Tuesday, 13 May 2014

MAN - DAKWA DIRINYA TELAH SEMBUH DARI HIV

Seorang pembaca yang mengenalkan dirinya MAN, telah meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entri bertajuk "DAKWA TEMUI PENAWAR HIV/AIDS - APA PANDANGAN ANDA DENGAN PENGAKUAN INI???" Man mendakwa dirinya telah sembuh dari HIV berkat penawar dari Tuan Muhamad. 


Assalamualikum,  

Saya nak kongsi, disetiap yang terjadi pasti ada hikmah. Saya sudah mengamal penawar HIV nie, selama 3 bulan berturut-turut alhamdullilah dengan izin Allah tiga kali buat test HIV semua negatif dan yang penting bagi kita yang beragama islam dekatkan diri kepada Allah, banyakan bertaubat dan sesungguhnya Allah sayang kepada kita. Allah beri peringatan kepada kita, supaya kembali ke jalan Allah swt. Berusahalah dan dekatkan diri dengan masjid dan majlis-majlis ilmu insyaalah hati akan tenang, dalam masa yang sama Allah akan menyembuhkan diri anda dengan cepat. Setiap kesakitan yang dialami Allah mengkafarahkan(menggugurkan) dosa-dosa kita.

Bagi pesakit HIV, saya ajak anda guna penawar ini bersama dengan taubat dan rendah diri kepada Allah swt. Saya dapat rasa kesengsaraan menghidap penyakit ini memang amat tertekan. Gunalah peluang yang Allah beri dan jangan berputus asa insyaalah Allah menyembuhkan, tetapi ingat bila Allah memberi kesembuhan janganlah mengulangi pekara-pekara maksiat lagi dan jangan meninggalkan pekara kebaikan. Peluang yang diberi Allah hanya sekali gunalah sebaiknya.

Dari hati yang tulus saya dan perasaan ingin membantu kawan-kawan yang memerlukan, hubungi Tuan bongsu dia akan memberi semangat kepada anda. Tuan yang banyak memberi semangat kepada saya sewaktu saya sedang mengalami komplekasi buah pinggang dan pundi kencing yang teruk akibat serangan HIV sehinggalah saya sembuh dengan rahmat dari Allah swt. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan dari hati saya, semoga bermanafaat kepada kawan semua insyaalah


MAN




Salam,

Alhamdulillah jika benar kata saudara ubatan herba dari Tuan Muhammad ini mujarab dan telah menyembuhkan saudara, alhamdulillah. Entah kenapa hati saya tidak mempercayainya langsung, saya cuba hendak percaya tapi tidak terasa nak percaya.

Tolong doakan jika benar ianya mujarab dan boleh menyembuhkan pesakit HIV seperti saya yang telah hampir 10 tahun, DOAKAN AGAR HATI SAYA tergerak untuk mencubanya. Dalam masa yang sama saya juga berdoa jika benar ianya mujarab semoga Allah buka pintu hati saya untuk mencuba ubatan dari Tuan Muhammad ini.

Tapi macam yang saya kata buat masa ini sukar hendak saya percayainya lagi, jika saya mencuba bimbang boleh mempengaruhi ubatan HAART yang saya makan selama ini, jika ubatan HAART yang saya makan gagal berfungsi (berkesan) akibat pengaruh ubatan herba lain, yang kena tanggung adalah diri saya juga.

Jika benar lah pengakuan saudara itu, jika benarlah mujarabnya ubatan Tuan Muhammad mudah-mudahan Allah gerakkan hati saya untuk mencubanya.- NajMi




Salam Encik Najmi,

Saya anonymus 1 dan panggil saya MAN. Ok Encik Najmi allhamdullah ada jugak tergerak hati untuk berubat, demi zat Allah. Pengakuan saya memang sebenar-benarnya Demi Allah yang berkuasa saya hamba yang lemah nie hanya mampu untuk menyebarkan benda kebaikan.

Allhamdulilah penyakit saya sememang sudah sembuh, timbul dalam hati untuk membantu kawan-kawan luar sana yang sangat memerlukan. Berdosa saya jika tidak membantu orang yang sangat memerlukan, insyaallah Encik Najmi bangun malam dan sembahyanglah solat istiqarah, tahjud, hajat dan taubat insyaalah Allah akan tunjukan jalan.

Saya sepanjang sakit dahulu teras utama saya qiamulai setiap malam, sehinggalah Allah mengerakan hati saya untuk mencari penawar sehingga berjumpa Tuan Mohamad. Dalam satu hadis Allah berkata, Allah akan turun pada langit yang paling rendah untuk memakbulkan doa-doa orang yang bagun dimalam hari untuk bersujud padanya.

Encik Najmi yakin pada Allah, Allah tidak akan mengainayai hamba-hambanya. Bagi pesakit HIV, kita patut bersyukur kerana Allah menyedarkan kita daripada melakukan dosa padanya, ini tanda sayang Allah pada kita. Sepanjang kesakitan Allah menggugurkan dosa-dosa kita dan kita dapat bertaubat sepanjang hari kepada Allah swt. Bayangkan jika Allah tidak memberi penyakit ini kita akan terus bergelomang dengan dosa dan terus menerus melupakan Allah swt, dan lebih teruk tanpa kita sakit apa-apa, tiba-tiba Allah mencabut nyawa kita, waktu itu bayangkanlah dosa yang banyak dan tidak sempat bertaubat. Siksaan didalam kubur hingga akhirat kita akan menanggung siksaan. 

Inilah tanda Allah sayang kepada kita dan menyeru kita balik kepadanya, alhamdullah selepas saya sembuh, sekarang berasa senang hati dan tenteram dan dapat pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah kepadanya dengan hati yang gembira setiap waktu. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada hambamu yang hina dan lemah ini. 

