Thursday, 23 October 2014

SHAHWATY - SUAMI SAYA BUAT HAL, DIA MINAT SESAMA KAUM

  • SHAHWATY
    Salam, tq kerana sudi berkawan dengan saya, nak panggil apa ni yer

  • Naj Mi 
    Panggil aje Najmi


  • SHAHWATY 
    Umur berapa dan kerje kat mana, akak kat negeri pantai timur ni, akak suka ayat Najmi...Hidup Mesti Diteruskan
  • Naj Mi 
    Apa jua yang berlaku pada kita, hidup mesti diteruskan kan...kita kena percaya kepada ketentuan Allah dan berbaik sangka kepadaNya selalu, tentu ada hikmah disebalik semua dugaan yang Dia turunkan kan. Lain lah kalau orang kafir hidup boleh dihentikan segera (bunuh diri) kalau mereka dah tak suka nak hidup. Abang dah lebih 40 tahun dah, dan menganggur.



  • SHAHWATY 
    Ooo...saya Shahwaty umur 30an, saya rasa saya tidak sekuat Najmi. Nak saja saya bawak diri jauh-jauh.tapi saya tahu..kalau saya buat macam tu masalah tidak akan selesai. Saya ada anak 4 orang. Dan sekarang tengah preggy 7m. Sudah lama saya pendam masalah ni...tapi sekarang baru kebenaran terbukti, suami saya buat hal. Bagai batu hempap kepala..Tuhan saje yang tahu luka di hati saya
  • Naj Mi 
    Buat hal? Main kayu 3 ker...? Ceritalah nanti abang baca.. Sekarang susah nak baca dan nak balas panjang-panjang sebab guna fon. Nanti abang balas bila on laptop ya...:)

  • SHAHWATY
    Saya betul-betul harap suami saya berubah. tapi dalam sebulan dua ni suami saya semakin galak dalam hal ni. Suami saya minat sesama kaum..cinta songsang. Sehinggalah saya terjumpa gambar tangan suami saya bersama cinta songsang nya...siap tertulis ayat, "i love you..moga cinta kita mekar sentiasa."

    Hancur luluh perasan saya bang, suami saya siap ada group lagi yang mana rata-rata ramai lelaki gay dalam group tersebut. Gambar alat sulit bersepah dalam group tersebut, termasuklah yang suami saya punya.

    Ayat-ayat suami saya macam orang bercinta.. cinta songsang nya orang yang dah agak berusia dalam 45 tahun gitu..sudah berkeluarga. Tergamak suami saya buat saya macam ni.. tak kesian ke dia pada saya dan anak-anak.

    Mana peginya iman dalam hati dia, tak malu ke dia bila hantar gambar-gambar alat sulit (walaupun tak nampak muka) pada kekasih cinta songsang nya tu... "Aku tengok yang kau..kau tengok yang aku punya". Dalam group itu pernah jugak suami saya ajak main untuk 3some. salah sorang mungkin cinta hati dia kut. Mana pergi nya sifat malu dia....tak malu ke dia buat gitu..Saya bagai naik gila bila ingatkan benda-benda ni

    Memang kami suami isteri gaduh besar bila saya tahu hal ni. Siapa nak mengaku kan bila buat salah..lebihlebih lagi benda ni. Saya kenal benar susuk tubuh..tangan suami saya..lebihlebih lagi tangan pasangan tu pun saya dah tengok. Saya tahu apa yang saya tengok tu tak salah...tapi suami saya masih jugak tak mengaku

    Tak apalah dia tak nak mengaku...cuma satu yang saya pinta...tinggalkan aktiviti tersebut dan cinta songsang nya tu. kembali lah ke pangkal jalan.

    Walaupun keadaan sekarang hubungan kami nampak baik...tapi jauh di sudut saya....saya bimbang jika suami saya masih berhubung lagi dengan cinta songsang dia tu. Saya betul-betul mahu percaya pada suami saya yang dia mahu berubah...tapi dalam hati saya was-was tu tetap ada. Saya takut suami saya tipu saya...dan kembali semula aktif tanpa pengetahuan saya. saya betul-betul takut benda-benda ni jadi di belakang saya.

    Selain berdoa dan minta agar Tuhan bagi petunjuk dan hidayah ke suami saya. Apa lagi yang perlu saya buat..saya betul-betul bingung bila teringat benda-benda macam ni.
  • Naj Mi 
    Salam, sebenarnya ramai isteri-isteri yang mengalami masaalah seperti saudari, kena ingat naluri songsang TIDAK dapat dihilangkan TETAPI ianya dapat dikawal, dikawal dengan iman dan takwa.

