Monday, 10 February 2014

HANA – "TOLONGLAH SAYA, SAYA JATUH HATI DENGAN KAWAN BAIK SAYA SEORANG GAY"

HANA mengeluh kerana dirinya telah jatuh hati dengan rakan karibnya sendiri. Sukar bagi dirinya untuk membuang perasaan sayang kepada rakan lelakinya itu. Masaalahnya rakan karib lelakinya itu seorang GAY. "Macam mana cara saya hendak tambat hati dia???". 

Hana meninggalkan pertanyaan didalam ruang komen didalam entri bertajuk, "NAZRUL – 2 NAFSU BOLEH BUAT SAYA GILA! (LIKU PERUBAHAN DIRI DARIPADA GAY KE BISEKUAL). 

Mungkin saudara yang membaca ada nasihat yang bernas buat saudari Hana.


Saya Hana silent reader awak. Saya terjumpa blog ni bila saya google 'boleh ker gay berubah' saya yakin tiap manusia boleh berubah dengan kehendak yang maha Esa. 

Saya cuma baca blog ni sebab saya cuma nak tahu perjalanan hidup seorang gay. Bukan sebab saya gay tetapi saya jatuh hati dengan kawan baik saya sendiri dan dia seorang gay. Saya terlalu sayangkan dia dan saya nak dia jadi imam saya yang sah satu hari nanti. 

Tapi macam mana cara nak tambat hati dia? Tolonglah saya. Saya betul jatuh hati kat dia dan nak sangat tengok dia berubah. ;(


~HANA~



Salam Hana,

Alhamdulillah abang rasa niat Hana tu baik, tapi dalam masa yang sama seolah-olah Hana menyerat leher jika memaksa diri, memaksa dalam diam agar kawan gay itu menerima Hana sebagai isteri.

Pertama abang selalu berpegang mengatakan bahawa naluri seorang gay tidak boleh dihapuskan, walau dia telah berkahwin nafsu gelora terhadap kaum sejenis masih tetap ada, apa tah lagi dugaan terutama dikalangan gay yang sebelum ini telah berpengalaman melakukan seks sejenis sebelum berkahwin.

Naluri songsang tidak dapat dihapuskan TETAPI naluri itu boleh dikawal dengan takwa dan iman, dengan kesungguhan si empunya diri. Jika seorang lelaki gay itu sememangnya tidak pernah melakukan seks sejenis atau memang tidak pernah terjebak melakukannya sebelum berkahwin insyaallah jika dia berkahwin abang rasa dia mampu kawal diri, tapi sekiranya dia sudah berpengalaman maka walau telah berkahwin keinginan melakukannya pasti tetap ada dan tidak mustahil dia akan meneruskan aktiviti tersebut dalam diam.

Paling penting disini perlu ada kesungguhan gay tersebut untuk berubah, mengawal diri dari tidak terus terjebak dalam aktiviti tersebut lagi, maka dengan bantuan Allah dengan dorongan seorang isteri, dengan keinginan bersungguh gay itu pasti dia boleh mengawal diri dan pastinya dia akan berjaya menjauhkan diri dari aktiviti songsang.

Ada beberpa kisah dalam blog abang, kisah benar mengenai wanita yang jatuh cinta dengan gay, sama ada gay itu seorang pembawa HIV atau yang sihat, cuba Hana check kembali dalam blog abang ni...(abang lupa mana satu) baca dan jadikan pengajaran.

Buat Hana, pastikan rakan gay itu ada keinginan bersungguh mahu berubah, TETAPI kalau dia masih tegar masih nampak sukar nak berubah maka sebaiknya Hana kena tarik diri segera, jangan masuk kelubang buaya nanti Hana sendiri yang merana nanti.

Abang yakin masih ada ramai gay diluar sana yang mahu berubah, cuma sukar nak kita pastikan mana satu diantara mereka. Minta bantuan Allah, ikut gerak hati lakukan solat istikarah, insyaallah Hana akan menerima jawapan sama ada rakan gay Hana itu sesuai dijadikan imam yang sah atau tidak.

Agak sukar nak tambat hati seorang gay terutama gay yang bersifat tegar, tapi agak senang jika dia seorang lelaki bisekual. Jika seorang lelaki biseksual itu mempunyai nalurinya lebih 70% kepada lelaki maka agak sukar nak ditambat, tapi kalau lelaki bisekual itu ada hanya 30% naluri kepada lelaki (70% naluri kepada wanita) dia agak senang ditambat hatinya. Itu pada pandangan abang lah, tapi memang susah nak kita pastikan peratusan naluri seseorang lelaki biseksual tu.

Jika gay tegar (yang tiada langsung nafsu kepada wanita) mereka ni memang sangat sukar ditambat - NAJMI





Thanks abang untuk respons. Dia bukan gay yang tegar, cuma sekarang saya rasa tertekan patut tak saya give up atau stay. Dia memang tahu saya sayang kan dia. Kawan-kawan kitaorang sendiri ingat kita orang loving couple. Saya takut kalau say a tinggalkan dia, dia akan jadi teruk. Saya cuma nak bantu tapi saya tak tahu jalan tu.

Kita orang pernah berbual pasal benda ni,dia sendiri cakap dia nak berubah, bagi masa tapi bila dia nak berubah, makin banyak dugaan yang datang.

