Thursday, 7 November 2013

KIFF – SEBAGAI SEORANG GAY, APA AKAN BERLAKU APABILA SAYA TUA KELAK?

MOHON PANDANGAN - photo hiasan

Hai abang Najmi...

Saya adalah salah seorang reader blog abang Najmi, saya tertarik dengan entri luahan hati lelaki gay (bahagian 1,2 dan 3), rata-rata luahan hati lelaki gay menyatakan kesedihan and kebimbangan masa depan mereka sebagai gay. 

Hal ini menjadikan saya sangat risau dengan masa depan saya sebagai seorang gay, saya amat takut dengan apa yang akan terjadi masa depan saya. Bagaimana kalau saya memilih tidak berkahwin, adakah saya akan merana keseorangan masa tua nanti kerana tidak ada family and mati keseorangan. 

Pernah jugak terfikir baik kahwin sahaja sebagai jalan penyelesaian walaupun tidak ada nafsu dengan perempuan, sebab nanti apabila tua ada jugak anak-anak yang boleh jaga sakit pening kita and boleh teman kita masa tua nanti. Masalahnya bagaimana kalau kahwin dengan perempuan and barang tak boleh `naik' ketika bersama isteri and pastinya kalau tak main maka tak dapat anak, dapat dosa ada lah kerana menzalimi isteri. 

Sekarang ni saya stres untuk menjawab soalan bila lagi nak kawin and lambat laun keluarga pasti minta saya cepat-cepat kawin and akan sentiasa memadankan saya dengan perempuan pilihan keluarga sebab saya asyik bagi alasan tidak ada awek lagi, takkan saya nak cakap pada family saya, 

"Mak-mak daripada mak padankan saya dengan si Milah lebih baik mak padankan saya dengan abang Milah tu, hensem, sasa dan sesuai dibuat menantu"...hehehe. 

Saya sebenarnya nak tanya abang Najmi,

Bagaimana abang Najmi boleh teruskan hidup dengan cekal and tidak kawin and hidup dengan rahsia sebagai gay yang semestinya perlu disembunyikan dari pengetahuan keluarga and masyarakat and apa 'attitude' abang Najmi bila berdepan soalan bila lagi ko nak kawin ha? @ makan hati tengok orang lain happy  berkeluarga, maklumlah abang dah ada banyak pengalaman hidup selama 47 tahun *rasanya kot. 

Mungkin abang akan kata perlu dekatkan diri dengan Tuhan untuk cari ketenangan and berbahagia dengan family tapi lambat laun adik beradik kita pasti punya family sendiri and akhirnya kita masa tua hanya penumpang kasih daripada family adik beradik kita saya harapkan tindakan penyelesaian kerana saya tak nak keseorangan masa tua nanti.

Saya pernah terfikir jika saya tak nak kawin, adakah saya patut mendftar and memilih rumah orang-orang tua yang lengkap dengan fasiliti and ekslusif untuk saya habiskan masa tua nanti seperti rumah org tua-tua yang bagus yang banyak terdapat dinegara maju, saya tak kisah keluar duit untuk pelaburan untuk dapatkan tempat dalam rumah orang tua seperti ini yang mampu melayan saya and gembirakan saya supaya masa tua nanti walaupun saya tak ada family sekurang-kurang ada orang jaga and ada kawan-kawan masa mati nanti. 

Adakah saya perlu berhenti kerja and keluar mengembara melihat dunia?, selepas puas mengembara keliling dunia and masa dah tua baru balik ke kampong halaman, saya pasti masa itu saya akan mencapai ketenangan diri and punyai pandangan berbeza terhadap kehidupan, dimana pemikiran sudah tak ada apa yang perlu dikejar laga dalam hidup kerana sudah capai kesempurnaan diri kita ye.......

Tapi bagaimana jika saya nak kahwin?

Adakah saya perlu kahwin jugak tapi kahwin secara kontrak, kawin dengan lesbian, pastu bila nak buat anak buat sahaja guna bayi tabung uji, keberangkalian untuk dapat anak kembar adalah tinggi!! Cukup kontrak cerai la, adakah ini jalan penyelesaian yang ok? 

Adakah saya perlu berhijrah ke luar negara kerana nak lari soalan kahwin dari keluarga and  teruskan jugak hidup songsang dengan kawin 'civil partnership' dengan mat salleh and ada family mat saleh? Saya tahu asian gay ada pasaran and memang laku di negara mat salleh ni. Tapi macam mana nak praktikan Islam dalam kehidupan seharian kalau pasangan minum todi and makan cik bab (babi) hari-hari. Walaupun katakan saya tak makan benda haram tapi kalau dah duduk serumah pasti bercampur benda-benda haram dalam hidup seharian, boleh ke pasangan mat saleh tolerate hal-hal halalharam nanti? Tapi kalau berkaitan tentang 'open relationship' saya boleh tolerate dengan partner saya....hehehe... 

Apa pendapat abang Najmi?

KIF




Salam,

Dugaan dalam hidup kita yang punya naluri ni kan, tapi abang selalu nasihat kalau kita tak mampu nak membahagiakan isteri dan kemungkinan kita boleh mendera mantal isteri tanpa diberi nafkah batin, mengkhianati kepercayaan isteri dengan meneruskan aktiviti songsang dibelakangnya, maka jangan berkahwin.