    Banyak kisah seperti ini yang ada abang siarkan dalam blog mengenai keluhan isteri-isteri yang bersuami songsang, mungkin puan boleh refer balik nanti sebab kalau nak nasihat, mungkin nasihatnya dari saya sama aje

    Puan kena kuat, kalau boleh dapatkan nasihat dari mereka yang pakar (kaunselor) seperti pegawai dijabatan agama dan sebagainya, jika suami masih berterusan melakukan aktiviti tersebut rasanya puan kena berpisah, selain menyakitkan hati dengan perbuatannya, puan juga berisiko dijangkiti macam-macam penyakit termasuk HIV sekiranya suami melakukannya tanpa pelindungan.

    Buat masa ini puan cuba sabar, tunggu sehingga selamat melahirkan anak, kemudian baru fikir tindakan yang terbaik yang perlu dilakukan. Kena berani demi diri sendiri dan anak-anak.


  • SHAHWATY 
    Selepas bergaduh besar tempoh hari, dia berjanji akan meninggal kan semua benda-benda tu...termasuklah tidak berhubung dengan kekasih cinta songsang nya tu. Tapi dalam hati saya... saay masih was-was untuk percaya. Macam yang abang Najmi bagi tahu..benda ni tak boleh hilang (tapi boleh dikawal dengan iman dan takwa). Saya takut mereka berhubung di belakang saya.

    Bahkan bila suami saya bagi tahu, balik kerja lambat...kerja sampai lewat malam...payah saya nak percaya. Saya cuba nak percaya...tapi bila teringat apa yang dia dah buat....hati saya jadi keliru. Walaupun suami saya bagi tahu dia tak berhubung lagi...tapi bila tengok kekasih songsangnya menghubungi nya di wassap..saya jadi bimbang. bila saya suruh block no tersebut...suami saya tak nak...dia kata macam saya tak percayakan dia. Saya betul-betul keliru bila dia cakap macam tu...
     
  • SHAHWATY 
    Sejujurnya saya masih sayang kan dia...tapi bila teringat apa yang dia buat, saya sakit hati. Saya cuba kuat demi anak-anak.. tapi sampai bila saya nak bertahan...saya berperang dengan jiwa sendiri.
  • Naj Mi 
    Kalau nak tahu abang hari ini juga ada menerima melalui email luahan seorang lagi wanita yang mengalami nasib sama seperti puan, dia tulis macam ni... 

    "Wassalam. sebenarnya kisah saya lebih kurang Puan WannaBwise (salah satu kisah dalam blog abang) juga. Saya ibu kepada 4 orang anak. Suami saya seorang lelaki yang sangat warak jika dibandingkan dengan saya. Namun segala anggapan saya terhadapnya musnah apabila saya tahu rupa-rupanya saya bersuamikan seorang suami biseksual setelah 18 tahun berkahwin. 

    Tidak pernah terduga pada fikiran saya beliau adalah lelaki songsang, segalanya bermula setelah saya membaca mesej cinta antaranya dengan pasangannya. Sebelum ni saya ingatkan beliau bermain cinta dengan perempuan rupa-rupanya lelaki yang dikatakan anak angkat barulah saya cuba kenangkan semula sejak bila... rupanya ni adalah pasangannya yang ke3. 

    Yang pertama dulu saya tidak sangka bila anak saya bagi tahu saya, ayah ada girlfriend sebab bila terima call cakap bisik-bisik, bila saya tanya dia kata murid sekolah dia dan saya call no tu memang lelaki so saya biarkan. Kemudian lama lepas tu saya terbaca mesej masuk rindu pada dia bila saya tanya dia kata budak kantin.

    Kemudian kemuncaknya baru-baru ni bila saya terbaca mesej cinta dia dengan lelaki yang dikatakan anak angkat. Remuk hati saya cuma Allah yang tahu".

    Bermakna Puan Shahwaty bukan seorang yang mengalami masaalah seperti ini, ramai lagi isteri-isteri diluar sana yang mengalami masaalah yang sama malah ada yang lebih teruk lagi keadaannya.


  • SHAHWATY 
    Besar sungguh dugaan untuk kami kaum hawa ni, abang Najmi, samalah dengan suami saya, suami saya solat tidak tinggal...quran dah banyak kali qatam. surah-surah alquran..banyak yang dia ingat (hafal) tapi saya kecewa sebab apa yang dia amal tu, masih tidak boleh lagi nak kawal nafsu songsang dia...

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)