Monday, 19 May 2014

ANEMIA DAN HIV


Apa Itu Anemia? 

Anemia adalah kekurangan hemoglobin (Hb). Hb adalah protein dalam sel darah merah, yang membawa oksigen dari paru ke bahagian tubuh yang lain. 

Anemia menyebabkan keletihan, sesak nafas dan pusing. Orang dengan anemia merasa badannya kurang enak berbanding orang dengan tahap Hb yang wajar. Mereka merasa lebih sukar untuk bekerja. Ini bermakna kualiti hidupnya lebih rendah. 

Tahap Hb diukur sebagai sebahagian dari ujian darah lengkap (complete blood count / PJK).

Anemia ditakrifkan oleh tahap Hb. Sebahagian besar doktor sepakat bahawa tahap Hb di bawah 6.5 menunjukkan anemia yang gawat. Tahap Hb yang normal adalah sekurang-kurangnya 12 untuk perempuan dan 14 untuk laki-laki. 

Secara keseluruhan, perempuan mempunyai tingkat Hb yang lebih rendah berbanding laki-laki. Begitu juga dengan orang yang sangat tua atau sangat muda. 

Apa Punca Anemia? 

Sumsum tulang membuat sel darah merah. Proses ini memerlukan zat besi, serta vitamin B12 dan asid folik. Erythropoietin (EPO) merangsang pembuatan sel darah merah. EPO adalah hormon yang dibuat oleh buah pinggang. 

Anemia boleh berlaku bila tubuh kita tidak membuat sel darah merah secukupnya. Anemia juga disebabkan kehilangan atau kerosakan pada sel tersebut. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan anemia: 

* Kekurangan zat besi, vitamin B12 atau asid folik. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan jenis anemia yang disebut megaloblastik, dengan sel darah merah yang besar dengan warna muda

* Kerosakan pada saraf tulang atau buah pinggang 

* Kehilangan darah akibat pendarahan dalam atau kitaran haid perempuan 

* Pemusnahan sel darah merah (anemia hemolitik) 

Jangkitan HIV boleh menyebabkan anemia. Begitu juga banyak jangkitan oportunis, berkaitan dengan penyakit HIV. Banyak ubat yang umumnya dipakai untuk merawat HIV dan jangkitan berkaitan boleh menyebabkan anemia. 

Anemia dan HIV 

Dahulu, anemia berat jauh lebih umum. Lebih dari 80% yang didiagnosis AIDS mengalami anemia dengan tahap tertentu. Orang dengan penyakit HIV lebih lanjut, atau dengan jumlah CD4 lebih rendah, mengalami angka anemia lebih tinggi. 

Angka anemia menurun selepas Odha/PLHIV mula menerima terapi antiretroviral (ART). Anemia berat jarang berlaku di negara maju. Namun ART belum boleh memberantas anemia. Satu kajian besar mendapati bahawa kurang lebih 46% pesakit mempunyai anemia ringan atau sedang, walaupun sudah memulakan rawatan ART selama satu tahun. 

Beberapa faktor yang berkaitan dengan angka anemia semakin tinggi pada Odha/PLHIV: 

* Jumlah CD4 yang lebih rendah

* Viral load yang lebih tinggi

* Menerima AZT

* Pada perempuan 

Kesinambungan penyakit HIV kurang - lebih lima kali lebih umum pada orang dengan anemia. Anemia juga dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi. Merawat anemia nampaknya dapat menghapuskan risiko ini. 


Bagaimana Anemia Dirawat? 

Merawat anemia bergantung pada penyebabnya. 

* Pertama, merawat pendarahan kronik. Ini mungkin pendarahan dalam, buasir, atau bahkan sering mimisan (nosebleeds)

* Berikut, memperbaiki kekurangan zat besi, vitamin B12 atau asid folik, jika ada 

* Berhenti mengambil, atau mengurangkan dos ubat penyebab anemia 

Pendekatan ini mungkin tidak berjaya. Mungkin mustahil berhenti mengambil semua ubat yang menyebabkan anemia. Dua rawatan lain ialah pemindahan darah dan suntikan EPO. 

Pemindahan darah dahulu merupakan satu-satunya rawatan untuk anemia teruk. Namun, pemindahan darah boleh menyebabkan jangkitan dan menekan sistem kekebalan tubuh. Pemindahan darah tampaknya mengakibatkan kesinambungan penyakit HIV yang lebih cepat dan meningkatkan risiko kematian pada Odha/PLHIV. 

EPO (erythropoietin) merangsang pembuatan sel darah merah. Pada 1985, saintis berjaya membuat EPO sintetik (buatan manusia). EPO ini disuntik di bawah kulit, biasanya sekali seminggu. Namun EPO sangat mahal dan sukar terjangkau di Indonesia. 

Sebuah kajian besar terhadap Odha/PLHIV mencari bahawa suntikan EPO mengurangkan risiko kematian. Pemindahan darah tampaknya meningkatkan risiko kematian. Kerana risiko dari pemindahan darah, sebaiknya kita elakkan pemindahan untuk merawat anemia. 

Garis Dasar 

Anemia menyebabkan keletihan dan rasa kurang enak. Anemia juga meningkatkan risiko kesinambungan penyakit dan kematian. Anemia boleh disebabkan jangkitan HIV atau penyakit lain. Banyak ubat yang dipakai untuk merawat HIV dan jangkitan berkaitan juga boleh menyebabkan anemia. 

Anemia sejak awal lagi merupakan masalah untuk Odha/PLHIV. Angka anemia yang teruk menurun secara bermakna di negara-negara maju sejak orang mula mengambil ART. Namun hampir separuh Odha/PLHIV masih mengalami anemia ringan atau sedang. 

Merawat anemia meningkatkan kesihatan dan daya tahan hidup Odha/PLHIV. Memperbaiki pendarahan, atau kekurangan zat besi atau vitamin adalah langkah pertama. Jika boleh, sebaiknya berhenti memakai ubat penyebab anemia. Jika perlu, pesakit sebaiknya dirawat dengan erythropoietin (EPO), atau jika tidak ada pilihan lain, dengan pemindahan darah.



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)