Kesian pada isteri yang pasti derita tertekan dan stress bila berhadapan dengan kerenah kita (suami gay) yang tak menghiraukan keperluan batinnya. Abang pasti semua gay tegar akan mengalami situasi seperti yang dialami oleh saudara.

Kita hidup dalam persekitaran yang berbeza, kalau tanya abang alhamdulillah adik beradik abang, mak abang, saudara mara mereka tak "kepoh" bertanya bila abang nak kahwin, abang rasa mereka semua boleh syak tapi hanya diamkan diri aje, kalau mereka gossip dibelakang abang itu abang tak tahu lah. Tapi dalam keluarga, saudara mara abang yang terdekat pasti ada dikalangan ahli keluarga yang terlajak tak berkahwin, so semua taklah nak kepoh jaga tepi kain orang lain.

Mula-mula memang ada yang bertanya abang bila nak kahwin, tapi abang ada alasan kata abang tidak bekerja, tak ada duit nak menanggung isteri, tak ada kereta dan sebagainya. So mereka tak bertanya dah. 

Abang agak lama tinggal jauh dari ahli keluarga dulu, so mereka tidak ada masa nak tanya bila abang nak kahwin. Sepekara lagi kehidupan abang dulu biasanya hanya sendirian sahaja. Abang jenis yang tidak bergaul dengan orang lain. Kawan-kawan abang hanya di tempat kerja sahaja. Selepas habis kerja abang buat hal sendiri dan tidak ada masa bergaul rapat dengan mereka. Mungkin sebab itu tidak ada dikalangan rakan-rakan abang yang kepoh tanya bila abang nak kahwin.

Memang agak sukarlah kalau saudara yang masih muda, mempunyai karier, berduit, ada rumah, kereta dan sebagainya nak bagi alasan tak mahu berkahwin, pasti mereka tidak percaya sebab pasti ada perempuan yang sudi menerima saudara.

Nasihat abang, jangan stresskan kepala fikir pekara itu, jalani kehidupan macam biasa. Kalau ada yang tanya bila nak kahwin beri aje apa-apa alasan. Jangan kisah apa mereka nak kata. Lama-lama bila dah jemu mereka tak akan bertanya lagi. Masa depan tu biarlah Allah menentukan kemana arah kita apabila sudah tua nanti. Benar sedikit sebanyak kita juga perlu merancang apa yang perlu kita lakukan apabila tua jika tiada isteri dan anak-anak disisi, tapi rancanglah seadanya dan selebihnya kita serah pada Allah.

Tentang kahwin kontrak, kahwin dengan lesbian, buat bayi tabung uji, tinggal dengan mat salleh diluar negara semua itu hanya perancangan yang muncul dikepala kita apabila kita terlalu memikirkan dengan mudah jalan penyelesaian mengenai masa depan kita, tapi kebanyakkan yang difikir saudara itu salah disisi agama. Kahwin dan tinggal bersama mat salleh itu pun dah salah disisi agama, jika kita lakukan juga pasti Allah akan sediakan bala yang lebih besar pada kita.

Hidup bersama orang kafir (dalam masyarakat mereka) yang mengamalkan kehidupan songsang lama kelamaan hidup kita yang selama ini masih berpegang pada ajaran Islam pasti keimanan kita akan punah terlerai, pasti akhirnya kita akan mengikut cara kehidupan mereka. Abang pasti tidak perlu tunggu lama, jika itu yang kita pilih maka ianya boleh menyebabkan kita menjadi murtad.

Sebab itu nasihat abang kita jangan terlalu fikirkan apa yang akan terjadi dimasa depan, yang penting berterusan berdoa kepada Allah agar kehidupan kita dipermudahkan dan bahagia dimasa depan, penting agar kita berusaha perbaiki diri.

Jika saudara mempunyai karier yang baik, punya harta dan tetapi tidak mampu berkahwin, ambil sahaja anak angkat. Besarkan anak-anak angkat itu dengan kasih sayang dan diberi didikan yang sempurna, insyaallah anak-anak inilah suatu hari nanti boleh menjaga saudara apabila tua kelak.

Terus jalani kehidupan jangan peduli kata-kata orang, yang penting saudara tahu apa yang saudara buat, yang penting tidak melanggar segala perintah Allah. Berusahalah mengawal diri dari tidak melakukan aktiviti sejenis itu lagi tapi sekiranya terlanjur jangan lupa bersegera minta keampunan padaNya. Allah tahu niat saudara (jika benar mahu berubahlah kan), pasti Allah mempermudahkan kehidupan saudara sehingga dihari tua nanti.

Tidak salah pada pandangan abang kalau saudara berhijrah jauh dari kampung halaman bagi mengelak diri dari terus ditanya dengan persoalan bila nak kahwin. Terpulang, jika abang dalam situasi seperti saudara mungkin abang akan ambil jalan seperti itu. Tetapi berjauhan bukan bermakna kita bebas melakukan pekara tak baik, biarlah berjauhan itu boleh menenangkan hati kita dalam masa sama perbaiki diri.

Itu pandangan abang aje, mungkin pandangan ini berbeza kalau ditanya pada orang lain. - Naj Mi







LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)