Wednesday, 9 December 2015

S' FULL BURN - MUDAH-MUDAHAN SAYA TIDAK TERLAMBAT MENERIMA RAWATAN HAART

photo hanya hiasan

Assalamua'alaikum w.b.t pekabar abang Najmi, harap semua dalam keadaan sihat dan baik. 

Bagi saya pula badan mula menunjukkan tanda-tanda HIV. Berat badan saya mula susut dari 80+++ ke 70+++, mulut saya mengalami keputihan, saya alergic kepada gigitan nyamuk dan akan meninggalkan kesan. Selera makan mula berkurang. Saya mula risau dah menyesal tidak mendapatkan rawatan lebih awal seperti nasihat abang dan jugak isteri saya. Seluruh ahli keluarga mula risau dengan keadaan saya ni. 

Untuk pengetahuan abang apabila saya disahkan HIV dulu saya tidak ambil surat rujukan doktor untuk ke hospital tapi saya tabahkan hati untuk mengambil semula surat itu. Alhamdulillah mereka masih simpan surat tersebut. 

Hari Rabu 29 July 2015 ini saya kan ke hospital Sg Buloh untuk memulakan rawatan HIV saya, moga-moga saya tidak terlambat untuk menjalankan rawatan ini. Kebetulan saya dan isteri baru mengambil anak angkat. Syukur tak terhingga atas nikmat Allah kepada kami, semoga anak ini mampu menjadi bekalan kami kelak dan menjadi peneman isteri di kala saya sudah tak ada nanti. sob sob sob..... sedih pulak memikirkan hal mati ini, padahal diri tidak bersedia. Walaupun tahu diri ini mempunyai penyakit yang berisiko seperti ini kadangkala lalai dengan perintah Allah hanya ikut mood sahaja. 

Bercakap berkenaan puasa yang lepas memang teruk keadaan saya dua hari saya tinggalkan puasa. Bukan sebab sengaja tapi satu hari tu saya kena migrain di sebabkan masalah kerja. Hari last sebelum raya pulak saya kena gastrik. Body dah tak kuat macam-macam penyakit datang. Selera makan hilang terus. Waktu bersahur nasi separuh pinggan pun tak habis. Sampai sekarang saya kadangkala saya tak boleh menjamah nasi. Nasi tersekat di tekak, makanan lain alhamdulillah walaupun kena berpaksa. 

Saya berharap diri saya masih kuat dan belum berada di tahap AIDS. Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup positif, namun biasa la saya terbelenggu bila orang sekeliling tanya keadaan diri saya kenapa kurus mendadak? Jenuh fikir nak jawab apa. 

Harap-harap saya diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan masa hadapan. Sebelum saya mengundur diri saya doakan abang semoga sentiasa dalam keadaan baik dan dilimpahi rahmatNya.amin.......

S' FULL BURN
aka Zali



Salam S'Full Burn,

Maaf abang dah lama tak buka blog dan baca email, jadi bukan sahaja email S'Full yang abang tak baca malah hampir semua komen-komen didalam blog abang tak approve dan jawab. Jadi sekarang abang ada sikit kesempatan untuk jawab mana yang mampu. Disebabkan email ni dah agak lama, abang anggap S'Full pada hari ini berada dalam keadaan sihat dan berbahagia bersama isteri dan anak. Sekiranya S'Full ada baca entri ini, tinggalkan komen beritahu abang perkembangan terbaru S'Full. - NajMi


# Perkembangan S'full Burn aka Zali klik DISINI
atau baca di ruang komen dibawah entri ini



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)