Wednesday, 2 April 2014

AIREL +VE HIV - SAYA JADI PENDENDAM APABILA DITINGGALKAN FIQ

Assalamualaikum abang NajMi, 

Saya ingin berkongsi sedikit pasal kehidupan saya sepanjang terjebak dalam dunia gay and akhirnya mendapat virus HIV. 

photo hiasan

Saya AIREL (bukan nama sebenar). Naluri songsang and sukakan kaum sejenis memang ada dalam diri saya sejak kecil lagi, tapi untuk mendapatkannya memang tiada jalan sehinggalah saya membuka laman sosial (face book). Semenjak dari adanya akaun facebook saya menjadi sedikit liar sehinggakan dalam seminggu 3 orang saya bertukar pasangan. Al-maklumlah dilahirkan dengan rupa yang sempurna.

Tetapi setelah mengenali seorang hamba allah nie, sedikit sebanyak saya merubah menjadi seorang yang setia biarpun setia dalam hubungan yang tidak di redhai Allah.

Fiq (bukan nama sebenar) seorang yang amat sempurna di mata sesiapa yang memandangnya baik dari segi percakapan dengan orang sekeliling mahupun dalam bab agama.

Sebulan saya mengenali Fiq, sudah cukup membahagiakan diri saya, tapi ibarat kata pepatah "ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari". Setelah sebulan mengenali Fiq akhirnya saya jatuh sakit and telah di masukkan ke hospital. Setelah di rawat selama sebulan doktor ingin meminta kebenaran untuk mengambil ujian darah HIV. Setelah 2 kali darah diambil ternyata saya disahkan positif HIV dan saya terpaksa mula mengambil ubatan HAART.

Dunia seakan kelam setelah saya mendapat tahu keputusan ujian darah tersebut. Pada masa itulah Fiq mula berterus terang yang dia juga mempunyai kuman HIV.

Ubat HAART bukanlah satu ubat untuk mematikan kuman tetapi hanya untuk melemahkan kuman. Tidak semua orang akan sesuai dengan ubat HAART. Keadaan saya menjadi lebih parah apabila ubat HAART pertama dan kedua yang diberi tidak sesuai dengan tubuh saya sehingga mengganggu hati (liver).

Alhamdulillah ubat ketiga sesuai dengan saya. Pada awalnya saya memang tidak dapat terima hakikat kenapa Fiq menganiaya diri saya sedangkan dia tahu yang penyakit itu boleh berjangkit tetapi alasan Fiq sebab dia sayangkan saya and dia berjanji akan tetap menjaga saya sampai bila-bila. Dan dia berjanji tidak akan tinggalkan saya.

Sepanjang di ward Fiq banyak jaga saya sehinggakan keluarga saya sendiri tidak payah susah-susah nak menunggu saya diward hospital sebab Fiq dah minta kebenaran untuk menjaga saya. 

Setelah saya keluar daripada hospital Fiq mendapat tawaran kerja di KL and pada masa itu saya pun sudah sihat untuk kembali berkerja di tempat lama.

Setelah saya and Fiq berjauhan macam-macam yang terjadi diantara kami berdua. Pantang bermesej pasti kami bergaduh. Semakin hari saya semakin makan hati dengan sikap Fiq. Sampai satu hari tu saya mendapat satu mesej yang Fiq mintak maaf sebab tidak dapat menjaga saya lagi kerana dia dah ada orang lain sebagai penganti. Luluh hati ini apabila mendapat tahu Fiq tinggalkan saya kerana orang lain.

Semenjak dari hari itu saya menjadi seorang yang pendendam dengan gay. Setiap kali membuka akaun face book dan apabila ada yang ajak bersama saya tidak akan tolak sebab saya nak semua dapat sama macam yang saya dapat.

Tapi itu dulu. Sekarang ini pun saya sudah mendapat pengganti yang baru and rahsia HIV di dalam darah saya, saya rahsiakan dari pengetahuannya.

Untuk pengetahuan abang Naj Mi "kapel" saya sekarang tunangan orang and menunggu masa untuk mendirikan masjid tapi dalam masa yang sama dia tetap mahukan saya. Rasa bersalah memang ada tapi saya sangat sayangkan dia, saya harap dia tak tinggalkan saya.

Sesekali terfikir betul kata orang "gay semua sama" termasuk saya sendiri. Karma akan kembali kepada kita kembali. Saya akui saya dah tewas di bumi Tuhan and tidak ada apa lagi yang membuatkan saya tenang selain daripada mati..itu pasti..!

