Monday, 9 December 2013

SUAMI TIDAK BERI NAFKAH BATIN

Mungkin soaljawab ini sedikit sebanyak boleh membantu para isteri berfikir dalam mengambil tindakan sekiranya suami mereka bersikap baran dan tersangat dingin. Saya share soaljawab ini kerana ada rakan pembaca saya yang mengalami masalah sebegini. Juga boleh direnungi buat isteri-isteri yang mempunyai suami bernaluri gay yang terasa terainaya - Sumber Disini


Ustaz,
 
Sedang saya mencoret kemusykilan hati saya, air mata saya tidak berhenti berlinangan sambil membisik kata-kata Istighfar berulangkali didalam hati.. Saya amat menyayangi dirinya.

Usia perkahwinan kami baru menjejaki 3thn dan kami belum dikurniai zuriat. Persoalan yang membuat jiwa saya hiba ialah semenjak 2thn ini, saya merasakan seperti tidak diberi kecukupan nafkah batin. Walaupun telah kerap kali saya membincangkan masalah ini. Ustaz, saya merasa terlalu malu untuk meluahkan masalah ini kepada insan-insan terdekat ibarat ‘Membuka Pekung’ diri sendiri.
Suami saya seorang yang tidak gemar berkomunikasi atau memberi perhatian pada saya. Saya amat memahami dirinya jika dia terlalu letih dengan pekerjaannya. Tetapi didalam sebulan, takkan tidak ada suatu waktu pun untuk dia dapat membelai saya, mendakap saya atau mengucupi saya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengekalkan hubungan yang intim terhadap isteri-isterinya, apakan kami yang hanya manusia biasa ini? Saya amat memerlukan dirinya disisi saya. Bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya. 
Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya tetapi saya diusirnya dengan alasan rimas dan panas. Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Tiada pernah kata-kata manja atau cinta yang keluar dari bibirnya. Jiwa saya begitu sebak sekali hingga ke saat saya mencoret emel ini air mata saya terus bertitisan.
Kerana berkali-kali menanggung & memendam kekecewaan, saya selalu terfikir untuk mencari seorang teman lelaki lain buat pengganti dirinya yang terlalu tidak mempedulikan saya. Namun saya akan beristighfar dan berusaha sedaya upaya untuk mengingatkan diri ini bahawa dengan perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian malahan ia hanya mendatangkan dosa yang amat besar serta fitnah yang buruk sekali.
Ustaz, saya tidak tahu lagi dengan siapa harus saya mengadu. Saya sudah putus akal untuk bagaimana lagi memperbaiki hubungan kami. Pada beliau kini, saya telah menerimanya seadanya maka sedikit pun didalam hati beliau tidak pernah merasa bersalah akan sikapnya itu. 
Teguran-teguran yang pernah saya ajukan kepadanya dulu meskipun secara kasar atau lembut hanya ‘Menuang air didalam daun keladi’. Saya sudah pun berhenti menegurnya. Dia masih kekal begitu…
~Hamba yang dhaif~


