Monday, 10 November 2014

KOTA KINABALU, TAWAU DAN SANDAKAN CATAT KES HIV TERTINGGI DI SABAH

KOTA KINABALU - September 25, 2014: Tiga daerah iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes HIV paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain bagi tempoh 2012 hingga 2013.
 
Mohd Nazri ketika menyampaikan ceramah mengenai ‘Kenali HIV/AIDS dan kesannya’ semasa Seminar HIV/AIDS dan Wanita 2014, di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa.

Daripada ketiga-tiga daerah itu, Kota Kinabalu memperlihatkan jumlah kes yang banyak iaitu daripada 191 kes HIV pada 2012, 50 kes direkodkan di daerah ini dan jumlah itu meningkat kepada 81 kes (daripada 253 kes HIV) pada tahun lalu.

Manakala bagi Tawau, daripada 24 kes HIV dicatatkan pada 2012, ia meningkat kepada 35 kes pada 2013. Untuk Sandakan, terdapat peningkatan sebanyak lapan kes iaitu daripada 14 kes yang direkodkan pada 2012, ia meningkat kepada 22 kes pada tahun lalu.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Menggatal Dr Mohd Nazri Mohd Daud berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah ‘Kenali HIV/AIDS dan kesannya’ semasa Seminar HIV/AIDS dan Wanita 2014, di sini kelmarin.

Katanya, walaupun HIV disifatkan sebagai penyakit epidemik di Sabah, tetapi dari tahun 1991 hingga 2013, statistik menunjukkan berlaku peningkatan kes HIV secara purata bagi setiap 100,000 orang.

Pada 1991, secara purata sebanyak 0.1 kes daripada 100,000 orang direkodkan menghidap HIV berbanding sebanyak 7.4 kes daripada 100,000 orang pada 2013.

Beliau berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan kes HIV kepada 11 kes bagi setiap 100,000 orang menjelang 2015.

“Pada tahun 2000, nisbah kes HIV adalah 21.7 dan disasarkan menurun kepada 11: 100,000 orang menjelang tahun 2015,” katanya.

Menurutnya, memandangkan kes HIV semakin meningkat, usaha memberi rawatan awal perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko pembawa HIV untuk dijangkiti AIDS.

Mohd Nazri berkata, sekiranya langkah pencegahan tidak dibuat dari sekarang, tidak mustahil populasi rakyat negara ini akan semakin berkurang.

“Contohnya di Swaziland, Afrika yang mana 26.5 peratus penduduk berusia 19-49 tahun disahkan menghidap HIV pada 2012 dan hampir 50 peratus ibu mengandung menghidap HIV. Hampir 30 peratus daripadanya perempuan berusia 15-19 tahun dan 60 peratus berusia 25-29 tahun.

“Dengan jumlah penduduk yang hanya 1,185,000 orang, populasi rakyatnya akan pupus dan mungkin negara itu akan lenyap di peta dunia.

“Pada 2009, seramai 7,000 orang mati disebabkan HIV/AIDS di negara itu. Ia menyebabkan kadar hayat di sana menjunam daripada 61 tahun pada 2000 kepada 32 tahun pada 2009.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada 2030, Swaziland akan lenyap dari peta dunia,” katanya.

Mohd Nazri berkata, antara tanda-tanda seseorang menghidap HIV/AIDS adalah seperti bengkak kelenjar leher, jangkitan kulit, jangkitan kulat dan kayap mulut.

Katanya, adalah mendatangkan bahaya sekiranya penghidap HIV/AIDS dijangkiti penyakit tibi kerana ia boleh menyebabkan pesakit meninggal dunia.

Beliau berkata, memandangkan gejala HIV tidak dapat dilihat dari mata kasar, pesakit HIV boleh dikesan hanya melalui ujian darah. Untuk itu, kerajaan menyediakan saringan kesihatan secara percuma di semua hospital kerajaan.

Pemeriksaan dan rawatan awal HIV mampu mencegah seseorang dijangkiti AIDS dan mampu mencegah kematian.

Kemudian dalam sesi soal jawab ketika ditanya mengenai pendapat sesetengah orang mengatakan ubatan tradisional mampu menyembuhkan pesakit HIV, beliau membidas kenyataan itu.

“WHO tidak pernah mengiktiraf ubat-ubatan tradisional mampu merawat HIV. Ubatan tradisional mungkin boleh membuatkan seseorang nampak sihat tetapi ia bukan merawat HIV,” katanya.
 

Oleh SURAIDAH ROSLAN
Sumber diSINI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)