Friday, 14 March 2014

AMRAN MUSA - SAYA DILIWAT TANPA DISEDARI SEHINGGA MENDAPAT JANGKITAN HIV

Assalamualaikum,

Saya Amran Musa (bukan nama sebenar) saya mengikuti blog abang Najmi sejak beberapa bulan yang sudah dan ada perkara yang ingin di kongsikan di sini. 

Ringkasnya, saya sudah di tahap AIDS, mula di kesan sejak julai 2011 pada usia 30 tahun, dan kini memasuki tahun kedua membawa status itu. Sesuatu yang tidak di duga dan sesuatu yang tidak di inginkan kerana saya tidak pernah terlibat dalam sebarang kancah kehidupan yang berisiko dan sememangnya ini adalah anugerah yang paling hebat yang pernah saya tempuh iaitu menjadi mangsa keadaan. 

photo hiasan

Biarlah saya menceritakan sedikit sebanyak, 

Kisah hitam bermula sekitar tahun 2006 apabila mula mendapat kerja di utara tanah air. Hasil pencarian selama beberapa hari, akhirnya terjumpa iklan, bilik untuk di sewa. bermakna ada penghuni rumah itu yang ingin sewakan bilik untuk mengurangkan kos sewaan, makanya, saya tinggal berdua dengannya. Segalanya lancar, dia pun baik dan peramah, teman serumah mempunyai seorang kawan, biarlah saya panggil dia dengan nama Que.

Que (bukan nama sebenar) ini selalu datang lepak di rumah tersebut dan juga memiliki kunci pendua pintu utama, tidak menjadi masalah pada saya kerana itu adalah rakan kepada teman serumah saya. Teman serumah itu pula, jarang ada di rumah kerana selalu out station, apa yang saya tahu pasal Que ni, dia ini selalu keluar masuk ke negara Thailand dan melakukan aktiviti yang tidak sihat di sana. Dia selalu menceritakan akan kehebatan ayam-ayam siam yang cantik hebat dan pandai menggoda tiap-tiap kali melepak di rumah atau di warung-warung. Saya hanya angguk-angguk sahaja sebab itu hal dia, saya tidak mahu ikut campur. 

Selepas dua bulan, saya kerap bermimpi atau berkhayal, seolah-olah saya sedang melakukan seks dengan Que, seolah-olah saya sedang mengalami mimpi basah. Agak pelik kerana tidak pernah pula saya mimpi seperti itu dengan sesama jantina. Malah dalam mimpi itu, Que memperlakukan saya seperti seorang perempuan dan apabila sedar, badan saya berasa penat. Apabila buang air besar pagi tu, rasa sakit-sakit dan keluar darah. 

Untuk makluman abang Najmi, saya sememangnya disahkan mengidap buasir tahap 1 (bahagian dalam) sejak usia 21 tahun. 

Hal mimpi basah ini berlaku berulangkali, setiap kali mimpi, pastinya esoknya anus akan berdarah dan darah yang keluar di sertakan dengan cecair yang berbau masam dan hamis. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit, saya merujuk ke hospital untuk kes buasir. Doktor bertanya, adakah awak memasukkan sesuatu kat bawah? Kerana ada kesan-kesan luka tusukan pada bibir anus. Saya terkejut, saya cakap, saya tak pernah memasukkan apa-apa objek apatah lagi melakukan perkara yang tidak sihat. Doktor tersebut gelengkan kepala, tanda tidak berapa percaya. 

Sejak itu, saya mengesyaki yang saya memang di datangi oleh Que. Di pendekkan cerita saya cuba mengusik Que (dengan tujuan memerangkap) dan pada satu hari tu, saya cakap padanya,

"Que, bila lagi kita nak honeymoon, melayar bahtera bersama-sama?"

Kemudian dia cakap, "Laa, ko perasan ke sebelum ni.. kalo dah suka sama suka, tak perlu la aku letakkan ubat dalam minuman ko," katanya.

"Aku sangat geram tengok kulit ko yang putih melepak dan sikap ko yang lembut sikit, mengingatkan aku kat awek-awek siam, " kata Que.

