAH RISIKONYA TERLAMPAU TINGGI??



Salam abang,
Nak tanya ni, saya seorang gay dan berposisi sebagai seorang bottom dan juga seorang +ve HIV. Kalau partner top saya itu hendak having sex dengan saya tanpa menggunakan condom memang berisikokan? Adakah risikonya terlampau tinggi..? Sebab partner saya ni tidak suka pakai condom.. Macam mana ya.

Aku Dahagakan Kasih dan Sayang
Sunday, January 31, 2016 4:35:00 pm

Salam.

Mungkin ramai dari kita yang tidak ada HIV ni berfikir, bahawa tiada risiko apabila melakukan anal seks tanpa kondom dengan siapa sahaja asalkan kita sebagai Top. Adakah itu benar? Apakah berperanan sebagai Top akan mengurangkan risiko kita dalam berhubungan seks yang tidak selamat?

Saya sendiri pernah menyangka dan berfikiran bahawa seorang Top itu sangat susah dijangkiti HIV, kerana dulu saya mempunyai seorang rakan lelaki yang pure Top dan kerap melakukan aktiviti meliwat tanpa kondom (tak best pakai kondom katanya) dengan ramai pasangan tetapi sehingga hari ini beliau masih kelihatan sihat, mungkin nasibnya baik kerana tastenya kalangan remaja gay yang baru nak naik dan mungkin sentiasa dapat budak-budak yang tidak ada HIV. Ya walaupun susah dijangkiti HIV tetapi risiko mendapatkannya tetap ada.

Sama juga hal nya juga dengan seseorang HIV positif yang mungkin berfikir bahawa mereka tidak perlu menggunakan kondom dengan sesiapa, termasuk pasangnnya yang negatif, asalkan ia sebagai berposisi sebagai Bottom. 

Ramai kalangan gay menyangka dan percaya bahawa HIV akan lebih mudah disebarkan dari seorang TOP ke BOTTOM tetapi tidak sebaliknya (BOTTOM kepada TOP). Wah, lebih mudah bukan bererti tidak mempunyai risiko sama sekali ya.

* Bagai mereka yang masih tidak faham, istilah TOP bermaksud seorang lelaki yang meliwat (peneterasi), manakala BOTTOM pula seseorang yang kena liwat. Versatile atau Flexi ialah mereka yang mampu melakukan kedua-dua posisi


Kenapa seorang Bottom lebih berisiko ketika melakukan anal seks tanpa Kondom?
Ada dua sebab:

1. HIV terdapat pada cecair badan, salah satunya adalah cecair mani. Ketika seseorang positif HIV itu ejakulasi didalam dubur, HIV boleh memasuki peredaran darah melalui lapisan kulit sensitif / tipis di dubur.

2. Lapian sensitif / tipis di dubur lebih terdedah untuk mengalami luka dan lecet yang disebabkan oleh geseran pada saat melakukan seks anal. Luka dan lecet ini boleh menjadi pintu masuk HIV kedalam aliran darah.

Apakah bermakna Seks dubur tanpa kondom selamat untuk para Top?

TIDAK. Menjadi Top TIDAK mengelakkan kamu dari dijangkiti HIV. Cuba kita fikir, apakah Gay HIV positif hanya dikalangan mereka yang Bottom sahaja? Tidak kan. Ramai laki-laki Top yang juga menjadi HIV positif kerana seks dubur tanpa menggunakan kondom.

Bagaimanakah HIV boleh disebarkan dari Bottom ke Top?

HIV dalam cecair tubuh dalam dubur boleh menguncup kepada pasangannya melalui utetra (lubang kencing). Penularan juga boleh berlaku melalui luka ataupun lecet pada zakar Top ketika saat melakukan (peneterasi) seks anal.

Antara faktor lain memudahkan berlakunya jangkitan..

Samaada Top atau Bottom mereka sama-sama berisiko dijangkiti HIV apabila melakukan seks tanpa kondom jika mereka mempunyai STI (sexually transmitted infection) seperti gonorrhea, siflis dan lainnya. Ya, STI (jangkitan penyakit kelamin) meningkatkan risiko kemungkinan anda untuk dijangkiti HIV kerana luka / lecet / ruam STI boleh menjadi pintu masuknya kuman HIV.



Klik Entri ini, saksikan Video - PENYEBARAN DAN PENCEGAHAN HIV





LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)