Monday, 16 December 2013

ZAFRIEL - SUDAH BERTUNANG TETAPI TIDAK "CONFIDENT" UNTUK BERKAHWIN

Beberapa maklumat tentang Zafriel telah saya pinda dan samarkan - Naj Mi

Assalamualaikum saudara Najmi,
Saya bertemu dengan blog saudara secara rambang dan alhamdulillah telah menjadi panduan untuk saya. Saya ingin kongsikan masalah yang telah saya cipta sendiri.
Nama saya Zafriel (bukan nama sebenar). Saya baru bertunang dengan gadis pilihan saya. Kami mengenali baru beberapa bulan dan kerana suka sama suka, kami memutuskan untuk bertunang. Sebelum bertunang, saya cukup gembira dengannya, malah saya rasa dialah jodoh dan takdir saya. Saya dan tunang saya akan disatukan dalam masa beberapa bulan akan datang.
Sebenarnya saya adalah seorang gay. Seingat saya, saya menyedarinya semasa kecil lagi dan boleh disimpulkan saya ada naluri ini sejak dilahirkan. Alhamdulillah sepanjang hidup saya yang berumur 27 tahun ini, Allah lindungi saya dari zina dan gejala yang berkaitan dengan gay ini. Saya mempunyai naluri tarikan yang sangat kuat kepada lelaki dan tidak ada langsung nafsu kepada perempuan (saya rasa). Setakat ini hanya Allah saja yang tahu rahsia saya.
Masalah saya timbul apabila sesudah bertunang, saya terasa diselubungi rasa bersalah dan takut untuk menghadapi alam perkahwinan. Sebelum tunang, mungkin saya asyik dengan bercinta, mungkin saya rasa senang kerana ada tempat untuk saya berbual dan mengadu nasib. 

Majlis pertunangan telah dilangsungkan dengan meriah dan semua keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja tahu mengenainya. Tunang saya berhabis duit dan tenaga dan penat. Ya Allah, takutnya saya semasa majlis itu. Apa yang telah saya buat ni? Untuk makluman saudara, ini adalah majlis pertunangan kearah kepada perkahwinan yang pertama dalam keluarga saya setelah sekian lama. Saya mempunyai adik beradik seramai X orang yang juga belum berkahwin dan saya yakin mereka tidak mempunyai masalah seperti saya.
Keyakinan saya datang kerana saya telah lama berdoa dengan Allah untuk ditemukan jodoh. Saya rasakan ada sesuatu dari dia yang menyebabkan hati saya terdetik. Ada satu hari semasa berjalan dengan dia, dia terpegang lengan saya dan saya terasa sedikit terangsang. Perasaan yang pelik datang dengan tiba-tiba. Tapi saya masih menghormati dia sebagai seorang bukan muhrim dan tidak langsung menyentuhnya dengan sengaja.

Didalam fikiran saya sekarang, saya bercadang untuk memutuskan pertunangan itu tetapi banyak risikonya. Tunang saya adalah seorang yang baik, dan untuk pengetahuan saudara, setelah beberapa tahun dia putus cinta dia merasakan bahawa saya adalah yang terbaik buat dirinya dan terbuka hatinya untuk memilih saya. Saya tidak sanggup nak lukakan hati dia kerana saya juga yang bersetuju untuk menerima dia. Saya juga terlalu mencintai dia dan pernah dia nyatakan kalau tak jadi dengan saya dia boleh jadi gila. Saya terlanjur memberi harapan yang saya rasa yakin boleh melakukanya. 