Baru lah saya sedar, rupa-rupanya benar lah, Que yang mendatangi saya apabila dia ada peluang, maksudnya, bila teman serumah saya itu tiada. Sejak itu, saya terus pindah rumah, dan tidak lagi menyewa dengan yang lain. Saya sanggup menyewa dan tinggal seorang diri, tidak ada kawan-kawan lain datang lepak di rumah. FOBIA.

Sejak itu, terdetik kerisauan di hati, adakah saya ini sudah terdedah, memandangkan dengan gaya hidup Que yang suka melanggan pelacur. 

Dan pada tahun 2009, badan saya mula di hinggapi kudis-kudis kecil seperti bisul, habis satu badan, di muka, di celah ketiak dan di bahagian dubur. Saya mula risau, adakah ini petanda terhadap HIV? Bisul di muka dan badan sembuh, melainkan di dubur yang silih berganti datang. Sehinggakan terpaksa melakukan pembedahan. Di situ saya ada terdengar, doktor yang bertugas menyuruh nurse ambil darah saya untuk ujian rapid test. Pada masa tu saya kena tahan wad sebelum operation sebab nak buang bisul tu. Saya tahu apa itu rapid test tapi tiada sebarang maklum balas dari doktor ataupun pihak hospital selepas itu, bermakna saya bebas. Lega sedikit.

Disahkan positif HIV
 
photo hiasan

Pada tahun 2011, saya sekali lagi di uji dengan demam yang berpanjangan. Berbulan-bulan demam. Pada tahun ini juga, saya sudah pindah balik ke kampung, saya kerja sendiri di kampung. Demam itu di sertai dengan batuk-batuk yang teruk, lalu saya rujuk ke hospital dan saya di sahkan mengidap TIBI paru-paru. Hari pertama di wad, saya terdengar lagi bicara doktor di wad, ambil darah patient ni (saya) untuk rapid test.

Dua hari lepas itu, tiada apa-apa ulasan doktor. Masuk minggu kedua di wad, ujian kali kedua dibuat sebab demam tak kebah, sejuk panas berpanjangan dan hasil rapid test kali kedua pada minggu kedua itu lah darah saya disahkan ada HIV+. Berderau darah, kelu lidah, apa yang di takuti sudah berlaku. Darah sekali lagi di ambil untuk ujian kali kedua, sebagai pengesahan. Dan tanggal julai 2011, saya sememangnya sah ada HIV+. Memandangkan status saya sebagai pesakit TIBI masa tu, maka title AIDS tu saya perolehi dengan serta merta. 

Mengenai status AIDS yang dikatakan, HIV dalam tubuh saya di kesan apabila mendapat penyakit TIBI, itu pun di kesan setelah dua minggu saya berada di wad dan di kuarentin. Selama sebulan saya di tahan di wad, gara-gara TIBI paru-paru. Dan sejak itulah doktor bagitahu bahawa status saya kini bukan lagi sebagai pembawa HIV tetapi sudah di tahap AIDS kerana sudah mendapat salah 1 penyakit penyebab AIDS. 

Pun begitu, setelah setahun rawatan TIBI (makan ubat setiap hari), vrus TIBI dah mula hilang dan keadaan paru-paru (x-ray) menunjukkan tanda-tanda yang baik, baru lah hospital membenarkan saya berhenti ambil ubat TIBI. Sejak itu lah saya mula membuat rawatan fasa baru yakni pemeriksaan CD4 CD8, hepi B/C, LFT dan lain-lain. Saya tak ingat sangat sebab ada 8 copy salinan yang berbeza ujiannya untuk pertemuan pertama kali itu.

Pada bulan Oktober 2011, CD4 pertama di ambil, pada kiraan 495 dan non react with hepi B dan C. Doktor cakap, saya tak perlu risau, tiada tanda-tanda untuk mendapat hepititis pada masa tu. Tidak ada rawatan khusus kerana cd4 masih tinggi pada kiraan doktor. Dan bacaan CD4 mula menyusut dan menyusut sehingga ogos 2013, bacaan CD4 jatuh kepada 345. 

Doktor cakap, hujung tahun 2013 kita akan mula dengan HAART. Jadi saya setuju. tapi apakan daya, sebelum ini saya sihat tubuh badan walaupun berstatus AIDS, tapi serangan kulat mula menyerang dan sehingga kini masih belum sembuh dari gatal-gatal. Menurut pakar kulit, fungal atau kulat ni memang bagi menghidap AIDS dan tak akan sembuh. Itu satu tamparan lagi yang saya terima. 

