Thursday, 6 March 2014

BERAPA LAMA KUMAN HIV BERTAHAN DILUAR BADAN?


Soalan 

Saya sering mendengar bahawa kuman HIV tidak akan dapat hidup lebih dari beberapa minit di luar tubuh manusia. Namun, saya juga mendengar bahawa kuman HIV akan mati apabila darah mengering. Yang paling jelas, darah perlu lebih daripada beberapa minit untuk mengering. 

Jadi soalan saya : Apakah virus itu masih hidup selama darah itu belum kering? Jika pisau cukurnya terpercik darah, tapi kerana kelembapan udara di bilik mandi, darah itu akan mengambil masa lama untuk kering, apakah perlu kita berasa cemas kerana virus itu sudah di luar tubuh selama beberapa minit? 


Jawapan
 

HIV hanya boleh hidup pada lingkungan tertentu dalam tubuh manusia. Virus ini tidak dapat hidup pada persekitaran di luar tubuh manusia. Ada banyak faktor yang menentukan berapa lama virus itu dapat hidup di luar tubuh.

Hal ini bergantung pada keadaan persekitaran tempat virus itu berada. Kerana keadaan persekitaran boleh berubah-ubah, sehingga membolehkan virus boleh bertahan hidup lebih lama. Itulah sebabnya tidak ada satu ketentuan masa yang sama dalam hal daya tahan hidup HIV di luar tubuh. Tapi secara umum virus itu hanya boleh hidup selama beberapa minit di luar tubuh. 

Salah satu faktor persekitaran yang menentukan lamanya virus itu berlangsung hidup adalah kelembapan di sekitar virus itu. Virus itu tidak boleh hidup di persekitaran yang kering. Jadi bila virus itu berada dalam cecair badan seperti darah atau cecair kelamin yang mengering, virus itu akan mati. 

Namun, walaupun di persekitaran basah (seperti kolam renang, pembuangan sisa dsb) , virus itu tetap tidak dapat bertahan hidup. Jadi persekitaran yang kering hanya merupakan salah satu keadaan persekitaran di mana virus itu tidak boleh hidup. 

Dalam persekitaran yang basah pun, jika persekitaran itu berbeza dari yang ada pada tubuh manusia, virus itu tidak akan mampu bertahan hidup. Ingat, virus itu hanya boleh hidup di kawasan tertentu yang ada di dalam tubuh manusia. Itulah sebabnya HIV tidak boleh hidup di kolam renang atau pembuangan sisa (waste disposal). 

Di luar tubuh, virus itu cepat menjadi lemah dan mati. Semakin lama berada di luar tubuh, semakin kecil kemungkinan penularan akan terjadi. Biasanya, virus akan mati dalam beberapa minit selepas berada di luar tubuh. 

Kesimpulannya, virus hanya boleh bertahan hidup di keadaan persekitaran tertentu yang ada di dalam tubuh manusia. Bila virus itu di luar tubuh, maka ini merupakan persekitaran yang sangat dibencinya dan virus itu tidak dapat bertahan hidup, kecuali bila virus itu masuk ke dalam tubuh orang lain dalam beberapa minit 

Oleh : Rick Sowadsky , MSPH , The Body
 
Sumber DISINI



 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)