JAWAPAN
Saudari,
1. Saya dapat merasakan isu yang anda hadapi ini sungguh berat sehingga ianya begitu begitu menghiris perasaan. Pastinya ia merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk dikongsi kerana ia sungguh peribadi walaupun hanya melalui emel.
2. Namun tindakan yang dilakukan untuk mendapatkan bantuan ini merupakan satu usaha yang betul bagi mengatasi isu yang anda hadapi sekarang ini.
3. Berdasarkan emel saudari ini, saya membuat kesimpulan maksud ‘tiada kecukupan nafkah batin’ merupakan tiada hubungan seks yang aktif antara anda berdua dalam jangkamasa dua tahun. Jika adapun ia merupakan satu perkara yang sangat minimal. Betulkan saya jika saya silap dalam hal ini.
4. Isu utama di sini ialah suami bersikap dingin terhadap seorang isteri, bukan sahaja tidak mesra tetapi juga tidak memberikan nafkah batin. Bagi mengatasi hal ini, sebenarnya perkara pertama yang perlu diketahui ialah sebab utama di sebalik mengapa si suami tiba-tiba selepas setahun bernikah terus bersikap dingin? Selepas dikenalpasti barulah ianya dapat dibantu.
5. Berkemungkinan suami saudari mempunyai isu yang hanya dipendam sendiri sehingga membuatkan mood beliau melakukan hubungan terjejas dengan teruk. Ini memandangkan jika tiada sebab yang utama, amat jarang sekali seseorang suami akan bersikap demikian lebih-lebih lagi rumahtangga anda baru berusia 3 tahun.
6. Perlu diakui, jika perkara ini tidak dapat ditangani segera maka secara tidak langsung ia boleh menggugat keimanan seorang isteri jika kita kita tidak berhati-hati (anda sendiri sudah mengakuinya).
7. Ini memandangkan pernikahan merupakan satu jalan keluar untuk seseorang Muslim atau Muslimah melepaskan nafsu syahwat mereka secara halal seterusnya mengelakkan diri dari kancah maksiat. Jika perkara ini (seks) tidak dapat dilakukan maka ia pastinya merosakkan matlamat di sebalik pernikahan pasangan tersebut.

Suka saya cadangkan beberapa perkara berikut untuk dilakukan segera:
* Pertama: Perlu bersikap berterus terang
Cuba sedaya upaya untuk memilih masa yang sesuai bagi membincangkan perkara ini. Sebaik-baiknya ketika suami sudah cukup rehat. Elakkan sama sekali membincangkannya ketika suami baru pulang dari bekerja. Anda perlu bersemuka dengan suami bagi menjelaskan tekanan perasaan yang dialami dan kesan di sebalik sikap dingin suami.
Melalui perbincangan ini diharapkan kedua-duanya dapat meluahkan segala ketidak puasan hati masing-masing, namun sebelum melangkah lebih jauh dalam perbincangan, anda berdua perlu mendapatkan persetujuan bersama bahawa keadaan rumahtangga yang dialami sekarang adalah tidak sihat dan perlukan jalan keluar bagi memperbaiki keadaan.
* Kedua: Bercuti
Mungkin anda suami isteri boleh fikirkan pelan rancangan bercuti ke luar negara, Mungkin lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota dan tempat yang dapat membuatkan suami melupakan hal pekerjaan dapat difikirkan dengan serius.
Secara tidak langsung dengan mood dan suasana yang tenang, mungkin boleh merubah keadaan menjadi lebih baik. Melancong menhangatkan hubungan
* Ketiga: Dapatkan bantuan Kaunselor
Jika suami bersetuju bahawa keadaan rumahtangga adalah kritikal dan dalam keadaan yang tidak sempurna, cuba sarankan kepada suami untuk rujukkan kepada kaunselor bagi bantuan untuk memperbaiki keadaan rumahtangga anda.
* Keempat: Rujuk ke Mahkamah Shariah
Andai kata langkah-langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan suami tetap seperti dulu. Sebagai jalan terakhir, anda perlu merujukkan ke Mahkamah Shariah bagi mengadu perihal suami yang tidak menjalankan kewajipannya, melalui cara ini sekurang-sekurangnya mereka akan ’summon’ anda berdua untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
Saya amat berharap agar anda dapat bertahan dan cuba lakukan langkah2 di atas. Perkara keempat perlu ditimbangkan dengan serius memandangkan keadaan rumahtangga anda yang tidak memenuhi keperluan perkahwinan.
Kadang kala perceraian merupakan satu jalan keluar bagi kedua-dua pihak memulakan hidup yang baru. Lebih-lebih lagi jika perkahwinan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pernikahan seperti hubungan seks antara suami isteri, malah jika diteruskan perkahwinan ditakuti lebih membawa kemudaratan kepada pasangan suami isteri tersebut.
Sumber Disini


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)