Thursday, 11 February 2016

JAY - KEPUTUSAN HIV KIT SAYA POSITIF, SAYA SANGAT-SANGAT TERTEKAN, TOLONG SAYA..


Saya Jay, nak tanya, saya dah try buat test mengunakan HIV KIT dan resultnya positif, betapa hancurnya hati saya. Saya tak tahu nak bercerita kat siapa, rasa tertekan sangat, takut untuk bagi tahu ibu saya, kerann saya baru sahaja kehilangan ayah sebab sakit jantung dan saya adalah anak sulung yang diharap-harapkan oleh ibu. Dia sangat-sangat mengharapkan saya agar cepat-cepat kahwin tapi semua tu telah hancur sekarang ni. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan sekarang.

Abang, tolong saya, saya sangat-sangat tertekan...

JAY
Sunday, February 07, 2016 5:31:00 am


Hai jay,
Abang nasihatkan agar Jay lakukan sekali lagi ujian di klinik luar hospital kerajaan, jika benar positif pihak klinik akan beri surat agar Jay rujuk ke klinik pakar, iaitu bahagian klinik penyakit berjangkit untuk rawatan selanjutnya.
Hidup mesti diteruskan, semua telah berlaku yang penting Jay kena pandang kehadapan dan dapatkan rawatan. Perlu diingat mendapat HIV bukan bermakna telah berakhirnya kehidupan, mungkin ianya merupakan permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Hari ini HIV ni dah sama macam penyakit kencing manis yang mana terpaksa bergantung pada ubatan sepanjang hayat. 

Dengan adanya rawatan dan ubatan seseorang yang menghidap HIV pada hari ini dapat hidup dengan lebih sempurna malah ada setengahnya lebih baik daripada orang yang tidak ada HIV diluar sana. Sekurang-kurangnya kita hiv positif akan sentiasa dipantau tahap kesihatan dihospital setiap 6 bulan sekali, dan kita akan lebih mengambil berat mengenai ksihatan kita sepanjang hayat. Tetapi bagi mereka yang tak ada HIV ramai yang langsung tidak ambil peduli dan memantau kesihatan sendiri, tiba-tiba aje boleh dapat macam-macam penyakit lain kan.
Jika benar positif nasihat abang buat masa ni jangan beritahu pada keluarga atau pada ibu mengenai status hiv tu, rahsiakan sahaja, beritahu bila Jay rasa telah benar-benar sedia untuk beritahu. Macam abang walaupun dah 10 tahun positif dan tinggal dengan ibu dan beberapa adik beradik, sehingga hari ini mereka tidak tahu status HIV abang. 
Berkahwin, pembawa HIV juga masih boleh berkahwin, malah masih boleh dapatkan anak yang bebas HIV tanpa jangkitkan HIV pada anak dan juga pada isteri tetapi perlu dapatkan rawatan pemantauan dari doktor lah bagi mendapatkan anak yang bebas HIV. 

Percaya lah jika Jay ikhlas insyaallah pasti ada jodohnya nanti sama ada jodoh dipasangkan dengan wanita tidak ada HIV atau pun yang ada HIV. Mendapat anak yang bebas HIV bila berkahwin dengan wanita yang juga positif HIV juga boleh dilakukan tapi macam abang kata perlu dapatkan nasihat pemantauan dari doktor.
Setiap orang pasti tertekan bila mendapat tahu diri baru dijangkiti HIV, malah kalau dapat penyakit lain seperti penyakit kanser misalnya juga pasti tertekan. Percayalah mendapat HIV tidak seteruk mana jika dibandingkan jika kita mendapat kanser terutama bila tahu dapat kanser tahap 4 kan. Rawatan bagi HIV sekarang dah maju kita boleh hidup sesempurna seperti orang sihat yang lain.
Tidak pasti Jay sekarang berada dimana, tapi sekiranya jay hendak bercakap berhubung melalui tel, mungkin Jay boleh cuba hubungi saudara Luka Rafieqa, klik kat SINI, ada dikongsikan no tel Luka Rafieqa, Luka mempunyai kenalan dihampir seluruh negara, mungkin Luka boleh kenalkan rakan-rakannya pada Jay nanti.
Yang penting Jay kena bertenang, pergilah keklinik luar hospital kerajaan dan buat ujian sekali lagi atau lakukan ujian diklinik swasta seperti BPLab, jika positif pihak klinik akan beri surat pada Jay agar rujuk ke hospital besar nanti. - NajMi









LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)