Friday, 7 February 2014

1 - SAYA POSITIF – LEMAH BADAN, HANCUR HATI APABILA DISAHKAN +VE HIV

Seorang rakan pembaca meninggalkan komen didalam ruang komen entri yang bertajuk, NASIHAT ANONYMOUS – CARA BAGAIMANA GAY BOLEH BERUBAH 

photo http://www.flickr.com hanya hiasan

Pada bulan Oktober 2013 yang lalu, aku mengalami batuk-batuk dan cirit-birit yang berpanjangan (berbulan lamanya) walaupun perut aku tidaklah rasa memulas kesakitan hendak membuang air besar, tetapi najisnya cair selalu atau lembik selama hampir 3 bulan. 

Pada bulan Disember 2013, aku melakukan HIV test yang merupakan ujian saringan tahunan yang aku lakukan memandangkan gaya hidup seks aku kadang-kadang guna KONDOM dan kadang-kadang TAK PAKAI PUN :-p dan akhirnya MIMPI NGERI yang aku selalu terfikir akan berlaku menimpa diri akau pada satu hari nanti telah menjadi kenyataan. 

Ujian HIV test aku pada kali ini POSITIF :-( (  

Aduhai, lemahnya badan dan hancurnya hati, menitis pula airmata aku, terasa seperti pepatah Melayu "nasi sudah menjadi bubur" dan sudah terlambat. 

Aku melakukan full test HIV dll test yang berkaitan di Hospital Kerajaan pula. Aduhai!..."bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga", bacaan CD4 aku di bawah paras 200. Aku kini berada dalam kumpulan orang yang mengidap penyakit AIDS. Ianya amat-amat MENGEJUTKAN aku dan doktor sendiri, kerana pada zahirnya aku kelihatan nampak sihat dan cergas serta periang. Walaupun kini simptom batuk dan cirit-birit aku telahpun hilang tetapi terasa sedikit sakit pada bahagian dada letih lesu di bahu dan leher. 

Hasil pemeriksaan Doktor pada bahagian leher dan X-Ray didada menunjukkan semuanya O.K. Mungkin kesakitan yang aku rasa kerana aku berada dalam keadaan terlalu stress dan ianya mengakibatkan muscle pain. 

Atas nasihat dan semangat yang diberikan oleh doktor yang merawat aku, aku "on medication" untuk berusahakan keluarkan diri aku dari group pesakit AIDS kepada group pesakit HIV+ dan mudah-mudahan aku taat pada masa dan peraturan pemakanan ubat walaupun aku tahu HIV+ TETAP berada tubuh badan aku.

INSYALLAH masih ada ruang untuk aku (yang seorang diri mengetahui status penyakit aku ini) akan pulih kembali walaupun aku digelar sebagai "HIV+ CARRIER" Aku akan berfikir yang indah, riang dan senyum selalu :-) agar aku tidak merasa stress dalam menjalani kehidupan aku ini. AMINNN :-)


SAYA POSITIF
Sumber dari ruang komen disini














Salam saudara, 

Mendapat HIV bukan penamat bagi segala-galanya dalam hidup, saudara dan semua yang dijangkiti HIV kena berfikiran positif selalu. Ya kena ikut nasihat doktor, makan ubatan tepat waktu, jaga kesihatan, berdisiplin Excersicelah sedikit-sedikit beberapakali dalam seminggu, ubah cara hidup kepada kehidupan yang sihat.
 
Abang doakan saudara kuat menghadapi ujian ini, bukan saudara aje yang alami dugaan ini, abang juga serta ramai rakan-rakan lain diluar sana yang menghadapi dugaan serupa, dan kebanyakan mereka mampu terus hidup dalam keadaan gembira sihat sama seperti non PLHIV diluar sana.

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)