Friday, 21 February 2014

GOLONGAN "HAPRAK" INI BEROMEN DALAM JAMBAN

Saya belek-belek dan baca isi kandungan beberapa buku dan majalah kesihatan, agama, fesyen dan hiburan dikedai 'supermarket' kecil di Hospital disini. Saya sememangnya tak selalu membeli majalah-majalah ni, tetapi saya kerap mencuri membaca isi kandungan majalah begini yang dikeluarkan pada setiap bulan dikedai-kedai merata dikawasan bandar ini. 

Hari itu saya terpandang majalah MASTIKA keluaran bulan Mac 2014, tajuk yang menarik perhatian saya dikulit majalah tersebut ialah "Beromen Dalam Jamban". Majalah Mastika antara majalah bersize kecil yang selalu memaparkan kisah-kisah sensasi. 

Saya tidak selalu membaca majalah ini, cuma sekali sekala tertarik dengan tajuk yang dipaparkan. Ya saya pasti ada kalangan kita yang tidak suka membaca majalah sebegini, tapi itu terpulang kepada anda sama ada anda hendak percaya isi kandung majalah ini atau tidak, tapi sekurang-kurangnya apa yang dipaparkan dalam majalah ini dan dalam beberapa majalah lain seperti majalah ini pasti boleh memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada kita. Sesuatu yang kita tidak tahu ianya wujud tapi sebenarnya ada berlaku disekeliling kita.




Berbalik kepada artikel "Beromen Dalam Jamban", kisah dari majalah ini telah saya salin penuh dan siapkan untuk dikongsi dan dibaca dalam blog ini nanti, tetapi bukan sekarang saya siarkan. Sekiranya anda mahu membaca penuh kisah ini boleh aje beli majalah ini dengan harga RM4.00 yang sedang dijual diluar sana.

Jika tidak mahu membeli baca aje kisah ini di mana-mana kedai buku yang menjual majalah ini. Jika masih tidak mahu membeli dan tidak mahu membaca dikedai buku tunggu sahaja saya publishkan kisah penuh "Beromen dalam Jamban" ini nanti dalam blog saya ini.

Paparan kisah ini disediakan oleh seorang wartawan bersama seorang rakan (jurugambar) yang sanggup ponteng solat Jumaat semata-mata hendak sekodeng golongan songsang yang sedang buat projek didalam sebuah tandas awam (pada hari Jumaat) ketika solat Jumaat dilangsungkan semata-mata hendak mendapatkan cerita. Sedikit sebanyak perangai wartawan dengan golongan songsang yang buat projek tak jauh bezanya kerana mereka sama-sama ponteng menunaikan solat Jumaat pada hari itu.

Pada saya bukan hari jumaat sahaja, tetapi setiap hari (terutama pada hari minggu atau cuti) dimana-mana baik dalam mahu pun diluar negara, tandas awam sememangnya ada berlaku aktiviti begini. Kegiatan melempiaskan nafsu didalam tandas awam seperti satu kebiasaan dikalangan golongan songsang. Bagi golongan ini, hal seperti ini mungkin sudah menjadi kebiasaan ianya normal bagi mereka, tetapi hal seperti ini merupakan sesuatu yang luar biasa bagi kalangan orang normal diluar sana.

Teringat saya kisah bagaimana penyanyi "George Michael" yang kantoi cuba mengoda seorang lelaki (kalau tidak silap saya seorang polis) dalam sebuah tandas awam di London sehingga beliau didakwa.

Sepekara lagi, saya mengakui perbuatan segelintir golongan songsang ini yang buat projek dalam tandas awam sememang salah, terutama salah dari segi agama. Itu tidak boleh dinafikan.

Perlu diingat ramai golongan songsang walaupun mempunyai naluri sedemikian tetapi mereka masih dapat mengawal diri dari tidak melakukan walau dan tidak pernah terjebak walau sekali pun melakukan aktiviti seks sejenis, malah ramai yang terus berusaha mengawal diri cuba berubah menjadi sesempurna mungkin di mata Allah dan masyarakat.

Pendedahan wartawan memaparkan kisah ini juga ada baiknya untuk memberitahu masyarakat mengenai aktiviti ini, pendedahan ini mungkin hanya kurang daripada 1% dari keseluruhan yang didedahkan ada berlaku didalam negara kita. 

