Monday, 9 December 2013

FAUZAN - BILA TENGOK PAKCIK-PAKCIK TIDAK BERBAJU TERUS NAIK 90%

photo hiasan


Salam saudara Azri dan saudara Najmi... 

Saya Fauzan (Nama Samaran), saya memahami sangat apa yang diceritakan oleh Azri. Saya tak berhenti ketawa baca apa yang dikarang oleh Azri. Tak tahulah kenapa tapi saya rasa sangat lucu karangannya. Dengan GAYDARnya. Dengan Muntah hijaunya. Sangat menarik!. Dalam ketawa tu ada lah kesedihan yang hanya golongan GAY memahami dan mengerti keperitan dan kesusahan hidup yang dialami oleh golongan UNIK ini. 

Yang bab mengenal pasti GAY dengan sekilas pandangan memang sangat tepat. Tapi hanya GAY je lah yang boleh merasai semua itu sebab saya pun berada di landasan yang sama dengan kalian (Hahahaha...). Memang sedihkan mempunyai perasaan sebegini rupa.
 
Saya pun macam kalian juga, mempunyai nafsu kepada lelaki masa tadika umur 5 tahun. Time tu saya sangat suka tengok pakcik-pakcik yang tua tidak berbaju, berbulu dada dan lelaki-lelaki yang ada rupa. Padahal baru aje umur 5 Tahun. Tengok pakcik-pakcik yangtidak berbaju terus NAIK 90%. Tapi time tu tak mengerti la perasaan apa yangsebenarnya dialamikan. Kecik lagi.

Tapi yang tak boleh tahan masa kecik selalu tengok cerita kartun POPEYE, dan jatuh hati dekat musuh POPEYE tu. Badan dia kan macam tough and ada bulu-bulu sikit. Hahaha....tetibe rasa diri ni teruk sangat. Dengan kartun pun ada nafsu.

Meningkat dewasa

Aku bersekolah di sekolah ARAB dan disitulah baru mula mengerti aku ni sebenarnya GAY, sukakan lelaki. Tapi time tu rasa sangat takut memiliki naluri sebegini sebab ustaz kat sekolah banyak kali mengingatkan, sekali ada perasaan ghairah melihat kaum sejenis adalah HARAM!. Lepas tu tengok cerita pun takut sebab ramai yang hensem-hensem. 

Masa di sekolah berkawan, alhamdulillah semuanya terjaga. Maklumlahkan sekolah arab, lelaki dan perempuan tidak bercampur, kelas asing-asing. Tapi bagi yang straight ok lah kan.. Aku ni nafsu bengkok bergaul dengan lelaki, ibarat lelaki straight dikelilingi perempuan-perempuan lah kan. Hmmmm, waktu tu kuat lagi aku menahan hawa nafsu. Tak melakukan aktiviti lancap dan sejenisnya. 

Lepas tu ,meneruskan pengajian ke Matrik. Disitulah segalanya bermula. Lelaki kat situ semuanya hensem dan muka macam jambu, terutama dari Kelantan. Hensem giler, tak penah lagi jumpa hensem macam tu sebelum ini. Ya Allah,hanya Tuhan saja yang tahu gelora nafsu syaitan yang tak guna nie. Asyik ingat dekat dia je, padahal tak kawan pun. Tak tengok muka dia sehari hati ni rindu rasa nak meletup. 

Semasa habis belajar disitu setahun hidupku tidak keruan kerana tak dapat melihat wajahnya. Dah puas mencari di facebook tapi tak jumpa. Hmmmm, menahan jer nafsu serakah ni. 

Seterusnya menyambung ke university. Dan Alhamdulillah sampai sekarang tahun 4, serumah dengan orang yang beriman. Melakukan solat 5 waktu, selalu baca al quran, selalu pergi ke majlis ilmu. Dan semuanya sangat baik. Aku pun berubah sekali. (Bukan nak riak, TAPI benda beginilah yang memandu kita) 

Tetapi NAFSU aku masih lagi tak berubah. 

Dan yang paling parah sekarang ni aku sukakan dekat Housemate aku sendiri. Allahurabbi..tak tahu nak buat macam mana. Dia sangat baik. Dia macam suka bermanja dengan aku. Suka meluahkan perasaan kepadaku. Suka menyuruh aku memicit kepalanya. Suka munyuruh aku mengurut belakangnya. Tapi bab dia buka cerita pasal perempuan, aku mula rasa tak suka, bila dia cakap dia nak kahwin aku rasa sedih. Aku tak tahu kenapa?! Dan sekarang kami hampir akan berpisah kerana sudah tahun akhir. Aku merasakan sangat sedih akan kehilangannya walaupun mungkin dia menganggap sebagai seorang kawan baik. Tapi aku menganggapnya lebih dari itu.

Setiap kali dia tiada dirumah atau balik lewat kelas, aku tak keruan. Aku sangat rindukannya. Dan sejak 2 menjak ni, Allah macam menegur aku. Didalam khutbah jumaat diceritakan tentang Kaum nabi Lut. Dalam tazkirah pun sama. Berkisar mengenai kaum GAY. Aku rasa sangat menyesal dan aku bertaubat. Aku berjanji dekat diri aku sendiri, takkan melakukan perkara-pekara kotor lagi, seperti melayari laman web lucah, tengok video lucah dan sebagainya. Aku harap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan aku dan semua sahabat-sahabat nafsu yang lurus. InshaAllah.. 

Umur aku baru 22 tahun. Tapi nafsu aku sungguh kuat. Rasa nak pecah jantung nak menahannya kalau dia datang. Tahniahlah aku ucapkan kepada saudara sekalian kerana mampu menahan nafsu sampai umur 30 lebih. Semoga kita mampu menahannya dan yang pasti, pasti ada hikmah disebalik apa yang Allah berikan kepada kita.

Nasihat saya satu jer, jika nafsu serakah tu datang, cepat-cepat ingat ALLAH, ingat azab akan ALLAH berikan. Kehidupan kita didunia sekejap je. Kita menginginkan kehidupan yang hakiki di akhirat iaitu syurga. Selagi mampu, kita berJIHAD teman2!!!! Semoga kite tergolong dalam golongan Ahli syurga InshaALLAH… amin ya rabbal Alamin.. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Najmi dengan blognya yang memberikan seribu erti keinsafan kepada kaum UNIK ini. Sama-sama kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Mungkin ini ujian kita untuk ke syurga. InshaALLAH!! Aminn


~FAUZAN~

 
Sumber dari ruang komen disini












 


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)