Friday, 2 May 2014

ARSHAD - BOLEHKAH SAYA DIJANGKITI HIV JIKA........

Assalam abang, 

Saya Arshad (bukan nama sebenar) saya cuma nak bertanya. Saya cuma rasa resah sebab bimbang kalau dah ada jangkitan HIV ni. Sebab arwah pakcik saya bekas penagih. Dan dia meninggal pun sebab positf HIV. 

photo hanya hiasan

Saya cuma risau kalau-kalau saya ada kena jangkitan. Sebab saya pernah ambil rokok lenteng yang telah di hisap dan di buang. Saya kutip dan membuat yang baru untuk saya hisap. And alhamdulillah saya tak ada gian dadah atau pun apa-apa. And satu masa dia sakit. Pada badannya timbul ruam-ruam tu. Dah teruk. Dia ada masuk hospital. Masa pakcik saya tu nak di bawa ke hospital. Saya ada angkat dia tanpa lapik. 

Dan dia minta balik ke rumah. Bila sampai ke rumah, saya ada mandikan dia, mandikan dia dengan tangan saya sentuh badan dia. Yang saya mandi kan tu macam mana pula bang. Air tu mengalir dan badan dia tiada luka dan pada tanga saya pun tiada luka. Saya sabunkan dia masa dia belum pergi tu. Saya lap kan badan dia. 

Dan bila waktu malam, dia pun hembus nafas yang terakhir. Benda ni dah berlaku pada seminggu selepas raya tahun lepas bang. 

Cuma bila kelmarin saya bercerita pasal HIV ni dan pakcik saya ada alami tu dan sampai dia meninggal dunia. Baru semalam saya bukak google sampai ke hari ni. Saya jumpa blog abang. Saya terbaca dan nak minta pendapat abang. 

Sakit kepala tu tiada bang. Tapi rasa berat kepala ni. Sengal badan. Badan berpeluh berlengit. Tekak gatal-gatal. Susah nak tido sebab nya malam saya berjaga. Dan bila nak tidur siang tu akan ambil masa. Adakah saya terkena bang? 

Sebab masa saya tolong pakcik saya tu. Seminggu selepas raya tahun lepas. Saya cuma risau dan nak minta pendapat abang. Rasa mual tak ada. Cirit birit tak ada. Badan seram sejuk dan kaki terasa bersemut aje saya ni bang. Nak minta abang kasi pandangan aje pada kes saya ni. 

Maaf kalau saya menganggu abang. Elok kah saya buat ujian tu bang? Minta saranan abang. Sebab kat blog abang, ada cakap pasal telinga berdesing. Setiap manusia alami benda tu kan bang. Tapi bila saya baca saya jadi risau. Maaf la bang saya tanya banyak. Terlalu banyak  saya fikirkan, macam-macam yang terlintas dalam hati ni.


ARSHAD




Salam Arshad,
 
Arshad kena faham bagaimana cara utama jangkitan HIV terlebih dulu, ada 4 cara utama,

1) Seks bebas dengan berbagai pasangan tanpa pelindungan
2) Mendapat darah yang tercemar (maybe melalui pembedahan dan sebagainya)
3) Berkongsi jarum suntikan (dikalangan penagih)
4) Dari ibu kepada bayi (ketika melahirkan anak dan susu badan) 

Kalau sekadar hisap rokok atau berkongsi straw minuman TIDAK jangkitkan HIV. Pandangan abang saudara tidak dijangkiti HIV, cuma risau aje tu dan asyik fikir bukan-bukan.

Pada abang tak perlu buat ujian sebab saudara tidak dijangkiti HIV pun, cuma duk fikir bukan-bukan. Telinga berdesing tidak semestinya sebab HIV, ramai PLHIV yang tidak alami telinga berdesing. Jangan risau. 

Tapi kalau nak buat ujian tak salah, abang pasti negatif nya. 

HIV perlukan luka sama luka untuk masuk dalam badan kita, kalau masa saudara angkat pakcik tu tidak ada sebarang luka kat tangan atau lengan atau mana-mana bahagian badan yang tersentuh pada tubuh pakcik maka tidak akan berjangkit HIV.

Lain lah kalau semasa saudara angkat pakcik tu terdapat luka berdarah kat lengan tangan saudara dan luka tu bergesel dengan luka berdarah di badan pakcik maka ketika itu kemungkinan berisiko dijangkiti HIV. Kalau tidak ada luka tu ok. Badan pakcik pun bukan ada luka berdarahkan, tangan saudara pun tak ada luka so tak berjangkit HIV. Kalau ada luka kat badan pakcik tapi tak ada luka berdarah kat tangan awak pun tak berjangkit HIV.

Kena ingat kuman yang ada dalam darah pesakit AIDS akan cepat mati bila kena pada ruang udara (dalam seminit dua kut). Kalau darah yang dah bercampur dengan air pada abang lagi lah cepat mati kuman tu, kuman yang ada dalam darah yang bercampur air tu dah tak banyak dah.

Cuma adalah lebih baik kita pakai sarung tangan terutama kalau kita urusakn pesakit HIV yang ada masaalah dengan luka, kurap dibadan. Kalau pesakit AIDS tu tidak ada luka pada abang tidak jadi masaalah. Kalau kes dihospital tu kaki tangan yang menguruskan pesakit HIV terpaksa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, melindungi diri mereka daripada kemungkinan dijangkiti penyakit lain terutama dalam kes pesakit AIDS yang meninggal dalam keadaan tidak sempurna tubuh akibat mengalami sebarang penyakit kulit.

Jangan fikir pesakit AIDS tu kotor, kalau tubuh badan mereka tak ada luka tak mengapa kalau kita sentuh atau memeluk mereka sebab tidak akan berlakunya jangkitan HIV.- NajMi



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)