Sekarang, sudah 3 bulan saya ambil HAART. 

Pada hari ini amik darah, kali pertama untuk ujian Virol Load. Saya tak tau apa nasib lepas ni, samada turun atau naik bacaan CD4 itu. Dan bagaimana dengan Virol Load tu nanti? Macam-macam. Sebulan kena tunggu, doktor yang merawat saya beritahu, dia akan fokuskan rawatan rohani pada saya, bukan kepada zahir semata-mata. Saya tahu, doktor cuba menyembunyikan sesuatu bagi mengelakkan saya stress, doktor pesan, cari lah kawan untuk berkongsi tapi tak boleh, saya tak jumpa kawan yang betul-betul boleh berkongsi. Ahli keluarga juga tidak tahu status saya sekarang. 

Saya juga ada bertanyakan doktor yang merawat saya sekarang, adakah saya ini masih kekal dengan status AIDS, walaupun dah bebas sepenuhnya dari TIBI, dan CD4 masih lagi tinggi? (300 keatas). Doktor cakap YA, kerana mereka menggunakan "term" itu bagi pesakit yang pernah ada TIBI. Secara perlahan-lahan saya cuba menerimanya kerana saya tahu AIDS adalah fasa terakhir bagi penghidap HIV, pun begitu, saya tetap melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Tiada suplement lain yang saya ambil selain HAART, hanya mengamalkan makan daun pegaga mentah-mentah dalam santapan harian sebab kata nurse, pegaga baik untuk memberikan tenaga kepada pesakit-pesakit seperti saya. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ni, saya tidak pernah rasa sekuat ini, jika sebelum ini saya mudah lesu (sejak sakit TIBI) dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

Akhirnya tumpah jua airmata ini

Untuk pengetahuan abang Najmi, 

Saya tidak pernah menangis kerana HIV/AIDS. Saya tak pasti kenapa, adakah saya ni kuat? pasrah? reda? saya tak tahu, yang saya pegang dan percaya bahawa semua manusia pasti mati, tapi dengan cara yang berbeza.

Cuma, pada bulan Feb 2014 lepas, air mata saya akhirnya jatuh juga di depan doktor pakar kulit kerana mungkin saya mengalami depress yang teruk sebab penyakit kulit yang di hadapi. Seluruh badan semuanya, termasuk lah di kepala, muka saya agak tak lulus di pandang, rambut gugur di sebabkan kelumumur yang luarbiasa tebalnya dan banyak. Dibelakang badan pula, semua tempat gatal-gatal dan jadi macam kurap atau kayap. Saya menangis sebab saya stress kerana apabila saya melihat wajah sendiri di cermin, saya tengok itu bukan rupa saya lagi. 

Menurut doktor pakar kulit itu lagi, saya memang sah di hinggapi sejenis kulat yang hanya dialami oleh pesakit AIDS. (nanti saya bagitahu apa nama kulat itu bila saya jumpa doktor pakar kulit bulan Mei nanti). Dan ianya tidak akan sembuh, tetapi boleh di kawal bagi membendung jangkitan luar yang lain. Setakat ini, segalanya semakin pulih, rambut dah mulai tumbuh, cuma debu-debu kelumumur masih ada tetapi tidak setebal seperti dulu. Kulit muka dah licin sikit,. belakang badan pun dah ok walaupun kadang-kadang masih terasa gatalnya. 

Saya mengharapkan result LFT nanti menunjukkan fungsi hati masih dalam keadaan baik kerana doktor pakar kulit akan membekalkan sejenis antibiotik ITRACONAZOLE secara berterusan untuk membunuh sebanyak mungkin kulat-kulat tersebut. Setakat ini mereka hanya membekalkan ubat jenis itu untuk dua minggu sahaja dalam sebulan kerana ia boleh mendatangkan kesan pada fungsi hati. 

Pada saya, mereka-mereka yang berstatus HIV di luar sana lebih beruntung walaupun kiraan CD4 yang rendah berbanding dengan saya terus dapat title AIDS walaupun CD4 masih dalam lingkungan 300.