Saya akhiri dengan ucapan maaf sekiranya abang Naj Mi kurang faham dengan kisah saya ini. Susah nak bercerita dengan huruf berbanding kata-kata ni. Apa-apa pun saya akhiri dengan ucapan terima qaseh.

(hivdidalamdarahaku) bisakah aku hidup dengan airmata yang tidak henti-henti membasahi pipi ku ini.


AIREL
(bukan nama sebenar)





Salam AIREL,

Hidup mesti diteruskan, walaupun apa yang berlaku dalam hidup kita, kita kena hadapi semua itu dengan bijak. Jangan lakukan sesuatu yang tidak baik, apa tah lagi cuba mengainayakan orang lain.

Abang selalu kata tak perlulah kita nak ber"kapel-kapel" ni kepada sesiapa sahaja yang bertanya pendapat abang mengenai "berkapel", sebab biasanya perhubungan songsang ni selalunya tidak akan bahagia sampai penghujungnya. Sebagai yang beragama Islam kita kena percaya bahawa aktiviti songsang ini adalah salah disisi Nya.

Mempunyai naluri songsang dan mendapat HIV merupakan ujian Allah kepada kita, jadi kita kenalah hadapi dengan berfikiran positif. Pasti ada hikmah disebalik kenapa kita dijadikan gay dan kenapa kita mendapat HIV. Jika kita boleh berfikir dengan baik dan tidak berfikir mengikut perasaan insyaallah, pasti kita akan dapat jawapannya. Pastinya sesuatu yang menguntungkan diri kita disisiNya.

Benar siapa yang tak nak bercinta, semua orang nak ada kekasih tapi biarlah kekasih yang berlainan jenis, berkasih dengan sesama jenis itu sememangnya sangat salah disisiNya. Nasihat abang kepada Airel usah lah berkapel lagi, Airel kena jaga diri sendiri jika nak bercinta, bercintalah pada Allah dan Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan berselawat dan membaca buku mengenai kisah hidup rasullullah insyaallah akan terbit rasa kasih sayang kita kepada beliau, sayang kasih kita kepada rasululullah semuanya kerana Allah.

Buat masa ini Airel kena jaga diri baik-baik, jaga kesihatan dan elak dari berhubungan seks dengan berbilang pasangan tanpa perlindungan (tidak selamat), sebab Airel kena elak diri dari mendapat jangkitan HIV kali ke dua. Sebab jika Airel mendapat jangkitan HIV kali ke dua daripada orang lain berkemungkinan kuman HIV pasangan itu apabila bergabung dengan kuman HIV dalam tubuh Airel akan menyebabkan kuman dalam tubuh Airel akan berubah. Dan jika ubatan HAART yang selama ini Airel makan mujarab, apabila mendapat jangkitan kali ke dua boleh menyebabkan ubatan HAART yang dimakan akan menjadi tidak berkesan lagi. Dan bahaya sekiranya Airel terpaksa menukar kepada ubatan diperingkat ke dua dan seterusnya peringkat ke tiga. (ubatan peringkat ke dua dan ke tiga pesakit kena bayar dan keberkesanannya belum tentu berkesan dengan baik).

Mati? Akan bahagiakah kalau kita mati? cukupkah segala amal ibadat dan pahala yang hendak kita bawa bersama kelak? Kena ingat kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan berdoa untuk mati. Apatah lagi kalau mengambil nyawa sendiri itu akan membawa kita terus masuk ke lubang neraka. Belum sempat ke neraka kita akan diseksa dulu di alam kubur. Sepatutnya Airel kena perbaiki diri, beramal ibadat semampu mungkin bagi persediaan untuk kesana apabila dijemput kelak. Yang pasti mati tidak akan membuatkan orang seperti kita (pelaku maksiat) berasa tenang, pasti akan lebih mengelupur nanti disana. So sebaiknya apa yang sudah berlaku lupakanlah, usah berdendam lagi.

Mungkin sukar tapi abang berharap Airel tinggalkan lah tunangan orang itu, walaupun sayang walau macam mana sekalipun usahlah mengainaya dia dan bakal isterinya itu. Sebenarnya abang faham apa yang Airel rasai pada hari ini, kehidupan kita tidak jauh bezanya, yang penting Airel kena berfikiran positif dan teruskan kehidupan tanpa berkapel-kapel lagi, kena jaga diri sendiri baik-baik, berusaha dekatkan diri kepadaNya dan juga jaga kesihatan sendiri. - Naj Mi




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)