Friday, 3 October 2014

AKIM @ JOHN - PUNYA NALURI SONGSANG TERHADAP SAHABATNYA

photo hanya hiasan

Assalamuaikum abang Najmi. 

Sejak membaca blog abang, hidup saya sedikit berubah daripada tidak solat saya cuba untuk solat selepas lama meninggalkan tiang agama saya ini. Perasaan saya tersentuh apabila membaca banyak kisah dari blog abang. 

Sebelum terlupa, nama saya Akim@John, (nama samaran)) berasal daripada keluarga sederhana mempunyai 10 orang adik beradik, anak ke 2 dalam keluarga, berusia 21 tahun masih study dalam bidang pendidikan.

Sekadar mahu bercerita......

Kisah saya bermula masa di sekolah rendah, saya tidak tahu kenapa saya suka melihat anu orang lain, rasa puas bila dapat melihatnya. Pada masa itu saya belum mengenal apa itu dunia plu atau gay, alhamdulilah setakat hari ini saya masih boleh mengawal diri daripada melakukan perbuatan terkutuk itu, cuma hanya sekali saya memberi orang lain h***P saya punya anu.. masuk ke sekolah menegah saya mula tahu apa itu plu dan saya sering melayari laman web gay. 

Sahabat yang baik

Hendak dijadikan cerita saya mempunyai seorang sahabat yang agak baik, dia seorang yang st8 not like me, setelah lama nya berkawan dan mula kenal perangainya membuat kan kami bertambah rapat. 

Sahabat saya mempunyai seorang awek, dia selalu cerita tentang awek dia, kadang-kadang rasa cemburu itu ada dan membuatkan saya hilang mood atau merajuk. Dia tidak pernah tahu bahawa saya mempunyai perasaan sayang terhadap dia, tapi saya sedar kasih sayang saya tidak akan kemana pun.

Lama kelamaan perasaan ini dipendam sekian lama. Selepas tamat tingkatan 6, saya mula menjauhkan diri darinya, kerana bertekad hendak membuang perasaan sayang dan melupakan si dia yang sentiasa bertakta di lubuk hati. Hanya allah yang tahu betapa sukarnya melupakan seserang yang kita sayang. Alhamdulilah perasaan sayang terhadap dirinya sudah berkurang. Kami masih berhubung tapi hanya untuk bertanya khabar sahaja dan tidak lebih dari itu.

Tinggal diasrama
 
Selepas setahun kemudian saya mendapat tawaran study untuk degree, pada masa yang sama saya berfikir boleh kah aku mengawal nafsu ini apabila tinggal diasrama, kerana ini lah kali pertama tinggal diasrama, pada mulanya berasa agak berdebar jugak kerana tinggal sebilik dengan seorang lelaki yang hensem, badan kulit putih, tinggi. Tergugat jugak iman apabila melihat dia memakai boxes sahaja pada waktu malam, walau bagaimanapun alhamdulilah masih boleh mengawal nasfu daripada mengambil kesempatan ke atas dirinya, Kami tidak terlalu rapat hanya sekadar borak kosong dan tidak pernah bercerita pasal sex dan sebagainya.

Memasuki semester 2

Sebuah pertemuan yang membuatkan hati ini sekali lagi dilamun dengan cinta terhadap seorang kawan yang sentiasa mengambil berat terhadap diriku. Sekali lagi diuji dengan perasaan ini. saya. Cuba untuk mengelak tapi apakan daya sudah terlambat membuang perasaan ini. 

Setiap malam kami tidur atas satu katil, bayangkan bagaimana untuk menjaga nafsu daripada mngambil kesempatan amat sukar, tiap kali memandang wajahnya ketika tidur terasa sangat ingin memciumnya, terpaksa ditahan kerana tidak sanggup merosakkan kepercayaan yang telah diberikan oleh nye selama bersama. 

Kalau melihat dia bergurau dengan rakan yang lain terasa perasaan cemburu datang. Bila fikir balik bodoh jugak aku nie. Kami masih rapat sangat hingga hari ini, insyallah akan cuba menjauhkan diri sedikit daripada terlalu rapat.

#berharap naluri songsang ini akan bertukar sebelum berkahwin.....


AKIM@JOHN



Salam Akim,

Lumrah kehidupan manusia terutama remaja seperti Akim, mesti ada keinginan mahu bercinta, mendapat kasih sayang, PLU juga tidak terlepas dari keinginan tersebut. Hidup mesti diteruskan jua. Walaupun kita mempunyai naluri songsang kita juga berkeinginan merasai kasih sayang, yang penting bagaimana kita mengawal naluri tersebut. 

Abang juga pernah alami peristiwa, apabila abang suka kepada rakan baik abang dulu (suka dalam diam), bukan sekali malah beberapa kali. Tetapi sama seperti Akim abang juga tidak pernah terlanjur melakukan sebarang hubungan dengan rakan baik yang abang suka itu dulu.

Bukan sahaja kepercayaan agama kita, malah agama-agama lain juga melarang hubungan songsang, jadi sebagai seorang Islam kita kena bijak mengawal diri dari tidak berterusan terlanjur dalam sebarang aktiviti songsang. 

Mungkin sukar bagi Akim sebagai seorang remaja untuk mengawal diri, mengawal nafsu, tetapi jika Akim berusaha memperkuatkan iman dan takwa, berterusan meminta bantuan pertolongan perlindungan dari Allah, insyaallah kehidupan Akim akan selamat. Jika mahu berkawan, berkawan lah kerana Allah.

Alhamdulillah kerana Akim masih belum terlanjur teruk, abang harap Allah akan sentiasa melindungi Akim dan selamat didunia dan diakhirat kelak. - NAJMI
 






LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)