Monday, 17 March 2014

ISKANDAR - "ANU" TAK BOLEH NAIK, KERANA DIGANGGU MAKHLUK HALUS?


Assalamualaikum saudara Najmi,

Maaf atas kehadiran email ni. Tujuan saya hantar email ni sebab nak share, minta pandangan tentang masalah yang saya hadapi ini.

Untuk pengetahuan Najmi, saya merupakan seorang PLU yang telah berkahwin dalam setahun yang lalu. Sebelum berkahwin, saya mempunyai seorang BF yang amat saya sayangi. Mungkin keputusan yang saya ambil untuk berkahwin bukan lah sebab cinta pada isteri. Tetapi sebab atas ikatan perjanjian dan juga sampai bila hendak berada dalam dunia songsang ini, menjadikan saya kuat untuk berkahwin.

Pada awal perkenalan dengan isteri, ya semangat untuk berkahwin berkobar-kobar tetapi lama kelamaan benda tu semakin hilang. Semakin dekat dengan hari perkahwinan saya sedar, cinta dan sayang saya pada BF mengatasi segalanya. Mungkin sebab naluri. Tapi perkahwinan tetap berjalan dan BF saya berkahwin tidak lama selepas tu.

Sewaktu awal perkahwinan dulu, ketika untuk bersama isteri, saya ada masalah untuk melakukan hubungan sex. Bukan tak boleh naik tapi bila hendak memulakan "anu" terus layu serta merta. Tapi seminggu selepas tu saya mampu melakukannya. Dalam masa yang sama, hubungan dengan BF masih berjalan dan ada kalanya terlanjur juga. Tapi hubungan songsang itu hanya dengan BF sahajalah. 

Bercerita pasal masalah batin ni, untuk dapat buat kira macam on off lah. Boleh tegang tapi ketika hendak memasukkan, anu akan terkulai layu. Saya cuba bayangkan lelaki tetapi benda itu tak dapat menolong. Tentang saya dengan BF, dah lama kami tak melakukan perbuatan itu. Mungkin hendak menumpukan perhatian pada isteri masing masing. 

Dalam sebulan ni, kami tidak mampu untuk bersama disebabkan masalah saya. Dalam pada itu saya ada berkenalan dengan seseorang melalui we chat. Kami pernah bersama (oral sex) dan saya akui saya sayang dan cinta kan dia walaupun saya tahu saya salah. Saya sedar, mungkin sebab jiwa saya kosong, saya mencari sesuatu. Tapi bagi saya, bukan untuk sex. Sekadar bermesej dan berborak untuk menghilangkan sunyi di hati. 

Saya sedar saya salah dan saya takut terkena jangkitan HIV dan sebagainya. Saya buang perasaan suka pada orang yang baru saya kenal supaya benda ni tak jadi lagi teruk lagi. Dia pula cemburukan isteri saya.

Saya cuba dapatkan rawatan melalui kaedah Islam. Feedback yang saya dapat, saya di ganggu oleh makhluk halus. Begitu juga isteri. Apa yang memeningkan saya, saya tak dapat bersama adakah sebab makhluk halus atau naluri sebenarnya. Untuk pengetahuan Najmi, saya tak perlu membayang orang lain untuk tegang. Cukup isteri saya di sebelah. Tapi apabila hendak memasukkan zakar, dia akan layu. Ini yang merisaukan saya.

Saya bingung samada ini adalah gangguan atau naluri sebenarnya. Bantu lah saya Najmi.

Terima kasih. Wasalam


ISKANDAR
(bukan nama sebenar)





Salam Iskandar, 

Pada abang semuanya bergantung pada mainan minda dalam kepala saudara, saudara sebelum berkahwin sudah ada BF dan ada melakukan aktiviti songsang, maka untuk menghilangkan atau mengawal semua itu agak sukar. Mungkin peratusan naluri saudara kepada lelaki lebih tinggi daripada naluri suka kepada perempuan.

Dalam blog abang ada seorang rakan lelaki biseksual, ia pernah melakukan seks songsang dengan rakan karib, ia juga bercerita kisah sewaktu remaja dengan sekumpulan rakan serumah. Tetapi peratusan naluri dia kepada perempuan lebih tinggi daripada peratusan naluri kepada lelaki, apabila dia berkahwin baru-baru ini tidak perlu tunggu lama "anu"nya boleh naik ketika bersama isteri dimalam pertama lagi.

Nasihat abang apabila Iskandar sudah berkahwin ni, jangan sesekali melayari mana-mana laman web gay. Jangan tengok photo lelaki bogel. Jangan join mana-mana group PLU dalam FB dan apa sahaja berkaitan dengan PLU jangan libatkan diri lagi. Jangan berkenalan dengan mana-mana lelaki lagi. Untuk pengetahuan Iskandar ramai pembawa HIV diluar sana yang menjadi pembawa HIV tetapi tidak menyedari diri mereka ada HIV. Sukar hendak mengenali seseorang pembawa HIV ni sebab dari luar mereka kelihatan cukup sihat.

Walaupun anu sukar naik apabila nak bersama isteri, pada abang mungkin sementara sahaja. Yang penting apabila saudara sudah "bersih" dan tidak libatkan diri dengan mana-mana sumber kaitan dengan GAY dan jangan onani membayangkan gay lagi insyaallah akan tiba masa anu saudara boleh naik apabila bersama isteri.

Cuba selalu bayangkan susuk tubuh wanita, mungkin ianya boleh bantu saudara ketika hendak bersama isteri nanti. 

Dalam blog abang ada kisah seorang lelaki bernama RYAN (klik disini), dia kata dia seorang gay tegar yang hanya suka kepada lelaki, tetapi dia paksa diri untuk berkahwin. Dia juga mengalami masaalah anu tidak boleh naik apabila hendak bersama isteri, TETAPI apa yang dia beritahu abang dia berdoa kepada Allah minta mempermudahkan untuk dia bersama isteri, alhamdulillah doanya dimakbulkan dan dia sudah boleh dan mudah apabila hendak bersama isteri, dan alhamdulillah isterinya mengandung dan pada hari ini sudah ada anak perempuan yang comel. 

Makluk halus? Adakah sebab perbuatan BF Iskandar? Mungkin itu yang Iskandar fikirkan sebab Iskandar kata BF cemburukan isteri Iskandar. Tapi kena ingat masaalah "layu" ni Iskandar alami sejak setahun lalu, kira on off kan, bermakna masaalah disebabkan oleh diri Iskandar sendiri.  

Abang tidak beberapa nak percaya dengan makhlus halus ini, abang harap Iskandar boleh perbanyakkan berdoa kepada Allah insyaallah Allah akan bantu saudara. - NajMi


 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)