Friday, 14 March 2014

3 - SAYA POSITIF - SYUKUR AKU SUDAH MULAI BERUBAH KEARAH KEBAIKAN

Saya Positif bercerita mengenai pengalamannya setelah lebih dua minggu menelan ubatan HAART, cerita beliau telah ditinggalkan didalam ruang komen entri disini, "SAYA POSITIF - PENGALAMAN KETIKA MULA MENELAN UBAT HAART" 


PENGALAMAN SETELAH DUA MINGGU MENELAN UBATAN HAART

Hari ini hari Jumaat, seawal jam 2.30 pagi terjaga dari tidur dan mata aku tak mau lelap lagi, jadi aku pun tergerak nak membaca blog abang Najmi ini. Ada jer kes baru pengidap / calon HIV nampaknya. Hmmmm redho sahajalah ya...

Aku hanya ingin berkongsi lagi pengalaman aku yang sedang mengambil ubat untuk rawatan HAART ini, selepas seminggu makan ubat ubat ini, memang setiap malam badan melayang bila berdiri, apatah lagi bila berjalan (sebelah malam ajer). 

Pagi, aku pergi kerja macam biasa, boleh drive cuma ada pening-pening, PANADOL ACTIVE FAST lah jawapnya :-) tapi kini apabila masuk minggu kedua, simtom imbalance sudah mulai hilang dan aku sudah boleh balik ke rumah selepas jam 7.30 petang atau keluar sebelah malam.  Legaaaa...

Habis minggu pertama, aku paksa jasad aku duduk di sofa nonton tv, memang lak lok juga, rasa nak tombang. Pukul 6.30 petang ubat tu aku makan dan 7.30 petang simtom melayang ni datang dan aku nak tengok sampai bila kesan ubat ini akan hilang, ternyata 2 jam kesannya. Selepas jam 9.30 malam, aku berdiri dan berjalan (balance) cuma ada pening sikit. Ohhh... 2 jam rupanya,ok la tu...

Setelah hampir dua minggu, aku berjumpa doktor, pertama kali aku lihat pengidap HIV seorang perempuan keluar dari bilik doktor ini, sedih pula rasanya. Aku tahu sebab ikut turutan no.giliran daa, yang menunggu pun, sama juga, tapi aku rasa budak-budak GAY, cara berpakaian, cara duduk dan muka resah jer...rileks la dekkk ;-)

Bila aku masuk ke bilik doktor (knock the door la dulu wei) beri salam, duduk dan tersenyum macam kerang. 


Aku bertanya kepada doktor, "Ramai pesakit hari ini doc ;-) muda-muda, jambu lak tu."

Doktor menjawab, "I notice you ni suka observe yer", 

Aku ketawa jer hehehehe. 

"Lama menunggu doc, so saya perhati lah gelagat pesakit-pesakit doc ;-p", balas saya.

Aku pun bercerita apa yang aku lalui sepanjang hampir dua minggu setelah aku makan ubat ini. Doktor kata, ikut badan/nasib-nasiblah. Ada orang sampai berbulan bulan imbalance, pening dan ada yang muntah :-p. 

Aku terfikir, ALLAH memang masih berikan aku peluang untuk aku teruskan kehidupan walaupun dulu sudahpun dia beri AMARAN, dahlah dulu kena STD, tak serik-serik, masih mencari untuk kepuasan nafsu serakah aku...hah! sekarang HIV! Padan muka aku :-p 

Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH, aku rasa aku sudah mulai berubah ke arah kebaikan. Solat 5 waktu, berdoa dan berkat minum air zam zam yang aku sanggup beli walau harga ratusan ringgit. Mudahan mukjizat air zam zam di samping doa dapat juga membantu usaha usaha aku untuk cepat sembuh, walaupun virus HIV ini tidak akan 100% hilang dari badan aku :-(  Tapi kuasa ALLAH, siapa tahu kan.

Doktor juga memaklumkan kandungan VIRAL LOAD dalam badan aku lebih kurang 200,000. Perghhh!!! banyaknya, nasib baik tak sejuta. Viral ni la yg telah memakan sel CD4 aku (sel darah putih) yang tinggal kurang dari 200. Doktor juga menasihatkan aku, INSYALLAH selalunya pesakit saya yang menjalani rawatan ini, CD4 akan naik.

"Contohnya, pesakit saya pagi tadi, 6 bulan dalam rawatan, CD4 dia melebihi 500 (normal) dan Viral Load dia di bawah 20,"
beritahu doktor kepada aku.

Aku terasa amat teruja dan bersemangat lagi, aku amat-amat berharap rawatan ini (amalan memakan ubat yang betul, ikut masa setiap hari) akan membuahkan hasilnya. AMINNN.

Sampel darah aku diambil lagi (dah lali dan lajunya darah keluar masuk ke tiub) untuk analisa jumlah sel darah merah aku. Akibat pengambilan ubatan untuk rawatan HAART, memang ada sedikit penurunan pada sel darah merah dan hemaglobin aku (itu memang tidak dapat dielakkan) - doktor advise, makan makanan banyak zat ZINK (bukan besi zink atap rumah)

Kini, aku mendapat bekalan pil ubat dalam botol (sebiji macam yang abang Najmi dapat) iaitu 3 jenis untuk sebulan dan doktor masih menasihatkan aku, makan ubat ikut time dan jika melakukan SEX, guna kondom (erk! terkedu sekejap ;-p) lama tak buat sex, nak ke buat walau pakai kondom...hmmmm...masih dalam teka teki, aku stim la pulakkk ;-)

Kadang kadang aku rasa seperti semua orang tahu aku ini HIV+ve, bila bersama rakan dan berada di luar. Pelbagai perasaan yang aku rasa, entahlah, adakala terfikir, dia ni HIV ker? mengapa aku tak sesihat dia. Mengapa aku HIV??? Macam-macam persoalan dan perasaan, adakala aku rasa down juga, kesal, kecewa. Aku juga manusia, ada hati dan perasaan, sekuat mana aku setiap hari, pasti ada satu detik aku lemah.

Hampir setiap hari aku bertanya dengan rakan dan sesiapa sahaja yang aku kenali, saya nampak sihat tak? Saya rasa nak demam la + nak MC la hari ini etc-etc. Setakat ini, maklum balas yang aku terima adalah positif ;-) ek! elehhh. Muka ceria, segar, sihat, putih, ngada-ngada buat sakit, tu nak MC malas kerja la tu ;-p hihihihihi.... 

INILAH AKU, akan cuba selalu ceria, riang, peramah dan nampak sihat sebelum aku HIV +ve ;-) Hanya ALLAH sahaja yang tahu isi hatiku ini.

Nak tidur balik, dah jam 5.00 pagi, macam ngantuk jer, macam HORNY jer ;-p erk! maaf, aku guna tangan jap lagi ini ;-p



Sumber dari ruang komen dalam entri DiSINI












Lain-lain entri tentang SAYA POSITIF;
9 - SAYA POSITIF - LIFE MUST GO ON
8 - SAYA POSITIF - CD4 AKU MENINGKAT DARI 400 LEBIH KEPADA 500 LEBIH
7 - SAYA POSITIF SYAWAL YANG PERTAMA, AKU SEBAGAI PLHIV
1 - SAYA POSITIF – LEMAH BADAN, HANCUR HATI APABILA DISAHKAN +VE HIV



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)