Dah kata kita orang kawan baik kan, so macam-macam benda kitrg kongsi. Saya cuba jadi pendengar yang terbaik untuk dia sebab lebih baik dia share dengan saya kan dari orang lain. Bila dia bercerita pasal lelaki itu, lelaki ini, saya cuba jadi yang terbaik untuk dia dan buat dia happy dengan bila lepak, saya mesti bawa lelaki yang dia suka tu join kita orang (lelaki yang dia suka mostly straight). Saya bukan sokong dia jadi gay saya cuma nak dia happy sebab dia pernah cakap dia cuma suka dan boleh lihat je tapi untuk dapat benda-benda tu mustahil. Tapi bila saya fikir balik saya nak sangat tengok dia berubah,  so saya stop buat benda-benda tu.

Sebelum ni dia pernah ada beberapa orang ex girl friend, saya tanya kenapa ada girl friend? Dia cakap nak kasih sayang tapi saya orang pertama yang tahu dia siapa, tapi saya tetap nak dia. Saya tahu dia bagi saya peluang untuk kenal dia, dan dia kenal saya. Kita orang pernah berbincang hal kahwin, hal masa depan bersama tapi entah la, tu yang saya tak percaya dia gay. Haha

Saya pernah tanya dia ada tak nafsu kat perempuan? Dia cakap tak tahu sebab dia memang tak pernah buat dengan perempuan atau buat dengan lelaki tapi peratus 'feel' kat perempuan ada cuma tak banyak macam  ‘feel’ dekat lelaki. Saya pernah try untuk goda dia, tapi dia elak. Dia cakap 'jangan, nanti adik bangun susah' saya cakap bagus la, kata nak berubah tapi dia cakap tak nak benda jadi lain nanti. Bila berduakan mesti ada yang ketiga.

Cara dia layan saya buatkan saya confius, dia ada feel kat sy atau tak? Cuma dia pernah cakap dia pernah try tapi kadang-kadang dia fail dan dia suruh saya cari lain sebab dia cakap dia 'tak normal' tapi hati saya berkeras tak nak sebab saya tahu dia tak macam kawan-kawan gay saya yang lain.

Saya cuma kenal kawan-kawan gay yang dia rapat sahaja  dan dia orang pun ingat kita orang ada 'something' tapi depan dia orang pun bila saya ada dia action macam 'straight' tapi yang dia selalu hang out dia macam elak nak bagi saya kenal sebab dia cakap belum masa nya. Dia bagitahu saya sebab depan dia orang dia bukan 'straight'. Dia tak nak tunjuk diri dia yang satu lagi tu kat saya. Nanti kalau saya ada dia tak selesa. Saya cuma nak kenal dia yang 'otherside' tapi saya tak tahu bila peluang tu saya boleh dapat. Saya cuma terfikir kalau dia tak sayang saya  dia mesti tak kisah nak tunjuk dia siapa yang sebenarnya dekat saya tapi tu la hati dia kan saya bukan boleh baca.

Saya tahu naluri tu takkan hilang sebab tu memang ada dari dia kecik dan itu ujian paling besar yang Allah bagi kat dia. Saya cuma nak bantu tapi saya buntu. Saya tahu dia boleh berubah tapi tu la....ehmmm.

Thanks abang Najmi sebab sudi baca apa yang saya tulis, sebab saya tak tahu nak cerita kat siapa. Saya cuma perlukan pandangan dan pendapat je apa yang perlu saya buat dan saya tahu Allah akan bantu saya jika niat saya baik. ;)


~HANA~



Hana,

Kebiasannya lelaki gay macam tu, adakala berangan nak berkahwin nak ada anak, nak bercinta dengan perempuan tetapi hakikatnya mereka tidak yakin pada diri sendiri, sama ada mampu membahagiakan isteri atau tidak. Mereka takut akan mengainaya isteri apabila tidak mampu memberi kasih sayang 100% pada mereka. Bimbang akan terlajak melakukan aktiviti songsang lagi selepas berkahwin.

Adalah lebih baik Hana jumpa rakan gay yang seperti ini daripada berkenan dengan seorang lelaki gay yang terus menerus memberi harapan palsu kepada bakal isteri dan seorang yang hanya mahu berkahwin untuk menutup aib sendiri, pastinya akan berakhir dengan kekecewaan kepada si isteri.

Sebab itu perlu ada keyakinan dalam hati seorang gay untuk berkahwin, jika mereka tidak ada keyakinan mereka pasti akan memberi berbagai alasan mengelak dari bercouple apatah lagi untuk berkahwin. 

Pandangan abang kawan Hana masih tidak ada keyakinan untuk menamatkan zaman bujangnya kerana itu bila Hana seperti mendesak dia supaya menerima Hana, dia terus memberi alasan yang "turun naik" sehingga Hana sendiri confius tentang dirinya.

Cuma abang harap Hana tidak terlalu mengharap, berkawanlah dengan rakan lelaki lain insyaallah hati Hana akan terbuka pada yang lain. Jika rakan gay Hana itu tidak sudi dan terus memberi alasan, sebaiknya Hana kena paksa diri melupakannya - NAJMI



Sumber dari ruang komen dalam entri disini






















LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)