Thursday, 21 November 2013

JAY +ve HIV - ADAKAH TINDAKAN SAYA INGIN BERKAHWIN DENGAN TEMAN LELAKI CINA BETUL?


Assalamualaikum, 

Saya JAY (bukan nama sebenar saya) seorang positif HIV. Saya nak berkongsi dan ingin mendapatkan pendapat abang Najmi mahupun pembaca blog abang berkenaan kehidupan saya sebagai penghidap HIV. 

Terus terang saya katakan yang saya pengamal hidup songsang sejak dibangku sekolah lagi. Tetapi saya juga pernah cuba untuk berubah, dan pernah bercinta dengan seorang wanita yang saya sayangi semasa belajar di IPT.

Semasa berada di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur, memang hampir semua di kampus mengetahui gaya hidup yang songsang ini, tetapi atas dasar ingin berubah sepenuhnya, memandangkan umur semakin meningkat. Saya tahu memang sukar bagi seorang wanita untuk menerima seseorang yang mengamalkan kehidupan songsang untuk diterima sebagai teman lelaki. Tapi atas kesungguhan saya untuk mendapatkan cinta, saya telah cuba buktikan saya benar-benar ingin berubah.

Saya telah membuang semua gambar, no tel, dan telah memadam akaun tagged, myspace dan friendster saya (pada masa itu laman sosial ini sahaja yang begitu ramai pengguna gay) untuk mengelak dari berhubung dengan mana-mana GAY/PLU yang lain.

Alhamdulillah atas kesungguhan saya, cinta saya diterima. Pada hujung tahun 2009, saya telah berhenti belajar disebabkan suatu perkara yang tidak dielakkan.

Bercinta dengan gadis 

Walaubagaimanapun saya tetap berjumpa dengan si dia (teman wanita) setiap hari, bagi mengubat rindu. Pada mac 2010 saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah institut kemahiran di Kuala Lumpur atas bantuan rakan baik ayah saya. Semasa hari pertama berada disana, saya dimaklumkan sepatutnya saya tidak diterima disitu kerana kemasukan untuk semester itu paling lewat adalah hujung bulan Januari. Dimana saya telah mendaftarkan diri lewat, rutin harian saya menjadi sibuk disebabkan perlu menyiapkan asignment dan bagi bagi mengcover pelajaran yang saya tertinggal.

Semasa berada disana saya jarang sekali berhubung dengan teman wanita saya. Ini membuatkan hubungan kami semakin renggang. Masuk minggu ke 2 saya berada disitu, teman wanita saya telah membuat keputusan untuk putuskan hubungan. Mungkin silap saya juga, dimana saya terlalu manjakan dia selepas berhenti dari kampus.

Kembali teruskan aktiviti songsang 

Setelah masuk semester ke 2, naluri saya untuk memulakan hubungan songsang kembali semula. Kali ini adalah lebih teruk, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang yang akan menjemput saya dihostel bagi memuaskan nafsu mereka.

Atas kesedaran saya pada sekitar hujung bulan 11, 2010, saya telah membuat ujian darah. Alhamdulillah darah saya pada masa itu masih negative HIV.

Sehinggalah semasa di semester terakhir, saya telah berjumpa dengan seorang lelaki chindian, dan bercinta dengannya. Genap 4 bulan kami couple. Pasangan songsang saya telah menunjukkan yang dia telah bosan dengan saya, dan kami putus.

Pada hujung tahun 2011, saya tergerak haji untuk membuat ujian HIV, dan saya telah pergi ke salah sebuah Klinik Kerajaan untuk membuat ujian darah. Malang tidak berbau, ujian darah saya menunjukkan saya positive.

Sukar sekali untuk menerima hakikat. CD4 saya pada masa itu adalah 123 dan viral load melebihi 240 ribu. Dalam masa yang sama, saya masih lagi menjalankan aktiviti songsang. Memang serabut untuk meneruskan hidup. Saya telah dibekalkan ubat untuk dimakan bagi mengurangkan kandungan viral load dalam badan dan menambah kandungan CD4.

Bercinta dengan lelaki cina

Pada awal tahun 2013 saya telah bercouple dengan seorang lelaki cina. Dia terima saya seadanya dan terima saya yang sudah berpenyakit ini. Pada masa itu, dia masih belajar, dan saya telah bekerja. Memandangkan pertengahan tahun 2014 dia akan melanjutkan pelajaran di UK, kami telah membuat perancangan, dimana selesai dia menamatkan pelajaran, kami ingin berkahwin di UK. Saya memang sayangkan dia, tidak lupa juga bekas teman wanita saya. Memang lelaki cina ini menjaga rutin hidup saya dengan baik. Dia menjaga cara hidup saya, dan paling penting menjaga solat saya. Seringkali dia mengingatkan saya untuk tidak lupa solat.

Saya sangat runsing sekarang, saya masih cintakan bekas teman wanita saya, tetapi jikalau kami berkahwin sekalipun, sudah tentu saya tidak dapat membahagiakannya. Darah saya berpenyakit, dan tentu sekali tidak dapat mengurniakan anak. Tetapi adakah tindakan saya untuk berkahwin dengan lelaki cina bagi menjadi teman hidup adalah betul? Serius saya katakan saya memang runsing untuk fikirkan perkara ini.  Dalam masa yang sama saya masih berhubung dengan bekas teman wanita saya. 

Saya berharap abang Najmi mahupun pembaca blog abang Najmi dapat memberikan pendapat yang boleh membantu saya. 


Sekian
~JAY~



Salam Jay,

HIV ni dugaan Allah buat kita, agar kita sedar tentang segala kesilapan yang sudah kita lakukan dulu, dugaan Allah agar kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik. Kalau kita sukar nak berubah secara mendadak, secara pelahan-pelahan pun ok asal ada niat nak berubah mengawal diri dari terus melakukan aktiviti songsang lagi.

Jay beruntung, kerana punya keinginan naluri pada wanita, jika diasah tajam-tajam naluri tersebut insyaallah Jay boleh tumpukan naluri kepada wanita sahaja, boleh berkahwin dan boleh mendapat anak bebas HIV (walaupun saudara positif HIV). Alangkah baik sekiranya Jay dapat terus berhubung dengan teman wanita, lelaki HIV positif masih boleh dapat anak yang bebas HIV (tanpa berlaku jangkitan HIV kepada isteri) melalui pemantauan doktor semasa proses mendapatkan anak.

Keinginan Jay hendak berkahwin dengan teman lelaki berbangsa cina itu sangat tidak betul, apa tah lagi kalau berhasrat nak berhijrah ke luar negara, pada abang ianya sia-sia dan sangat merugikan sebab persekitaran kehidupan disana akan membuatkan Jay akan terus terpesong terus dari agama Islam. Keingian untuk hidup bersama lelaki cina itu, tidak akan membawa Jay kemana-mana. Jay kena faham tiada istilah perkahwinan sesama jenis dalam Islam, haram, berdosa dan boleh membawa kerosakan yang lebih teruk dalam akidah Jay.

Asah lah kembali kasih sayang kepada teman wanita, sama ada jodoh dengan teman wanita itu masih ada terserah pada Allah dalam menentukannya, jika bukan jodoh dengan nya sekali pun pasti akan ada jodoh dengan wanita lain, yang penting naluri Jay akan lebih condong kepada wanita. Tanamkan niat untuk terus mengawal diri, jangan terlalu ikutkan kehendak nafsu, pohon doa kepada Allah dan pastinya Allah akan makbulkan doa baik yang kita pohon - Naj Mi


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)