Friday, 25 December 2015

KESAN UBATAN HAART (EFAVIRENZ) KETIKA URIN TEST

Kit Ujian Dadah

Artikel ini diterbitkan kali pertama di Buletin Agenda PPP Hospital Sungai Buloh. Tahukah anda hanya jabatan psikiatri sahaja di Hospital SgB yang membuat ujian rapid urin untuk dadah? Ujian ini dilakukan bagi mengesan kehadiran dadah sama ada akibat dari pengambilan ubat-ubatan atau kerana penyalahgunaan dadah. Ujian dilakukan terhadap mereka yang disyaki mengambil dadah atau terkesan dengan dadah berdasarkan simptom-simptom klinikal.

Mereka yang diuji terdiri daripada pesakit psikiatri,pesakit metadon, pesakit-pesakit dari jabatan kecemasan dan lain-lain jabatan yang disyaki dengan dadah, pengawal keselamatan yang diuji secara berkala, kakitangan kerajaan dan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan orang awam yang terpilih memasuki perkhidmatan awam.

Kami menggunakan kit ujian Multi-Drug, Ia mampu untuk mengesan sehingga 5 jenis dadah secara serentak hanya melalui satu ujian air kencing. Jenis dadah yang berupaya dikesan merupakan jenis-jenis dadah yang popular serta sering disalahgunakan dikalangan masyarakat kita. Antaranya;

  • Opiate : Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Pethidine 
  • Canabinoid : Ganja, Hashish, Marijuana 
  • Psikotrapik (ATS) : Methamphetamine@Syabu@Ice, Amphetamine, Methylene Dioxymetham Phetamine (MDMA), Pil Ecstasy (XTC)
  • Benzodiazepine : Aprazolam, Bromazepam, Clobazam, Diazepam


Walau bagaimanapun terdapat keadaan keputusan urin menjadi ‘false positive’ atau positif palsu iaitu apabila pesakit mengambil ubat TB iaitu Rifampicin (positif opiate) dan ubat untuk rawatan HIV iaitu HAART atau lebih tepat ubat Efivarenz (positif canabis)

Kehadiran dadah didalam urin akan hilang selepas seminggu dari tarikh pengambilan dadah, namun bergantung kepada jenis dadah kerana untuk ubatan benzodiazepine jenis tindakan lama, kesan dadah boleh berada didalam badan sehingga 30 hari atau lebih.

Disediakan oleh : Fyrol Ikram Othman
Pen. Peg. Perubatan Klinik Psikiatri Hospital Sungai Buloh
Disahkan oleh : Dr Abdul Razak Othman
Pakar Psikiatri dan Ketua Program Metadon
Jabatan Psikiatri Hospital Sungai Buloh.
Sumber DISINI



PERSOALANNYA;

Seperti yang ditanya oleh seorang rakan email. 


Apa khabar abang Najmi? Sihatkah, abang Najmi ok tak?. Sekarang saya dah setahun jalani rawatan HAART. CD4 saya 380 & Virol Load saya 46 sahaja. Ujian ini 6 bulan yang lepas. Walaupun ada sedikit macam ruam kemungkinan alergic akibat ubat tetapi doktor kata yang lain masih ok. 
Kita PLHIV jika dilihat dari mata kasar nampak sihat aje kan dan tiada masalah untuk kita melakukan kerja waktu ini. 


Cuma saya ada satu kerisauan yang mengganggu fikiran ini. Saya pada setiap tahun saya kena jalani urin test dan medical check-up ditempat kerja dan dengar kata dengan memakan ubat ART ini iaitu tenofover tenvir-em dan efavirenz efamat, ujian urin kita boleh positif dadah iaitu kanabis (ganja). Betulkah?"- ANONYMOUS


"Saya harap mungkin ada pembaca diluar sana yang boleh membantu menjawab persoalan yang menganggu fikiran saudara ANONYMOUS ini dengan lebih tepat." - NajMi





Alhamdulillah seorang pembaca telah sudi menjawap persoalan yang mengganggu fikiran Anonymous ini (didalam ruang komen dibawah dalam entri ini)

1) Salam abang Najmi. Setakat yang saya tahu kan, satu kajian yang dibuat oleh penyelidik di HUKM dan Hospital Tuanku Jaafar ke atas 51 orang yang mengambil ubatan HAART (Efavirenz) untuk tujuan mengesan false positive cannabis seperti dinyatakan oleh beberapa pihak. Namun, hasil kajian yg mereka dapati adalah pengambilan efavirenz tidak menyebabkan false positive cannabis. Justeru, kepada yang bertanya jangan risau untuk buat urine test kerana hasilnya adalah NEGATIVE. Fri, Dec 25, 2015 at 11:35 PM

2) Salam abang Najmi, sekarang saya dihospital, saya dah tanya bahagian farmasi tentang ubat kita makan tu (HAART). dia kata negatif dadah (jika jalani ujian air kencing) melainkan jika ada pesakit yang mengambil rawatan methadon akan positif dadah. lega rasanya mendengar penerangan dari pegawai farmasi tersebut.- Mon, Dec 28, 2015




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)