Monday, 10 February 2014

DAWOOD - RESAH LELAKI BISEKUAL SEBELUM BERNIKAH

Saya menerima email dari seorang rakan memberitahu mengenai tarikh pernikahannya semakin hampir. Segala maklumat mengenai Dawood telah saya ubah.

photo hiasan

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan berlangsung. 

Assalamualaikum abang Najmi.

Abang masih ingat saya tak? Saya Dawood, saya pernah email abang dulu hehehe.... Saya dah nak kahwin pun bang bulan ni, menghitung hari je. Pada 3hb Januari ni saya akan nikah, esoknya saya bersanding, harap-harap majlis tu nanti akan berjalan dengan lancar Insya Allah.

Bila dah nak kahwin ni macam-macamlah nak kena buat, dan yang paling mendebarkan ialah nak pergi buat ujian saringan HIV tu, takut punye pasal :( Saya buat test kat PATHLAB dulu. Alhamdulillah semua ok dan dah dapat result dari PATHLAB baru lah saya buat test di klinik kesihatan, tu pun masih berdebar jugak. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan, tidak sampai 30 minit result dah dapat dan saya clean.

Cumanya, bila tarikh nikah semakin dekat ni saya semakin kuat berfikir, betol ke tindakan yang saya ni, adakah saya akan menyesal dikemudian hari, adakah saya akan menzalimi pasangan saya dan sebagainya. Bila saya membuat keputusan untuk berkahwin, saya membuat keputusan tersebut dengan kerelaan hati saya, saya tiada pasangan lelaki ketika itu dan saya tidak menyakiti hati sesiapa pun dengan membuat keputusan sedemikian.

Yang menjadi kerisauan saya disini ialah nafsu saya. Saya punya nafsu kepada perempuan dan saya juga lemah dengan pujukan seorang lelaki.

Baru-baru ni, saya adalah terlajak buat ringan-ringan dengan seorang member ni, dia kawan baik saya sebenarnya (gilakan). Tapi kami memang dah macam ni sejak disekolah menengah lagi, cumanya perbuatan tu terhenti sejak dia berkahwin. Saya sebenarnya yang menjauhkan diri dari dia, atas dasar menghormati dirinya sebagai suami orang dan pada masa yang sama kerana ia kawan baik saya.

Satu hari tu, kebetulan kami berjumpa atas urusan kerja, dia bagi tahu yang wife dia tengah mengandung. Kami berbual dari cerita biasa hingga lah kepada cerita perhubungan antara dia dan wifenya. Bini dia kurang layanan lah semasa mengandung dan macam-macam lagi, dan kebetulan pula saya dan dia memang ditempatkan sebilik, tak perlu tunggu malam semasa rehat tengahari tu jugak kami dah ON. Badan baik, barang baik, semua pun baik la, nasib baik lah ringan-ringan aje.

Faktor lain, mungkin masa tu saya sendiri pun dah lama tak buat ringan-ringan, dia pun pandai main peranan, selain adanya orang ketiga ketika itu (syaitan) yang terus menghasut mengoda naluri kami. Kalau tak kenangkan dia tu laki orang memang saya dah tujah dia bang.

Setahun bang saya mengelak diri dari dia, tapi sudahnya berlaku jugak aktiviti oral. (sorry la kalau lucah sikit). Lepas tu saya pun mulalah menyesal tidak sudah, nasib baiklah hanya sekali tu aje, jadinya selebihnya saya berjaya elakkan.

Saya harap, dan saya berdoa agar saya akan lebih kuat menangkis perkara-pekara begini lagi dimasa hadapan. Kerja saya memerlukan saya berjumpa dengan ramai orang, adakalnya ada mensyuarat diluar disusuli dengan makan malam dan ada masa makan ramai-ramai. Ada masa makan berdua, ada masanya dalam kawalan dan ada masanya diluar kawalan….:( 

Apa yang penting, hidup mesti diteruskan, sampai sini dulu bang, nanti cerita lagi.

DAWOOD 



Salam Dawood,

Susah nak abang ingatkan balik tentang Dawood, sebab ramai kawan baru datang dan pergi (menyepi) yang abang kenal kat FB dan email ni. Tapi alhamdulillah kalau tak silap abang, fon no Dawood memang ada dalam simpanan fon abang. Walau bagaimana pun kalau abang lupa biasanya abang akan baca email-email
yang terdahulu tu.

