Friday, 1 November 2013

KASIH ABADI - IBU ALAMI KANSER TAHAP 4, ADIK PULA DISAHKAN POSITIF HIV.

Syukur kehadrat ilahi kerana mengurniaan saya waktu untuk berkongsi kisah dengan abang Najmi. Abang inilah kisah saya......


Serius saya katakan kalau tidak kerana ia ada kaitan dengan adik saya, blog ini tidak akan saya jengah, tapi dari lubuk hati saya tidak pula saya memandang rendah pada mereka insan PLHIV. 

Bagai batu menghempap diri, itulah perasaan saya sebulan yang lalu apabila adik lelaki disahkan HIV+. Susah hendak dipercaya apa yang terjadi apa yang perlu saya lakukan untuk membantu adik, jadi dari situ lah saya mula mencari dan berjumpalah dengan blog yang prihatin ini. Ya allah ini semua adalah ketentuanmu ada insan yang berhati mulia sanggup berkongsi segalanya disini besar harapan saya agar blog abang Najmi akan terus hidup untuk memberi nafas pada mereka diluar sana.

Abang Najmi,

Tulus sampai sekarang saya terus memikirkan tentang adik saya, adakah dia kuat untuk menghadapi semua ini, Ya Allah abang bagaimanalah keadaanya sewaktu pertama kali mengetahuinya, mesti dia separuh gila tapi syukur sekurangnya dia mempunyai iman dengan tidak melakukan yang bukan-bukan

Ya Allah kenapa dia tidak mahu bekongsi dengan saya sekurangnya hanya saya seorang ahli keluarga yang mengetahuinya, setidaknya ayah tidak mengetahuinya.Saya dapat lihat riak wajah ayah yang sungguh kecewa kesian melihat dia. 

Umur masih remaja tapi ujian yang diterimanya sungguh berat masih terbayang keadaanya yang lemah sewaktu di hospital dulu, sungguh waktu itu saya tidak mengetahui apa yang terjadi, ohhh bodohnya saya, kenapa saya tidak menjadi kakak yang peka, mungkin juga sebab fikiran saya tidak sampai kesitu tidak sampai memikirkan adik saya seorang gay.

Walaupun adik tidak bercerita segalanya tapi naluri saya memang kuat menyatakan dari situlah segalanya bermula. Saya tidak akan tanya perkara yang lepas, saya hanya inginkan dia lupakan perkara lalu dan bina kembali kehidupannya. Virus itu bukan penamat segalanya saya inginkan adik menghabiskan semesternya dan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Abang Najmi tahu naluri saya ini macam naluri ibu, terlepas juga dari mulut saya alangkah boleh virus itu dipindahkan kepada saya janji dia sihat seperti sediakala. Ya abang Najmi mungkin itu dalam fikiran ibu seandainya dia tahu status anaknya itu, tapi kami merahsiakan dari ibu kerana ibu pun tidak sihat, kanser payudaranya sudah tahap 4, kesihatannya tidak menentu.

Bagaimana lutut saya lemah, airmata laju membasahi pipi sewaktu doktor memanggil kami menyatakan ibu tiada harapan. Begitulah juga keadaan saya apabila mengetahui keadaan adik, hanya Allah saja yang mengetahui keadaan saya. 

Solat hajat dan tahajud kerap saya lakukan demi mereka. Saya mahu lihat ibu terus sihat untuk melihat anaknya itu menggengam ijazah dan begitu juga dengan adik semoga dia dilindungi allah serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk dapatkan ijazah untuk ibu.

Abang Najmi segala yang berlaku adalah rencana dari Allah, yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat umatnya. Saya berpegang bahawa segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz, janji manusia dengan penciptanya memang tiada satu pun yang terlepas dari rencana Allah, kecuali doa mereka yang beriman.

Abang Najmi,

Saya mula mencari info yang berkaitan untuk membantu adik, saya tidak mahu dia keseorangan menghadapi ujian ini, saya tidak mahu pinggirkan dia hanya kerana kesilapan yang pernah dia lakukan. Rencana Allah itu maha hebat.

Ada sebab kenapa semua ini terjadi, seperti yang ditulis abang bukan semua orang di'poke' untuk berubah, adik dan abang Najmi serta yang lain adalah insan terpilih untuk ujian ini.

Setiap hari saya akan buka blog abang Najmi melihat apa yang terbaru, saya perlu ada ilmu didada untuk berkongsi dengan adik, saya tidak mahu perbualan saya dengan adik kosong tanpa info yang bermanfaat. Alhamdulillah dari blog abang saya cari blog yang berkaitan segalanya untuk adik.

Abang Najmi,

Adik saya telah memulakan rawatan HAART, saya tidak tanya gabungan ubat yang dimakan tetapi katanya ubat itu untuk sekali sehari, alhamdulilah nampak ubat itu serasi dengan dia. Saya harap dia patuh pada arahan doktor.

Saya lihat banyak perubahan pada diri dia, nampak dia semakin sihat, perubahan sikapnya yang lebih menyenangkan. Saya doakan agar adik terus diberi hidayah oleh Allah dan yang penting dilindungi selalu. Saya tidak dapat menjaganya tapi saya tahu berkat doa saya Allah akan menjaganya untuk saya.

Besarlah harapan saya agar kehidupan keluarga kami terus bercahaya, sentiasa mendapat keredhaan Allah swt.

Abang Najmi,
Ingin saya nyatakan pada mereka diluar sana yang mempunyai ahli keluarga positif HIV, jangan kita menghukum dia atas kesilapan lalu yang dilakukan, kita tidak berhak langsung, sebaliknya bantu lah dari mana yang mampu. Kasih sayang pada mereka mampu membantu mereka untuk memupuk keyakinan diri, sikap tanggungjawab pada mereka membuatkan mereka rasa selamat jalani kehidupan. Ingatlah mereka tidak pinta semua itu terjadi tapi apakan daya manusia itu tidak lepas dari melakukan kesilapan, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kita semua nanti sama disisi Allah swt, yang membezakan hanya amalan kita.
Pada mereka PLHIV, hadapi hidup dengan tenang anda antara insan yang terpilih Allah swt tidak akan bagi ujian itu seandainya anda tidak mampu hadapinya. Bersikap positif selalu, setiap perkara yang dilakukan kerana Allah swt pasti ada ganjaran walau pun sekecil hama.

hidup ini mesti dijalani..
sekian..
wassalam..
KASIH ABADI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)