Saturday, 25 October 2014

HARRIS - DOKTOR SEPATUTNYA BUKAN HEBOHKAN APABILA MENERIMA PESAKIT HIV

Bro Najmi saya baru sahaja sahkan HIV POSITIF. Apa yang perlu saya buat? - HARRIS (Thu, Oct 23, 2014 at 9:21 PM)


Bro Najmi saya telah buat petang semalam tapi hampa. Layanan diberikan amat teruk. Tengah hari semalam saya telah mendapat result daripada BP Health dan saya bergegas mencari klinik sekitar kediaman saya.

Seperti pesakit luar prosedur kena kena patuhi. Apabila tiba giliran saya masuk kebilik dan kebetulan ada pesakit lain iaitu seorang ibu dan anak bersama dengan doktor lain. Apa yang saya inginkan adalah suasana privercy untuk menceritakan masalah yang saya hadapi, tetapi dengan layanan kurang mesra dan nada suara yang kuat saya rasa hebohnya satu klinik menerima pesakit HIV.

Semasa itu lah doktor itu nak tanya sesuatu pada nurse apa perlu buat, kemudian tanya medical asssitance apa borang perlu keluarkan. Bagi saya amat melampau doktor kerajaan ni ini. Sepatutnya bukan menghebokan kepada pesakit atau staff yang lain tentang status HIV seseorang itu.

Tujuan saya ke klinik tersebut kerana ingin buat rawatan lanjut dan bertanyakan adakah ada western bolt test. Saya rasa kelam dunia ni kerana huru hara di buatkan oleh doctor tersebut, yang saya rasai telah melanggar etika kerja.

Pada mulanya saya ingin balik sahaja tetapi di tahan oleh seorang docktor yang lain kerana mereka anggap saya sakit. Tetapi saya sabarkan juga dan terus menunggu dan terus melihat drama oleh doktor lelaki berpangkat u48. Saya rasa dengan pangkat yang tinggi sepatutnya dia lebih tahu apa perlu buat dan bukannya menambah ketegangan dan kekusutan fikiran dikepala kita.

Apabila semua dah keluar dari bilik tu tinggallah saya dan doktor baru itu baru lah aman.

Tetapi saya terus terang tegur sikap doktor berkenaan dan tanyakan kepadanya, "sepatutnya awak rahsiakan perkara ini dan bukannya hebohkan satu bilik rawatan berkenaan pesakit kena HIV positif". Sepatutanya ada akta merahsiakan dan menjaga latar belakang pesakit HIV".

Setelah saya tegur, terus dia minta maaf. Bagi saya maaf itu tidak perlu diminta, bagi saya nyawa serta maruah saya sudah tidak berharga di mata seorang doktor.

Perjumpaan dengan doktor itu semalam adalah satu yang sia-sia, apa yang saya buat..saya ambil semua laporan kad rawatan saya dan saya katanya padanya yang saya akan buat ke klinik di luar kawasan saya. Bagi saya tidak ada selamatnya buat di situ lagi. Saya pasti semua orang disitu akan tahu saya penghidap HIV. Saya ucap terima kasih dan tinggalkan doktor itu dengan begitu sahaja.


Apa yang perlu saya buat, saya bekerja sebagai XXXXXX dan kini sedang cuti belajar untuk XXXXX di XXXXXX. Tertekan saya menghadapi perkara ini, saya positifkan diri kerana saya perlu kuat.

Kali terakhir buat blood testada bulan Januari 2014 tapi resultnya negatif, dan semalam result baru keluar, saya HIV  positif. Saya redha..bagi saya dugaan ini bukan penghujung hidup bagi saya.

Saya memang seorang gay...saya tidak tahu dengan siapa perlu saya luahkan masaalah ini, sehingga saya terjumpa blog daripada bro Najmi. Tolonglah saya, beri kata semangat kepada saya...saya  tidak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup saya di masa akan datang.

Apa yang saya buat sekarang, saya cuba aktifkan diri dengan sukan badminton saya, anggap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku supaya minda saya boleh terus fokus untuk lanjutkan pelajaran dan masalah HIV ini.

Soal pergi ke klinik, saya tidak pasti klinik mana yang tidak prejudis kepada pesakit HIV. Bukan layanan taraf 10 bintang yang saya perlukan tetapi layanlah seperti biasa dan merahsiakan butiran peribadi pesakit HIV terbabit yang datang menerima rawatan. Hajat dihati ingin pergi klinik kesihatan di SA, tapi saya rasa fobia nak berjumpa dgengan doktor lain lagi.

Tolong lah abang Najmi, tel saya 019XXXXXXX, saya perlukan sokongan moral daripada kawan-kawan senasib...wasslam

HARRIS 




Salam Harris, 

Abang selalu dengar kes macam ni, ada nurse yang jerit-jerit panggil seseorang itu pesakit HIV dan sebagainya..memang sesiapa sahaja yang berada dikedudukan seperti itu pasti akan berasa malu dan tak tahu nak letak muka dimana, walaupun kita berada dikalangan PLHIV lain yang sedang menunggu di ruang menunggu. Mereka sama ada doctor mahupun nurse tak boleh memanggil kita dengan perkataan HIV.

Tapi pandang abang, tidak semua doktor atau kakitangan bersikap demikian, masih ada dikalangan mereka yang perihatin dan tahu melindungi aib seseorang pesakit. Cuma mungkin saidara Harris berada ditempat dan waktu yang salah. Bertemu pulak dengan doktor yang seperti itu. 


Abang harap Harris jangan risau, dan tidak terlalu tertekan atau fobia nak jumpa dengan doktor atau keklinik kesihatan yang lain. Kalau jumpa jugak dengan kakitangan macam tu beritahu abang, abang pi sound mereka nanti heeeeee....

Abang berada di IPOH, mungkin Harris boleh hubungi saudara Luka Rafieqa dia ada di KL insyaallah Luka selalunya ada masa berhubung malah berjumpa dengan mereka yang ada masaalah HIV AIDS ini.

Luka Rafieqa Officially Page http://www.facebook.com/lukarafieqa
Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal
Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM),
Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

- NAJMI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)