Itu saja luahan saya. mungkin saya stress sesekali, tapi saya cuba perkuatkan diri untuk hidup seperti biasa. Kadang-kadang hasil tulisan dari abang Najmi sedikit sebanyak merawat kegundahan di hati ini, mungkin dengan kisah seperti saya ini memberi pedoman dan iktibar pada yang lain terutamanya stigma dan persepsi masyarakat. 

Terima kasih 

AMRAN MUSA 



Salam Amran Musa,

Setiap PLHIV ini juga diduga dengan dugaan yang berbeza, ada yang teruk ada yang tidak, mungkin pada ketika ini Amran diduga lebih teruk daripada kami yang lain, tetapi macam abang kata kita kena ingat, pasti ada orang lain yang diduga lebih teruk daripada kita. Macam dalam blog abang ada abang share keluhan beberapa pesakit yang bukan pembawa HIV tetapi mengalami penyakit (seperti kanser) sehingga doktor meramalkan kehidupan mereka hanya mempunyai beberapa bulan sahaja lagi. (Klik DISINI dan DISINI)

Dalam kes Amran, abang simpati kerana Amran terainaya, bukan kehendak Amran, bukan Amran yang mencari penyakit itu. Apa pun semua sudah berlaku, Amran tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku, Amran kena terima ketentuannya dan paling penting berfikiran positif mengenai masa depan.

Setahu abang mengikut kiraan doktor jika CD4 kita dibawah 200 kita tergolong dalam kumpulan pesakit AIDS, dan jika CD4 atas 200 bermakna kita pembawa HIV. Itu kiraan panduan yang mudah buat kita semua untuk faham. Kebiasaannya jika CD4 kita semakin naik (tinggi), maka bacaan Virol Load kita akan semakin rendah sehingga tidak dikesan - ini adalah situasi yang baik bagi seseorang PLHIV. 

Amran baru 3 bulan makan ubatan HAART, baru lagi tu abang yakin CD4 Amran akan meningkat naik dan Virol Load akan semakin rendah, yang penting jangan lupa makan ubat tepat waktu, jangan sesekali tinggalkan atau lupa makan ubat. Elak stress jangan fikir bukan-bukan, cuba fikir positif aje. 

CD4 Amran 300, cuma Virol Load sahaja yang belum pasti lagi kan...insyaallah pada ujian akan datang abang yakin CD4 Amran akan meningkat dan sekiranya Virol Load masih berjuta-juta  jangan risau insyaallah pada ujian seterusnya pasti Virol Load akan kurang sikit demi sedikit, ianya akan mengambil masa untuk Virol Load untuk turun dan akan mengambil masa juga untuk CD4 meningkat. 

Bacaan Virol Load juga penting, ada pesakit, CD4 mereka tinggi melebihi 200 tapi bacaan Virol Load tak pernah nak turun, bacaan tetap tinggi - itu bermakna ada sesuatu yang tak kena. Mungkin ubatan yang diberi tidak sesuai dan sebagainya, hanya doktor yang boleh memberi jawapan.

Abang juga pernah mengalami AIDS suatu ketika dulu apabila bacaan CD4 abang hanya 12, pada ketika itu tubuh abang kurus kering, abang mengalami Pneumonia, terlantar 10 hari dihospital, adik perempuan yang datang melawat abang tengok keadaan tubuh badan abang akan menangis, walau pun mereka tidak tahu tentang penyakit sebenar yang abang hadapi. Virol Load abang ketika itu sudah pasti berjuta-juta.

Tapi alhamdulillah selepas memulakan HAART CD4 abang semakin meningkat, dan Virol Load abang menurun sehingga tidak boleh dikesan. Tapi untuk pesakit seperti abang yang memulakan HAART pada ketika bilangan CD4 yang rendah maka sudah tentu akan mengambil masa yang lama untuk CD4 itu meningkat, pada abang tidak mengapa asal ianya naik sikit-sikit pun alhamdulillah.

Untuk pengetahuan Amran, pada hari ini CD4 abang yang terakhir ialah 218, alhamdulillah Virol Load abang tidak dikesan. Percayalah CD4 Amran akan meningkat dan Virol Load pun akan turun juga nanti.

