Monday, 25 November 2013

INSAN KELIRU - STATUS HIV PASTI MENGAGALKAN SAYA, APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN?





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Abang Naj Mi,

Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya sebagai "Insan Keliru" sebelum memulakan bicara mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Saya terdetik untuk menulis emel ini kerana membaca blog abang semasa mencari maklumat berkaitan HIV. 

Saya merupakan anak ke X daripada XX orang adik beradik yang tinggal di bahagian luar bandar (kampung). Mak saya seorang suri rumah sepenuh masa manakala abah seorang XXXXXXX dan pernah bekerja sebagai XXXXXXX di XXXXXX dan kini bergantung harap kepada duit pencen bulanan dan hasil kebun XXXXXX yang diusahakan. Dalam keluarga, hanya saya seorang menjadi harapan keluarga untuk dibanggakan seperti ibu-bapa yang lain di dunia ni. Kerana saya seorang sahaja yang berjaya mendapatkan segulung ijazah berbanding adik beradik yang lain.

Saya sudah bergradusi pada bulan XXXXX tahun 20XX dan telah tamat menjalani latihan pekerjaan selama setahun di sebuah syarikat XXX terkemuka di Malaysia dan telah tamat latihan pada akhir bulan XXXXX tahun 20XX yang lalu. 

Saya mengakui bahawa saya adalah golongan Gay, dan telah mula terjebak dalam kancah ini semenjak berusia 17 tahun. Saya sering dipanggil sebagai seorang lelaki lembut semenjak zaman kanak-kanak lagi oleh kerana sifat pemalu yang saya miliki. Perasaan menjadi seorang gay bermula semenjak di bangku sekolah. Panggilan dan jolokan lelaki lembut yang telah membuatkan saya merasa tersisih. Akibat daripada perasaan itu, ianya telah mendorong saya untuk menjadi seorang gay secara tidak sedar. 

Saya pernah mempunyai perasaan kepada wanita semasa di tingkatan satu namun ianya telah ditolak mungkin kerana karakter saya sebagai seorang lelaki lembut. Sejak daripada kejadian tersebut, saya telah mula beralih perasaan untuk menyukai pasangan sejenis saya.

Sejak dibangku sekolah, saya tidak pernah tahu punca jangkitan HIV kerana tidak mendapat sebarang pendedahan mengenai virus berkenaan. Saya telah menjadi seorang remaja gay yang aktif ketika melangkah ke alam Universiti. Hal ini adalah kerana faktor jarak saya dengan keluarga yang jauh membolehkan saya untuk bersosial dengan dunia baru. 

Saya mula bijak bersosial tanpa sempadan 

Saya mula menggunakan enjin pencarian google untuk mencari sesuatu yang boleh merangsang nafsu seorang gay seperti saya. Lama-kelamaan, saya mula berjinak dengan laman sosial seperti Facebook pada awal tahun 2009. Kemudian disitulah bermulanya kegiatan bersosial saya tanpa sempadan. Ramai orang saya kenali melalui laman tersebut dan ada juga golongan gay yang menyapa saya untuk berkenalan. 

Bermulalah kisah gelap saya sebagai seorang gay daripada keluar bersama golongan sejenis setelah membuat temujanji di laman sosial sehinggalah kepada pergaulan seks bebas daripada "ringan2" kepada yang lebih berat. Tanpa saya sedari mengenai "safety sex" semasa melakukannya. Pelakuan seks berkenaan tidak sekerap mana, saya cuma melakukannya pada pasangan kekasih sejenis saya sahaja. Setelah hampir 7 tahun saya bergelumang dalam dosa ini. 

Pada awal tahun lepas, semasa menjalani latihan pekerjaan di syarikat XXX berkenaan, saya telah tinggal di hostel yang disediakan. Pada waktu itu, saya baru sahaja putus cinta dengan kekasih sejenis saya. Hal berkenaan telah membuatkan saya rasa keseorangan dan telah memilih untuk mencari teman di sekitar Selangor. 

Pada suatu hari saya telah mendapat message dalam inbox facebook saya daripada seseorang. Dia mengenali saya daripada wall post dan komen didalam sebuah group golongan gay area selangor. Saya telah menjalin hubungan terlarang dan malakukan hubungan seks dengannya. 

Setelah seminggu semasa tempoh latihan di syarikat XXX berkenaan, saya telah mendapat panggilan temuduga dengan sebuah company di XXXXXX. Saya telah berjaya melepasi temuduga berkenaan dan ujian saringan kesihatan juga telah dilakukan di klinik panel bank berkenaan dan mengesahkan saya bebas HIV. Saya telah menandatangani surat penerimaan tawaran bekerja berkenaan di HQ company tersebut dengan tawaran gaji 2.8k sebagai excecutive trainee.

Namun, saya telah menolak tawaran pekerjaan tersebut kerana saya ingin meneruskan latihan dengan syarikat XXX tersebut walaupun hanya menerima bayaran elaun dengan harapan akan diserap sebagai Executive setelah tamat tempoh latihan.