Insyaalah Encik Najmi saya akan sentiasa berdoa didalam solat saya bagi menggerakan hati Encik Najmi mencuba ubat Encik Tuan Muhamad, tetapi ingat bukanlah ubat yang menyembuhkan tetapi rahmat dari Allah swt, yang baik dari Allah swt yang lemah dan silap saya minta maaf sangat-sangat demi Allah hati saya memang nak membantu orang yang sakit.


MAN




Salam,

Jika kita tanya pandangan PLHIV lain terutama mereka yang senior, mereka pasti akan menyangkal penemuan ini. Pasti ada sahaja alasan yang boleh mereka beri seperti ada kesilapan pada ujian yang saudara jalankan sebelum ini. Dan macam-macam teori yang boleh mereka beri.

Jika saya kata ianya mujarab, pasti akan ada PLHIV lain atau mereka yang pakar akan beritahu jangan percaya kerana dibimbangi jika ramai PLHIV lain yang percaya dan mengamalkan ubatan ini dan mereka tidak mahu menerima rawatan dihospital, maka mereka akan mendapat AIDS dan nyawa mereka mungkin akan terancam.

Sudah semestinya semua orang hendak sembuh, kalau boleh semua ubatan (yang diuar-uarkan boleh menyembuh) pasti mereka hendak mencuba (terutama PLHIV yang baru disahkan positif, saya pun tidak berkecuali. Tapi seperti mana yang saya kata, saya masih takut hendak mencuba, bimbang ubatan tersebut boleh memudaratkan ubatan HAART yang saya telah makan selama ini. 

Bagi PLHIV yang belum menelan HAART, pada saya mereka boleh mencuba ubatan Tuan Muhammad ini dan tidak salah mencuba, cuma bagi mereka yang telah makan HAART ini sahaja sebaiknya elak dari mencuba ubatan herba lain, jika boleh rujuk dengan doktor terlebih dahulu. 

Boleh saya tanya; 

Berapa ramai PLHIV yang telah sembuh setelah mengamalkan ubatan Tuan Muhammad ini? Kenapa sangat kurang ada pengakuan diakhbar-akhbar mengenai PLHIV yang telah sembuh. Ada seorang pembaca PLHIV yang berkata, jika benar Tuan Muhammad telah temui ubat yang boleh menyembuhkan pesakit HIV maka dia pasti boleh menjadi seorang billionair. Kisah ini pastinya telah tersebar di CNN. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengesahkan penemuan ini?

Dan ada seorang rakan yang berkata, “(Saya) sudah banyak terima pengakuan begini (berita yang mengatakan telah temui penyembuh HIV). Tiada bukti sahih dari mana-mana hospital. Kemungkinan besar undetectable Virol Load sahaja. My new case now sudah kena storke dan sudah ada toxoplasma. She's on wheel chair now" 

Itu antara maklum balas yang saya pernah baca mengenai berita penemuan ubatan penyembuh HIV ini dulu.

Kena ingat ujian Viral Load adalah untuk mengesan jumlah kuman didalam darah, seseorang yang telah mengambil ubatan HAART akan menyebabkan kuman dalam darah tidak dapat dikesan lagi. Tidak dapat dikesan (not detected) bukan bermakna sudah tiada kuman dalam tubuh seseorang PLHIV itu, kuman masih ada tetapi bersembunyi ditempat-tempat yang tidak tercapai oleh ubatan HAART yang kita makan tu. Maknanya kuman masih tetap ada, jika ubatan HAART tidak dimakan lagi makan kuman yang bersembunyi itu akan mula membiak kembali.

Buat masa ini saya masih takut hendak mencuba apatah lagi disebabkan faktor kewangan, insyaallah saya tidak kata saya tidak teringin nak mencuba, cuma buat masa ini gerakan didalam hati saya masih belum cukup kuat, keyakinan belum ada, saya masih belum cukup berani hendak mencuba. 

Insyaallah dimasa depan hanya Allah sahaja yang tahu, ya mungkin berkat doa saudara tidak mustahil saya akan mencuba, jika benar ianya mujarab sudah pasti saya akan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.

Kita tengok nanti macam mana. Walau bagaimana pun terima kasih kerana berkongsi kisah. Semoga saudara sentiasa sihat dan kehidupan sentiasa dirahmati Allah SWT....:) - NajMi




WSalam,

Insyaallah Encik Najmi mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada Encik Najmi dan rakan-rakan yang lain. Saya akan sentiasa berdoa untuk kebaikan semua, lakukanlah solat istiqarah sesungguhnya Allah akan tunjuk jalan yang paling terbaik, yakin pada Allah, Allah tidak akan menganaiyai hambanya melainkan hambanya yang menzalimi diri sendiri. 

Ingatlah Allah maha berkuasa sesungguhnya penyakit datang dari Allah dan perginya sesuatu penyakit daripada Allah jugak. Allah boleh menggugurkan sesuatu penyakit dengan sekelip mata dengan kemahuannya, insyaallah En Najmi perbanyakan beribadah kepada Allah mudah-mudahan allah menggerak hati dan melimpahkan rahmat kepada En Najmi.

Satu lagi ustaz saya selalu berpesan banyakan amal jariah, sesungguhnya Allah akan memurahkan rezeki, cabang rezeki yang diberi Allah bukan setakat harta benda tetapi pelbagai antanya iman menjadi kuat, gugur dosa, gugur sesuatu penyakit, keluarga bahagia, hati tenang, dan bermacam-macam lagi. Insyaalah mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya pada kita dengan mencurah-curah amin.


MAN






LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)