Biasalah kalau kita nak berubah kalau iman kita semakin kuat maka ketika itu lah godaan syaitan datang semakin kuat. Adakala memang kita tidak cari benda tu, tapi benda tu (maksiat) yang datang bergolek-golek depan mata kita, tidak kira tempat waktu ketika.

Ya benar adakala kita boleh kawal diri adakala kita tak boleh kawal diri tapi yang penting kita terus berusaha mengawal diri kita. Yang penting Dawood kena terus berusaha cuba mengawal diri, orang cakap kawal dengan iman dan takwa. Apa pun alhamdulillah sebab Dawood dah nak berkahwin, insyaallah asah tajam-tajam nafsu tu kepada isteri insyaallah Allah tahu niat Dawood dan akan membantu Dawood dimasa hadapan.

Bestlah tu akan dapat yang halal, boleh buat sekerap mana yang Dawood suka nanti heeee...:) SELAMAT TAHUN BARU, SELAMAT PENGANTIN BARU DAWOOD. - NAJMI





photo hiasan
Kisah selepas majlis pernikahan, perkahwinan dan sekembali pulang dari honeymoon. 

Salam abang Najmi,

Majlis saya sudah selesai pun bang pada 4 hb Januari hari tu. Majlisnya berjalan dengan lancar, meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Alhamdulillah, semuanya ok. Kami kemudian terus honeymoon ke Maldives bang, baru lepas baru balik ni.

Sesungguhnya yang halal itu indahkan bang. Hubungan yang halal ini lain rasanya. Malah adik saya pun tidak ada masalah untuk menjalankan peranannya. Sepanjang melayari bahtera tu tidak sekali pun saya membayangkan yang saya sedang menyetubuhi lelaki, sebaliknya saya terus menikmati hubungan itu dan mata saya puas menjamah setiap susuk tubuh wife saya.

Sepanjang disana, setiap malam pasti ada aje pengisiannya. Isteri saya sedikit terkejut sebab tidak menyangka saya langsung tidak kekok, macam dah ada pengalaman katanya. Saya gelak je, saya tahu dia tidak senang hati, saya katakan yang saya sering tengok cerita blue so saya tahu la sikit-sikit cara nak mainkan peranan.

Tapi dalam masa yang sama jauh dibenak saya ini berkata, bahawa perkahwinan ini bukan setakat nak memuaskan nafsu sahaja, kami berdua kini terikat dengan tanggungjawab masing-masing. Kami berdua masih baru, masih banyak yang perlu dipelajari, masih banyak yang perlu difahami. Ini baru fasa permulaan dalam kehidupan saya, semoga kami berdua tabah melayari alam perkahwinan ini.

Abang doakan kami ye.

DAWOOD



Alhamdulillah Dawood, 

Segalanya berjalan lancar, pertama sekali abang harap mudah-mudahan Dawood boleh mengelak diri lagi dari terus melayari laman web gay, sebab kalau kita tengok porn gay ni, takut keinginan nak melakukan dengan lelaki akan kembali wujud dalam diri.

Jika rasa berkeinginan tu muncul maka terus sahaja cari yang halal (wife). Dugaan selepas berumah tangga pun tetap ada, bimbang keinginan untuk bersama dengan lelaki kembali akan kembali wujud. Macam abang kata kita tak cari (maksiat tu) tapi benda tu yang cari kita nanti, dimana-mana boleh berlaku. Mungkin ada insan yang kita suka, selama ini dia buat tak tahu aje tapi bila kita sudah kearah cuba hendak berubah tiba-tiba insan ni datang menyerah diri. Sebab itu kita kena ada kekuatan terus berusaha mengelak dan mengawal diri.

Tapi dari cerita dan pengalaman yang Dawood ceritakan, abang yakin Dawood mampu mengawal diri dan abang doakan agar Dawood terus kuat melawan godaan syaitan, terus berdoa kepadaNya agar hati sentiasa sayang dan tumpuan Dawood  hanya kepada isteri selama-lamanya. 

Abang doakan kehidupan Dawood dan isteri terus berkekalan dan diberkatiNya..insyaallah...Amin...:) - NAJMI


 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)