Thursday, 6 March 2014

AZMIE ALI – KALI PERTAMA ORAL DENGAN LELAKI, SAYA SANGAT BIMBANG DIJANGKITI HIV.

Assalamualaikum bang. 

Baru-baru ni saya ada buat hubungan oral dengan seorang lelaki yang saya tidak pasti akan status HIV nya. Itulah pertama kalinya saya terlajak melakukan. 
photo hanya hiasan

Walaupun orang lain cakap tidak tinggi risikonya, tetapi pada doktor yang saya jumpa dia cakap tetap tinggi risikonya, apatah lagi saya telah tertelan air mani pasangan saya itu. Tapi air mani tu hanya masuk dalam mulut saya setelah beberapa saat keluar dari zakar pasangan saya, maksud saya di sini, selepas lelaki tu pancut, barulah saya jilat air mani itu dan biar saja ke dalam mulut hingga hilang sendiri. 

Saya baru buat ujian tapi hubungan seks itu baru sahaja saya buat tiga hari lepas. Saya seakan dapat rasa saya akan menghidapi HIV sebab saya dah mula hilang selera makan. Tak tahu la sama ada saya terlalu risau. sebab walaupun belum tahu keputusan, saya menangis bagai nak rak. 

Actually saya tak tahu pun yang air mani boleh beri jangkitan. Sumpah kalau saya tahu, memang saya tak akan buat. Tapi disebabkan saya tak tahu air mani boleh sebabkan HIV, saya buat tanpa saya tahu akibatnya. Sekarang, saya dah start fikir macam-macam. Saya takut saya mati dalam keadaan mengaibkan di depan keluarga. Saya juga takut nak kecewakan ibu bapa saya kalau mereka tahu saya ada HIV nanti (kalau ditakdirkan saya ada). 

Jadi sekarang saya dah awal-awal merancang, kalau ibu bapa saya dapat tahu juga akhirnya, boleh ke kalau saya menipu dengan mengatakan saya dijangkiti HIV disebabkan saya selalu buat aktiviti SPA IKAN?. Sebab saya ada baca spa ikan pun boleh sebarkan HIV. 

Adakah ujian doktor dapat detect sama ada pesakit HIV tersebut dapat HIV disebabkan hubungan sejenis atau hubungan seks bukan sejenis? HIV melalui fish spa dan sekian-sekian. Dapatkah doktor mengetahuinya kalau saya berbohong? 

Saya tak sanggup kalau ibu bapa saya tahu saya dapat HIV disebabkan hubungan sejenis, tak sanggup tengok mereka kecewa. 

Lagi satu, saya ada baca artikel di blog abang, apabila HIV berada di luar badan, biasanya HIV tidak dapat bertahan lama, soalan saya, bertahan lama tu merujuk pada berapa saat atau berapa jam? (Klik DiSini)

Adakah untuk kes saya di mana air mani telah keluar dari pasangan saya kemudian dua saat lepas itu baru saya jilat dan kolom, itu dikira selamat sebab air mani pasangan saya tidak masuk secara terus ke dalam mulut?  

Mengenai  tanda awal HIV, apakah yang dimaksudkan dengan jari tangan dan kaki rasa macam ditusuk jarum? saya risau sebab ibu jari kanan saya bila raba pada barang, terasa seperti tusukan jarum dari dalam.


AZMIE ALI



 
Salam Azmie

Abang baru baca message Azmie ni. Kalau dalam mulut saudara tidak ada luka berdarah insyaallah tidak akan berlaku jangkitan, kena ada luka maybe luka sebab tergigit lidah atau baru lepas cabut gigi ker, yang ada luka maka risiko dijangkiti baru tinggi, tapi adakala kita sendiri tidak perasan dalam mulut kita ada luka, mungkin luka akibat kita memberus gigi terlalu kuat sebelum melakukan oral seks, itu yang bahaya. 

Abang rasalah risiko saudara dijangkiti HIV maybe sangat rendah (terutama kalau tidak ada luka berdarah) sebab agak susah kalau hanya terjilat sikit, tetapi mungkin masih berisiko untuk mendapat penyakit kelamin. 

Ya benar kuman HIV akan mati dengan cepat apabila terdedah pada ruang udara, tapi tak lah rasanya terdedah aje terus mati mungkin mengambil masa beberapa minit kut wallahuallam (KLIK DISINI). Dalam kes saudara rasanya semasa aktiviti menjilat air mani itu dilakukan, kalau air mani itu ada HIV mungkin kuman tu masih hidup lagi kut. Berdoa aje lah agar pasangan Azmie tu tidak ada HIV. 

Lagi satu HIV TIDAK berjangkit melalui SPA ikan, sama seperti juga nyamuk. Nyamuk juga tidak boleh jangkitkan HIV (KLIK DISINI)

Dan doktor tidak akan tahu dari mana saudara (kalau ada HIV lah) dapat HIV tu. Mereka hanya tahu kalau kita yang beritahu. Kalau nak kelentong doktor punca dari mana kita dapat HIV, kenalah kelentong dengan cara yang betul. Jangan pulak kata, "saya dapat HIV dari Spa Ikan atau saya dapat HIV sebab kawan PLHIV saya cium pipi saya" haaa tu yang akan buat doktor akan ketawa apabila mendengarnya nanti.

Macam abang dulu pun, abang kelentong doktor jugak. Doktor tanya, abang dapat HIV dari mana? so abang kelentong dapat HIV dari seks dengan pekerja seks (wanitalah) tak kan abang nak mengaku buat seks dengan kaum sejenis pulakkan. 


So kalau nak kelentong tu, kelentonglah berpandukan kepada 4 cara utama bagaimana jangkitan HIV berlaku:

Dan abang rasa simptom yang saudara Azmie alami seperti ibu jari kanan apabila diraba pada barang, terasa seperti tusukan jarum dari dalam dan hilang selera makan tu sebab kerana terlalu risau dan terlalu fikir yang bukan-bukan. Perasaan rasa takut dan bimbang tu kalau difikir balik, ada baik juga buat Azmie, sekurang-kurangnya ianya memberi pengajaran buat Azmie dan akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu dimasa.

Walaubagaimanapun nasihat abang dengar aje nasihat doktor tu, Azmie buat lah ujian HIV di mana-mana klinik kerajaan buat ujian TANPA NAMA dan FREE lagi, jika buat diklinik luar seperti BP LAB bayaran dikenakan RM35 (tapi ada yang kata kena bayar RM50) - NAJMI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)