Buat pengetahuan saudara juga, saya yang dipilih antara beberapa calon lain yang sama yang mahu mengahwini tunang saya. Malu besar keluarga dia dan keluarga saya nanti. Saya tak dapat nak bayangkan wajah ibu saya, keluarga saya kalau saya nak putuskan tunang. Saya fikir mungkin rahsia saya yang selama ini saya pendam mungkin boleh diketahui orang. Saya mungkin juga kehilangan kerja saya sekarang kerana saya dengan tunang pernah bekerja bersama dahulu dan ramai yang telah mengenali saya.
Saya ada terbaca cerita dalam blog saudara macam mana ada yang senasib dengan saya meneruskan perkahwinan dan bahagia. Tetapi saya juga takut kerana banyak juga cerita yang berakhir dengan kesedihan. Saya tidak mahu masalah ini lebih besar kerana saya tahu perempuan yang akan banyak terkesan dengan penceraian apabila status mereka bergelar janda. 

Saya sudah tidak tahu dengan siapa untuk saya mengadu. Saya mengadu dengan Allah agar ditunjukkan jalan dan ketenangan tetapi saya masih lagi runsing. Kerungsingan saya menyebabkan saya tak fokus terutamanya dalam kerja saya.
Saya ada juga bercadang untuk memberitahu tunang saya dan berharap dia akan faham tapi saya rasa insan normal mana yang akan faham masalah saya ini. Ada juga harapan kecil moga dia terima tapi saya rasa terlalu kecil. Ikutkan fikiran negatif saya, mungkin juga saya akan dibuang keluarga dan kawan-kawan, mana saya nak pergi?
Saya selalu berdoa akan tiba masanya, saya akan berkahwin dan mempunyai kehidupan yang normal. Saya yakin inilah masanya tetapi tah macam mana, saya jadi resah dan menyesal apabila telah bertunang.
Saya bingung....

~Zafriel~



Salam Zafriel,

Kalau abang baca kisah Zafriel, nampak Zafriel seperti tidak cukup bersedia untuk berkahwin tapi dalam masa sama Zafriel cuba memaksa diri untuk bertunang dan berkahwin bagi menyedapkan rasa dalam hati Zafriel sendiri dan mungkin Zafriel cuba menunjukkan kepada orang disekeliling yang Zafriel bukan gay dan mampu berkahwin, dan ketika itu keyakinan muncul dalam diri saudara.

Kemudian timbul rasa was-was dalam diri Zafriel, mungkin semua itu godaan dari syaitan yang cuba memporak perandakan niat keinginan Zafriel untuk mendirikan masjid. Ya kalau Zafriel masih boleh terangsang dengan wanita (kepada tunang) nasihat abang teruskan sahaja perkahwinan tersebut, sebab jika niat Zafriel baik dan berkat doa Zafriel kepada Allah maka insyaallah segala yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan berumah tangga akan dipermudahkan oleh Nya.

Buat masa ini Zafriel terlalu memikirkan banyak pekara, cuba bertenang dan fokus kepada yang positif, cuba lahirkan rasa sayang cinta kepada tunang, insyaallah abang rasa Zafriel mampu mengharungi kehidupan berumah tangga dengan baik dan dapat mengawal diri.

Berkahwin adalah jalan terbaik.

Tetapi semuanya bergantung kepada keputusan Zafriel, hanya Zafriel yang tahu akan kemampuan diri Zafriel, jika rasa mampu teruskan (itu yang abang harapkan) TETAPI jika rasa tidak yakin membahagiakan bakal isteri baik Zafriel putuskan pertunangan tersebut sebab jika Zafriel rasa tidak mampu kemungkinan akan berlaku masaalah yang lebih rumit dimasa hadapan, tidak mustahil bakal isteri akan lebih merana kelak malah kehidupan Zafriel pasti tidak akan gembira.

Putuskan tali pertunangan bukan bermakna Zafriel tidak akan berkahwin dimasa hadapan, ianya mungkin baik bagi kedua-dua belah pihak buat masa ini. Hari ini Zafriel tidak berkeyakinan, dimasa hadapan apabila Zafriel sudah yakin maka berkahwinlah.

Ini hanya pandangan nasihat peribadi saya, mungkin akan ada pandangan nasihat dari pembaca lain yang lebih bernas yang boleh saudara ikut dan jadikan panduan.- Naj Mi





LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)