Monday, 23 June 2014

JAFFAR - AKHIRNYA MEREKA TAHU SAYA GAY DAN BUANG SAYA DARI HIDUP MEREKA

Salam abang Najmi, cukuplah kenal saya sebagai JAFFAR (bukan nama sebenar).

photo hanya hiasan sumber dari www.elephantjournal.com


Saya mempunyai masalah besar dalam hidup saya iaitu saya meminati kaum sejenis. Masalah ini semakin teruk dimana saya telah membuat kesilapan besar dalam hidup saya. Perasaan ni wujud sejak saya di sekolah rendah lagi. Tetapi apabila saya menjejak kaki ke universiti, perasaan itu semakin lama semakin ketara. 

Saya sangat mudah untuk menyayangi seseorang apabila sudah mula rapat. Apa yang saya maksudkan ialah saya mudah jatuh hati dengan bestfriend saya. Even banyak kali mereka sakitkan hati saya, saya pendam disebabkan perasaan sayang tu. Walaupun mereka sering menyakiti saya, mereka jarang mengabai saya dan sanggup melayan kerenah saya walau terpaksa. Lama kelamaan perasaan suka itu timbul menyebabkan saya tidak keruan. 

Saya cuba untuk pendam sehinggalah saya kecundang. Saya telah merosakkan persahabatan kami kerana saya terlalu mengikut nafsu saya yang membuak-buak. Akhirnya mereka tahu diri saya gay dan terus membuang saya dari hidup mereka. Saya ada memohon maaf daripada mereka dan menceritakan betapa peritnya lahir dengan perasaan. Saya menceritakan segala permasalahan saya menyebabkan lagi mereka benci akan saya. 

Sejak itu saya menangis setiap malam, berdoa kepada ALLAH agar dipulihkan nafsu songsang ni. Saya tak tahan hidup diduga sebegini, hidup didalam buangan. Malah tiada insan yang saya boleh percaya untuk menceritakan hal ini, hanya ALLAH saja yg tahu betapa sunyi dan tertekannya saya pada masa ni. 

Orang tua saya sudah tiada didunia ini. Hidup saya hanya bersandarkan kepada kawan-kawan. Namun kawan-kawan kini telah membuang saya. Apa yang saya harapkan ialah sokongan moral dari mereka agar dapat saya berubah. Kini tiada apa dapat saya lakukan selain mengenang nasib diri yang tidak habis-habis ditimpa musibah. 

Saya buntu. Harap abang Najmi dapat bantu saya. Sekian.


JAFFAR

Salam Jaffar,

Tidak banyak yang boleh abang bantu saudara, sepekara lagi telah kerap kali abang jawab pertanyaan masaalah seperti ini dalam entri-entri yang lalu.

Berubah untuk menjadi normal pada abang adalah satu pekara yang sia-sia, naluri itu akan tetap ada. Macam yang selalu abang sebut kita mampu mengawal nafsu tersebut dengan iman dan takwa. Apa yang sudah berlaku, abang harap
Jaffar lupakan. Mana-mana kawan yang telah buang saudara, lupakan lah mereka, cuba teruskan kehidupan seperti biasa. 

Dalam soal bab mengawal nafsu ni, abang selalu syorkan agar kita elakkan diri dari melayan laman-laman web lucah. Jangan tengok porn gay dan seangkatan dengan nya, sebab itu antara punca-punca kenapa gelora nafsu kita sentiasa menbuak-buak dan ingin terlibat dalam aktiviti tersebut. 

Bila nafsu sukar dikawal kita boleh melakukan apa jua pekara yang salah dan adakala diluar perancangan kita. Abang pasti ada rakan-rakan straighl diluar sana yang sudi berkawan dengan saudara, carilah kawan-kawan yang baik budi pekerti mereka, kawan-kawan yang boleh membantu Jaffar ketika senang dan susah, kawan-kawan yang boleh mendorong Jaffar mengawal diri dan yang penting Jaffar kena ada niat untuk berkawan hanya kerana Allah. 

Jangan pula apabila dah jumpa kawan yang baik, kawan yang boleh bantu dan beri sokongan, Jaffar jatuh hati pulak dengan mereka. Itu dah tak betul, kalau kita dah jatuh suka pada kawan kita itu, itu yang menyebabkan rakan straght tu lari. Berkawan kerana Allah. 

Kita sebagai orang Islam, perlu sentiasa berdoa kepadaNya, insyaallah abang percaya Allah mengetahui dan akan membantu kita. Berperasangka baik dan percaya, yakin pada bantuan dari Dia. - NAJMI




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)