Nasihat abang, buat masa ini Amran kena banyak berdoa kepada Allah, bagi abang setiap lepas solat abang akan minta doa kepada Allah kebaikan buat diri abang dan kebaikan untuk ibubapa dan adik beradik serta kebaikan rakan-rakan abang semua, sama ada yang abang kenal atau tidak di alam maya ni. 

Lepas makan ubat sebelah malam, masuk tidur awal, dan cuba bangun sejam atau setengah jam sebelum waktu suboh, mandi kerana mandi ketika itu sangat baik buat kesihatan tubuh badan. Amran buat lah solat sunat tahajut, taubat, hajat sebelum masuk waktu suboh dan minta doa banyak-banyak kebaikan buat diri sendiri. Doa ketika ini sangat mustajab. Abang ada melakukan rutin ini hampir bertahun-tahun dan kerap minta doa kepada Allah (cuma sekarang abang kurang melakukannya lagi) tapi abang berazam nak melakukan rutin bangun solat malam ni lagi dan kali ini dan cuba nak buat secara berterusan kerana abang yakin ianya sangat baik buat diri kita (zahir dan batin). Jika ada masa, berjemaah dimasjid juga. Bersangka baik pada Allah ya.

Kalau Amran buka blog abang, ada seorang pembaca yang berkongsi kisah, dia seorang PLHIV sudah lebih 10 tahun tapi sehingga hari ini CD4 ia masih tinggi, dan dia kata dia makan supplement spirulina dan minum madu tualang dan yang penting ia juga beramal bangun malam melakukan solat, disamping jangan tinggal solat 5 waktu dan jaga hubungan dengan Allah (klik DISINI).

Jadi sama ada kita sihat atau tidak, kalau kita melakukan solat malam pada pandangan abang ianya sesuatu rutin yang sangat baik dalam memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Amran masih berpeluang kembali sembuh dan kuat, pada abang apa yang doktor kata mengenai diri Amran yang seorang pengidap AIDS itu usah difikir sangat. Mungkin sebab Amran mengalami TIBI dan kemungkinan TIBI boleh menyerang lagi sebab tu doktor kata Amran masih dalam ketogeri AIDS. Orang yang termasuk dalam ketogeri AIDS ini ialah mereka yang lemah sistem imun badan, mereka yang mudah diserang berbagai penyakit. Tetapi macam Amran kata TIBI Amran semakin sembuh dan ubatan TIBI dah dihentikan, semua itu petanda baik buat diri Amran. Usah difikir sangat mengenai sama ada kita ni pembawa HIV atau pesakit AIDS.

Tentang bisul abang juga pernah alami bisul di tepi dubur dulu dan disuruh buat pembedahan (abang tak buat). Abang juga pernah alami kulit pecah berair (kayap ular) tapi sejak abang makan HAART semua gejala itu tak pernah abang alami lagi alhamdulillah.

Mengenai gatal dikulit seperti kurap itu juga insyaallah ianya akan kembali sembuh yang penting Amran kena ikut segala arahan nasihat doktor, makan ubat tepat waktu. Abang dulu bertahun juga berulang alik jumpa doktor pakar kulit, sebab kesan ubatan yang abang makan sehingga menyebabkan dada abang naik bintik-bintik tapi alhamdulillah sekarang dah tak jumpa lagi, akan mengambil masa dan abang harap Amran akan bersabar ya. 

Adakala sesuatu penyakit tu akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Amran dikira baru sahaja makan ubatan HAART insyaallah abang yakin segalanya akan menjadi seperti sediakala, sembuh dan Amran pasti akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria nanti percaya lah.

Abang harap Amran terus kuat dan fikir positif, pada abang Amran bukan pesakit AIDS tetapi seorang pembawa HIV. Pembawa HIV juga ada kala mengalami sakit-sakit juga, mereka juga adakala mengalami gatal-gatal badan juga, PLHIV yang ada CD4 tinggi tidak semestinya kebal daripada mengalami sakit dan gatal-gatal kulit, mereka juga adakala akan mengalami simptom penyakit seperti ini juga. 

Insyaallah abang harap Amran akan kembali kuat dan sihat seperti sedia kala. - Naj Mi







LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)