Monday, 6 January 2014

MOHAMMAD NABIL - SEMOGA KETURUNAN SAYA TIADA YANG SONGSANG.

Seorang pembaca telah berkongsi kisah mengenai dirinya didalam ruang komen dientri yang bertajuk “ZAFRIEL – SUDAH BERTUNANG TETAPI TIDAK “CONFIDENT” UNTUK BERKAHWIN”, kerana tiada nama jadi saya namakan anonymous ini dengan nama Mohammad Nabil (bukan nama sebenar lah tu) 

photo hiasan

Assalamualaikum,

Saya pun nak berkongsi disini. Saya keliru dengan diri saya sendiri pada asalnya either saya ni seorang gay or bisek. Saya terlibat dengan aktiviti songsang ini since tingkatan 2, masa tu saya tidak tahu apa-apa tapi ada abang senior meniduri saya, tapi tidak lah sampai buat sex. Saya tidak tahu apa yang ada pada saya sampai ramai yang suka nak tidur dengan saya. Nak kata lembut tidak tapi entah. 

Sampailah saya masuk belajar disebuah kolej, saya telah terlanjur melakukan sesuatu yang diluar dugaan dan sesuatu yang dilaknat oleh Allah. Tapi bukan saya yang cari masa tu mamat tu yang datang tapi nafsu dan syaitan datang menggoda dah, kami tewas. Lama jugak perkara itu berlarutan sehingga hampir setahun jugak tapi kami tidak menjalinkan hubungan cinta kami just sex untuk puaskan nafsu sahaja. Sebab dalam masa yang sama saya sudah ada awek dan mamat itu pun ada awek.

Sampai pada tahun 2007, pada bulan Jun saya rasa sangat jijik dengan diri aku sendiri sebab sudah bergelumang dengan dosa besar.  Tapi aku yakin Allah maha pengampun, pada  bulan Jun 2007 itu juga saya bertekad mahu berubah dan stop semua hubungan terlarang yang saya lakukan dan stop hubungan dengan awek aku sebab aku tak nak bagi harapan kat dia. 

Pada bulan Ogos 2007, saya pergi umrah dan berdoa minta kepada Allah, saya memang nak berubah seubah-ubahnya. Memang susah tapi saya mula menyendiri untuk cari ketenangan saya juga elak dari tinggal serumah menyewa ramai-ramai, dan setahun saya tidak ada boyfriend dan tiada girlfriend. Masa tu memang saya berperang dengan nafsu dan jiwa yang bergelojak ini. 

Sehingga pada tahun 2011, saya ditemukan dengan seorang gadis yang sekarang ini telah bergelar isteri saya.  Memang betul nafsu saya kepada lelaki still wujud sampai sekarang tetapi saya cuba untuk tidak mendekatkan diri saya pada mana-mana lelaki.

Alhamdulillah pada tahun 2012 saya selamat diijab kabulkan.

Pada tahun ini (2013), saya dan isteri telah dikurniakan seorang anak yang sangat comel. Tetapi dalam diri saya memang masih wujud nafsu itu, walau bagaimanapun saya tetap syukur sebab ada seorang isteri yang sangat baik. Dan setakat ini alhamdulillah segala keperluan batinnya belum pernah saya tolak.

Tapi macam mana saya nak teruskan dengan nafsu saya yang lagi satu ni? Saya pening. Saya sayang isteri saya sangat. Betullah mendekatkan diri kepada Allah itu jawapannya, tetapi nafsu songsang itu tetap akan datang dan kalau saya  tidak tahan sangat saya masih tengok “Gay Porn” tanpa pegetahuan isteri saya. Tapi inshaAllah saya yakin kepada Allah kalau kita dekat pada Nya maka Allah akan menjaga kita.

Dan semua lelaki yang pernah tidur dengan saya  semuanya sudah mendirikan rumahtangga alhamdulillah, dan semua mereka sudah pun ada anak. Syukur lah. Semoga apa yang terjadi pada saya ini tidak akan terjadi kepada keturunan saya yang seterusnya. Kita sama-sama berjihad melawan nafsu yang sangat berbeza dengan golongan strg8 (normal). Allah bersama kita. 

Bagi yang nak ambil keputusan untuk berkahwin macam saya, fikir masak-masak  sebab banyak yang kita kena korbankan. Alhamdulillah saya masih kuat untuk mengharungi hidup berumahtangga ini dan doakan saya bahagia sampai ke syurga. 

Dan ingat Allah Maha Pengampun. 

Nak berubah memang senang nak istiqamah yang sukar, nak menahan gelojak nafsu lagi susah. Walaubagaimanapun sudah hampir 6 tahun saya tinggalkan dunia Gay ni tapi nafsu tu masih kuat bersarang didalam diri ini dan saya akan tetap terus melawan serta mengawal naluri songsang ini selamanya.

Sekarang ini pun saya banyak bantu mereka-mereka yang pernah terlibat dengan zina dan gay dan lesbian bantu mereka kearah jalan yang baik tapi saya tidak pernah cerita pun kisah silam saya dulu. Ini adalah 1st time saya share dengan orang. Bukan mudah nak berubah dan istiqamah sebab akan banyak ranjau. And the best way is jangan stay rumah sewa reramai lelaki kalau nak berubah kerana bahaya. 

We are unexpected dengan semua lelaki even dia orang strg8 (lelaki normal). Sebab kadang-kadang strg8 pun boleh jadi bengkok. Sebab saya ada kawan memang suka menghina betul golongan gay tapi pernah jugak tidur dengan saya tapi itu dulu lah. Banyakkan dekat kan diri pada Allah. Saya pun masih banyak lagi ranjau yang perlu dihadapi, sebab apbila sudah berkahwin pasti ada problem yang akan timbul dan pastinya syaitan akan sentiasa mengganggu kita.

So SABAR and REDHA... 



MOHAMMAD NABIL




Salam anonymous,

Alhamdulillah kehidupan saudara makin lama semakin baik. Mula-mula  bergelumang dengan aktiviti songsang, kemudian sedikit demi sedikit saudara mampu berubah mengawal diri sehingga berkahwin, alhamdulillah.

Macam yang selalu saya katakan bahawa naluri suka kepada lelaki TIDAK dapat dihapuskan sama sekali tak ada guru tak ada ubatan tak ada yang boleh menghapuskan naluri songsang ini sehingga mati, TETAPI dengan doa dan bantuan dari Allah swt kita dapat dan mampu mengawal diri dari tidak melakukannya lagi.

Sebab itu walaupun saudara telah mendirikan rumah tangga dan mampu memberi nafkah batin kepada isteri dalam masa yang sama masih tetap mempunyai naluri songsang itu kan, yang penting saudara tidak terlajak lagi dengan lelaki selepas berkahwin dan berkat doa berterusan kepada Nya insyaallah keinginan menonton "gayporn" akan semakin pudar dan kasih sayang saudara kepada isteri akan semakin utuh...Jangan berhenti dari terus berdoa kepada Allah, minta perlindungan dari Dia.

Saya doakan yang terbaik buat saudara dan isteri...- Naj Mi





LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)