Tetapi saya tidak beberapa setuju dengan berbagai panggilan yang ditulis merujuk kepada golongan ini, cukuplah dengan hanya panggilan songsang atau gay sahaja tetapi jangan berlebihan sehingga dipanggil haprak, umat nabi Lut, macam kambing-kambing jantan, macam muka pecah rumah, macam kerang busuk, species kaum sodom dan sebagainya. Kalaulah boleh perkataan mencarut ditulis saya pasti perkataan-perkataan itu akan diguna pakai bagi mengambarkan golongan ini dalam artikel tersebut.

Antara isi kandung dalam kisah "Beromen dalam Jamban" seperti ini, 

- “Dahlah projek kat tempat kotor, time pulak masa orang Islam beribadat. Buat malu kaum saja,” kata Joe marah-marah.  

- Waktu itu saya terfikir yang saya perlu keluar dari tandas demi keselamatan. Lagi pun saya teringat kata Joe, spesies haprak itu buat “projek” dalam jamban. Mereka tutup pintu, lepaskan air paip supaya bunyi-bunyian ek ok ek ok tak kedengaran dari luar. Selesai “projek” baru mereka keluar.

- Ketika azan (Jumaat) di masjid sedang berkumandang, saya (wartawan) dan Farid (jurugambar) keluar dari kereta dan berjalan semula ke tandas. Melihat saya keluar, lelaki tadi juga keluar dari keretanya dan mengekori dari belakang.  

- “I ni tak kisah. Apa pun i boleh. Semua terpulang pada you. Kalau you pandai layan i, you pun akan dapat nikmat. Yang penting, macam mana nak naikkan nafsu i. Kalau ok layanan, you akan puas,” dia memberi kuthbah songsang pada saya ketika khatib di masjid memberi nasihat berguna.


Pembongkaran lain dalam majalah ini yang menarik mengenai Padang POLO di sini, tidak dinafikan kegiatan beromen melakukan maksiat dikalangan remaja melayu lelaki wanita, mak nyah malah gay juga sememangnya wujud di kawasan 'jirat cina' disekitar kawasan padang ini. Ada kala sehingga awal suboh mereka melepak dikawasan ini, kisah ini boleh anda baca dalam kisah, FUYYOO Budak Melayu Ipoh "PROJEK" Atas Jirat Cina.


Antara isi kandung dalam kisah "FUYYOO Budak Melayu Ipoh "PROJEK" Atas Jirat Cina" seperti ini,

- "Macam-macam benda yang kami nampak dikawasan perkuburan disitu. Ah hendak dinukilkan pun terasa malu. Botol arak dan kondom bersepah-sepah disebalik colok-colok lama yang dibakar. Macam-macam jenis perosa plastik ada. Advance betul budak-budak Ipoh ya tuan-tuan dan puan-puan. Nasib baik tak ada perisa tempoyak, kalau tidak.....

- "Mastika tengok lah sekejap lagi mesti ada motor yang naik atas tu buat projek," kata Iba sambil menunjukkan laluan kearah tapak perkuburan cina yang terletak betul-betul bersebelahan Padang POLO.

- Iba membawa kami ke satu lokasi yang agak strategik berhampiran sebuah pokok besar. Ketika itu lah kami melihat ada dua sosok sedang berselindung disebalik monumen kuburan cina. Seorang hantu lelaki dan seorang hantu perempuan. Mereka berpelukan, bercumbu dan %^%$#*...
 

Buat pengetahuan semua, kawasan padang POLO ini terletak dikawasan berhampiran Politeknik dan Maktab Perguruan Ipoh, maka sekitar kawasan Taman Cempaka merupakan kawasan tempat tinggal pelajar-pelajar ini. Pelajar-pelajar ini menyewa rumah-rumah dan tinggal beramai dan pastinya mereka datang dari setiap pelusuk tanah air. Mereka ramai yang keluar malam melepak dikawasan padang POLO ini, maka pada pandangan saya BUKAN semua yang melakukan maksiat di kawasan padang POLO disekitar jirat cina itu adalah budak Ipoh.

Ya Ipoh semakin advance, dan setahu saya terdapat beberapa tempat yang mempromosikan perkhidmatan urut songsang di bandar ini. Dan terbaru sebuah sauna untuk golongan gay baru sahaja dibuka di bandar ini. Ipoh semakin advance, advance dalam bentuk yang negatif.

Kisah penuh 
"Beromen dalam Jamban" (Klik Disini)



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)