Saya tidak tahu teman lelaki saya positif HIV

Mengenai hubungan saya bersama lelaki yang saya kenali tersebut. Hubungan kami tidak lama, hanya bertahan sehingga sebulan. Semasa mengenali lelaki berkenaan, pada suatu hari dia membuat pengakuan mempunyai virus HIV. Jesteru itu juga saya terus menangis tanpa henti kerana risau akan jangkitan berkenaan. Dia terus memujuk saya bahawa itu adalah gurauan sahaja. Oleh kerana kekerapan lelaki berkenaan yang meminta untuk meminjam wang daripada saya, ianya telah membuatkan saya memutuskan untuk tidak bersamanya lagi. 

Tidak lama selepas itu, saya mendapat berita daripada seorang teman facebook yang mengatakan lelaki yang saya kenali itu benar-benar mempunyai virus HIV. Saya terus terdiam kaku dan terasa seperti tidak berdaya. Teman facebook yang menyampaikan berita berkenaan telah menyuruh saya membuat ujian saringan HIV. Namun, akibat daripada perasaan keliru yang membelenggu diri, saya telah mengambil keputusan untuk tidak membuat ujian HIV. Sejak daripada itu, saya selalu berdoa agar dijauhkan daripada kemungkaran. 

Pada awal bulan XXXX tahun 2013, saya telah membuat keputusan untuk membeli HIV test kit secara online untuk mengetahui status HIV tersebut secara privacy. Keputusannya C berjalur gelap dan T berjalur pudar. Walaubagaimanapun ianya tetap +ve kerana terdapat jalur pada T. Sejujurnya luluh perasaan saya ketika itu dan merasakan saya telah menghancurkan harapan mak dan abah saya. 

Sejak daripada hari tersebut, setiap hari selepas solat, saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk membalas jasa dan mengukir senyuman kepada mak & abah saya. Saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk menjelaskan hutang pinjaman pendidikan saya. Setiap hari saya berdoa dan mengalirkan airmata tanpa henti selepas solat. Sejujurnya saya menyesali akan perbuatan lampau saya. ='(

Antara HIV, pekerjaan dan harapan mak abah

Hari ini saya telah mendapat email daripada syarikat XXX tempat saya menjalani latihan berkenaan yang mengatakan saya ditawarkan untuk diserap sebagai Executive. 

Namun apa yang merisaukan saya sekarang, saya keliru, dengan saringan ujian kesihatan yang saya perlu lalui di klinik panel syarikat tersebut. Dalam borang tersebut ada menyatakan status HIV/AIDS. Saya sangat keliru sekarang, dengan harapan mak & abah yang ingin melihat saya berjaya dan seorang yang boleh dibanggakan akan hancur dan musnah kerana status HIV tersebut kelak. Status HIV itu pasti akan menggagalkan saya untuk mendapat penyerapan sebagai pekerja di syarikat XXX tersebut. 

Apa yang harus saya lakukan sekarang Abang, saya sungguh keliru dengan apa yang saya lalui ini. Jika saya gagal mendapat pekerjaan di usia masih muda ini, pasti mak & abah saya kecewa tambahan pula jika mereka mengetahui hal sebenar diri saya. 

Apa yang harus saya lakukan? Saya sungguh keliru akan apa yang terjadi. Saya sehinggakan terfikir bagaimana untuk memalsukan status HIV dalam borang berkenaan kerana risau akan masa depan dan kerjaya saya akan GELAP...... 



Yang memerlukan pertolongan seikhlas mungkin,
INSAN KELIRU.




Salam Insan Keliru,

Keputusan HIV KIT menunjukan +ve, setahu abang ketepatan HIV KIT itu ialah 99.9%. Walaubagaimana sekali pun, abang nasihatkan saudara agar jalani ujian sekali lagi di hospital kerajaan atau mana-mana klinik swasta seperti (BP Health), agar result lebih konkrit dan lebih diyakini sebelum melakuakan ujian dari klinik panel syarikat tersebut.

Segalanya telah berlaku, buat permulaan pastikan benar status HIV saudara, kemudian baru fikir mengenai pekerjaan.

Sekiranya saudara tiada rezeki di syarikat XXX tersebut insyaallah ada rezeki ditempat lain, percayalah kepada ketentuan Allah. Ada kala sesuatu yang sangat kita inginkan sesuatu yang dirasai sangat baik buat diri kita sebenarnya sangat tidak baik buat kita. Allah maha mengetahui. Mungkin kerja di XXX itu tidak baik buat saudara sebab itu Allah alihkan arah tuju hidup saudara kearah lain yang lebih baik. Mendapat HIV tidak semestinya tidak baik, mungkin ianya lebih baik (dapat HIV) daripada tidak dapat.

Saudara kena bersangka baik kepada ketentuan Allah, abang percaya saudara seorang yang bijak, bersemangat dan mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik walaupun kemungkinan positif HIV. Ramai PLHIV diluar sana yang berjaya dalam hidup, saya percaya saudara akan menjadi seperti salah seorang daripada mereka.

Buat masa ini saudara kena fikir positif, teruskan apa jua plan perancangan kehidupan saudara, dan tengok sahaja apa yang akan berlaku di masa depan, dalam masa yang sama berdoa kepada NYa agar dipermudahkan segala-galanya.- Naj Mi




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)