Tuesday, 8 April 2014

LISA - SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH TETAP SUAMI ISTERI

Masih ingat kisah entri LISA - MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF

Entri kisah Lisa

Salam abang najmi 

Masih ingat saya? Lisa ;) Setahun yang lepas saya meroyan dengan abang hahaha and tetiba malam ni tak boleh nak tido pulak bila terpikir dah setahun masa berlalu selepas apa dah jadi. Rasa bersalah jugak x update abg apa-apa sedangkan ramai mungkin nak tau apa jadi kat kami.. Hahaha.. 

Untuk pengetahuan abang, alhamdulillah berkat doa semua kami masih lagi suami isteri. Saya dah pun redha dengan apa yang sudah terjadi. Tapi ya lah manusia biasa kan, kadang-kadang tu meroyan la jugak bila pikirkan pasal anak. hahah. Sejak suami saya disahkan HIV setahun yang lalu, kami tidak pernah melakukan 'bersama' pun. Dia takut saya dijangkiti. Saya laaagiiii lah takut!! Hahaha.. Maka.. Pendamkan je la.. Hahaha.. 

Dah jadi isteri, buruk baik suami kita telan lah sebab bila dah kahwin ni kita bukan kahwin dengan suami aje tapi kahwin dengan seluruh keluarga terlibat. Biar saya je la menangis dari saya membiarkan ramai insan-insan sekeliling saya nangis. Pilihan berkahwin dengannya saya yang buat dan saya yakin percaturan Allah tu tepat. Andai ini jodoh saya hingga akhir hayat saya redha bang..;) yang penting, dia tak ulangi perbuatan dia tu saya dah syukur sangat-sangat. Saya anggap dugaan kami ni sebagai kifarah untuk dosa-dosa kami sebelum ni.

Apa saya buat dalam setahun ni??

1) Kami slow talk n bagi ruang pada diri terima baik buruk memasing. Saya kena kuatkan diri sendiri untuk terima dia seadanya n betul-betul redha supaya tak ada apa-apa ayat tunding jari n ungkit kisah hitam dia. Saya 'ugut' dia supaya betul-betul buang semuaaaaa contact-contact kawan-kawan senaluri dia. Memang sangat susah. Saya yakin ramai isteri-isteri yang alami nasib yang sama faham apa saya lalui.. Haha.. Memang jadi stalker la. Check HP, facebook , email segala. Perubahan memang slow lah but at least it works! Nak kata percaya 100% tu tidak lah lagi memandangkan dah banyak kali ditipu tapi saya letakkan Allah didepan. And saya yakin kalau dia ada tipu saya, Allah akan tunjuk.. ;) 

2) Saya belikan dia kapsul habbatusauda, Jus delima and sekarng kami berdua amalkan makan Shaklee. Saya tak nak dia jatuh sakit and sangat risau kalau dia start demam. Alhamdulillah, so far kehidupan kami berjalan seperti biasa malah dia semakin menunjukkan rasa sayang dia pada saya (Oh mula-mula saya rasa dia just rasa bersalah, tapi lama-lama nampak dah ikhlas dia untuk berubah. Senang je nak ambik hati isteri kan? Haha)
Oh untuk pengetahuan abang. Suami saya tak pernah jumpa mana-mana doktor pun lagi pasal HIV ni. Liat sungguh and bila saya ajak, dia diamkan diri. Apa risikonya kalau dia masih xnk dapatkan khidmat nasihat doktor?
 

