Sunday, 24 January 2016

LELAKI LESBIAN - MENGUBAH DIRI MENJADI WANITA SEMATA-MATA MAHU MENJADI LESBIAN

photo hanya hiasan

Salam,

Saya dilahirkan sebagai lelaki, tetapi saya telah mengubah diri saya daripada seorang lelaki kepada perempuan. Saya lebih selesa menjalankan hubungan sex sebagai wanita lesbian daripada seorang lelaki straight. Saya telah lama mengambil pil hormon untuk besarkan dada dan sebagainya. Pelik tak tapi itu hakikatnya. Saya minat sangat dengan Ruby Rose.

Saya pernah hampir diliwat oleh seorang pakcik gay tetapi saya berjaya selamatkan diri, saya menjadi trauma sangat-sangat dengan kejadian tu. Saya jadi trauma dengan semua laki, saya menjadi paranoid dan benci semua lelaki. Saya pernah hampir cuba untuk toreh muka saya. Saya berpendapat bahawa muka saya lah yang menjadi punca sehingga buat laki-laki suka tengok saya sehingga membawa fitnah. Saya ambil pil hormon sepenuhnya dan jadi seorang wanita dan kini saya menjadi seorang lesbian dan saya tidak menyesal dengan tindakan saya

Ya asalnya saya adalah seorang lelaki tetapi lebih selesa jadi lesbian. Pelik tapi benar. Tolong saya please. 

LELAKI LESBIAN
Fri, Jan 22, 2016 at 11:46 AM
Sumber dari ruang komen pembaca DISINI


Memang pelik. Dari seorang lelaki yang semestinya berminat pada kaum wanita tetapi mengubah diri menjadi wanita untuk menjadi seorang lesbian. Tapi semuanya tidak mustahil didunia ni lagi.

Setahu abang terdapat lelaki yang normal yang sado tetapi ada dikalangan mereka ini suka pakai pakaian wanita seperti pakaian dalam wanita, teringat masa abang kerja berdekatan dengan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut dulu-dulu, ada kalangan askar sado yang beli pakaian dalam wanita dan kata mereka, mereka lebih suka pakai seluar dalam wanita daripada seluar dalam lelaki.

Tidak pasti apa yang saudara fikirkan dulu, mungkin dalam hati saudara sememangnya sudah ada keinginan untuk mengubah penampilan diri, mungkin saudara berperwatakan lembut, berkulit halus, mulus, cantik dan sangat menarik sehingga sesiapa sahaja (lelaki) yang memandang saudara mungkin menyangka saudara "adik-adik" yang suka pada kaum sejenis, tetapi hakikatnya saudara adalah seorang lelaki normal.

Maaf tanya, alat kelamin lelaki masih adakah? Atau mana tahu dah dibuang ker? Bolehkah seorang wanita lesbian terima saudara yang masih mempunyai "anu"? Bolehkah seorang lesbian terima seorang transgander? Hmmm mungkin bergantung juga sejauh mana kecantikan saudara kan. Mungkinkah saudara secantik Ruby Rose?


Ruby Rose Langenheim, better known as Ruby Rose, is an Australian model, DJ, recording artist, actress, television presenter, and former MTV VJ. Rose emerged in the media spotlight as a presenter

Jika tanya abang, sayangnya saudara mengubah diri menjadi wanita, saudara sebenarnya masih boleh mengubah diri menjadi lebih lelaki lagi, mungkin boleh ke gym, bina otot, ubah penampilan abang yakin saudara boleh menjadi seorang yang sangat kacak, handsome dan pasti ramai wanita normal diluar sana yang akan tergila-gila kan saudara.

Mengubah diri dengan mengambil pil hormon untuk menjadi wanita sepenuhnya pada abang adalah satu kesilapan yang telah saudara buat, alangkah baiknya jika saudara kekal sebagai seorang lelaki. Jika diselak dibaca berkaitan perbuatan mengubah diri menyerupai kaum lawan jenis dalam bab agama islam juga adalah salah dan berdosa.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Bukhari). Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas dengan ucapan: “Tidak boleh laki-laki menyerupai wanita dalam hal pakaian dan perhiasan yang khusus bagi wanita. Dan tidak boleh pula sebaliknya (wanita menyerupai laki-laki).”

Abang tidak mahulah galakkan saudara untuk terus hidup sebagai wanita. Nasihat abang, saudara sebaiknya berhentilah dari terus mengamalkan hormon, hentikan dari terus menjadi wanita, jika boleh ubahlah kembali kepada perwatakkan seorang lelaki, kemudian carilah teman hidup wanita normal yang secantik Ruby Rose dan berkahwin.

Saudara sangat beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki mempunyai nafsu seorang lelaki yang menyukai seorang wanita. Bayangkan ramai lelaki diluar sana contohnya seperti abang ni nak sangat agar hati ini menyukai wanita, berkahwin tapi tidak berkemampuan kerana tidak ada langsung nafsu pada wanita.

Ubahlah perlahan-lahan kepada yang asal, peristiwa hampir diliwat itu sebaiknya cuba lupakanlah. Hanya hampir diliwat sahajakan bukannya telah diliwat, jika dah diliwat lain pulak ceritanya. Ramai lagi insan diluar sana yang mengalami pengalaman yang lebih teruk daripada apa yang saudara alami. Cuba baca kisah NURUNN dalam blog ini, ada juga kisah dalam blog abang mengenai seorang pemuda yang telah diliwat semasa tidur (diberi dadah mungkin juga ubat tidur) sehingga disahkan positif HIV.

Jangan jadikan kisah lalu menjadi penyebab untuk saudara meniti ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah swt. Kita kena ingat hidup bukan semata-mata hanya didunia, hidup yang kekal adalah di akhirat kelak, masih belum terlambat untuk berubah - NAJMI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)