3) Saya ketepikan soal lain. Pada saya kalau pun saya tak dapat jadi isteri solehah. Saya sedaya upaya akan jaga aib dia. (Tapi cerita pada abang and blog tak apa lah kot kan, sebab nak panduan and nasihat.. Hahaha) Alhamdulillah, rahsia ini hanya kami berdua yang tahu. Ketepikan soal nak anak sebab saya tahu tak akan berpeluang untuk ada anak sendiri. Nak anak angkat melalui JKM pun kena buat test hiv maka menumpang kasih anak buah je la. Cuma kadang-kadang jadi lemah apabila orang bertanya since tahun ni perkahwinan kami dah masuk 4 tahun. Bertambah pilu kalau sepupu sepapat pregnant and mertua dok update orang tu pregnant orang ni pregnant. Tu memang tak leh nk elak.. Haha 

4) Bapa mertua saya meninggal last June. Maka suami adalah anak sulung and harapan bagi mak mertua and adik-adik. Itu lagi menguatkan kasih saya and redha saya untuk sama-sama harung kehidupan ni dengan dia. 

5) Saya mengalami batuk berpanjangan, disebabkan takut. Dari april 2013 sehingga la Feb 2014. Saya pun tak ada pergi mana-mana doktor or klinik untuk test if saya dijangkiti. Sehingga la saya dimasukan ke wad sebab bronchitis and doktor ambil darah sebab takut denggi. Maka saya suruh suami beli RAPID TEST EASY KIT tu and alhamdulillah, syukur yang amat, menangis saya apabila tengok keputusan tu. Bergenang air mata suami tanda syukur sebab saya Negative dari HIV. Soalan; perlu ke saya buat follow up test?? Atau memang 100% saya bebas dijangkiti? 

Now apa yang kami mampu buat adalah berdoa and terus berdoa akan terjaga aib ini dari sesiapa pun. Ngeri bila fikir pasal kematian. Bagaimana situasinya andai malaikat tarik nyawa and urusan jenazah tidak seperti orang lain. Apa yang saya perlu jawab pada sanak saudara. Maka saya berdoa agar dipermudahkan segalanya and semoga aib ini tertutup selamanya. Kami sekarng sama-sama perbaiki diri and hargai diri masing-masing selagi diizinkanNya untuk bersama. 

Satu kisah lain yang menusuk hati saya ialah kisah Puan Bella Bubu (klik disini). Saya ikut perkembangan blog beliau (klik Disini) and rasa sakittttt sangat melihat dia diperlakukan sebegitu dek suaminya. Berharap dia buat pilihan yang tepat kalau masih mahu bersama suami. Saya doakan yang terbaik buat Puan Bella Bubu. 

Buat Din (klik Disini), Saya harap Din masih ikut perkembangan blog abang Najmi jugak. Berharap Din berupaya menahan nafsu dan kuatkan iman di dada ye. Pada saya naluri mereka-mereka sebegini memang susah untuk dibuang. Tetapi insyaallah sekiranya nekad itu datang dari diri sendiri, ianya boleh dikawal. Of cox dengan sokongan and kawalan orang tersayang, hanya diri mereka yang mampu mengubah segalanya. Sumua yang terjadi adalah dengan izin Allah. Banyakkan berdoa. 

Saya harap and berdoa suami terbuka hati untuk buat check up kat hospital. Atleast dari pembacaan bahan di blog abang, kalau konsisten follow up and dengar cakap doktor serta ambil HAART tu, posibility rendah untuk HIV bertukar kepada AIDS kan? Harapnya kalau nyawa ditarik biarlah bukan disebabkan sakit ini. Huhuhu 

Thanks abang! Doakan saya dpt pujuk suami ke hospital!! Doakan kami kuat and doakan supaya suami saya betul-betul taubat and dapat menahan bisikan syaitan nafsu songsangnya. (Oh saya masih Turn on mode hati-hati Hehe) 

P/s : sampaikan salam saya pada Mak Wardah (klik disini) and MFZ (klik disini)  and lain-lain yang turut beri komen and nasihat diruangan blog abang. Saya doakan yang terbaik untuk semua juga. Teringin betul nak berkongsi pengalaman and mohon panduan dari Helmy Rose (klik disini). Masih sihatkan?



Salam dari LISA
email ni : mawarberduri285@gmail.com

KISAH LISA KLIK DISINI


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)