Friday, 8 November 2013

HIV/AIDS - ISTILAH YANG PERLU DIELAKKAN

Sesetengah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada HIV/AIDS adalah tidak tepat dan tidak sensitive dan perlu dielak
 


AIDS (dikelirukan dengan HIV) 
Elakkan daripada mengelirukan AIDS dengan HIV. HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyebabkan system ketahanan badan menurun selepas satu jangka masa. Ia akan berganda dalam sel badan, terutama sel dalam system ketahanan badan. 

AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Badan) adalah satu tahap apabila system ketahanan badan menjadi amat lemah akibat virus HIV merosakkan sel-sel tersebut dan badan menjadi terdedah kepada jangkitan “opportunistic”.

Jika merujuk kepada epidemic ini, biasakan istilah “HIV/AIDS”, misalannya “Isu HIV/AIDS dinegara kita perlu diambil berat” 
Alternatif : jangkitan HIV, HIV Positif, HIV/AIDS 



Pembawa AIDS 
Istilah ini menunjukkan seolah-olah Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS ‘membawa’ penyakit atau nasib malang dan ini mengakibatkan stigma terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS. Istilah ini juga tidak tepat, kerana AIDS tidak boleh dijangkiti. Hanya HIV yang boleh dijangkiti dari seseorang ke seseorang.
Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Mereka Yang Positif, orang yang dijangkiti HIV




Mangsa AIDS
Istilah ini melambangkan bahawa Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS tiada kawalan keatas kehidupan mereka.
Alternatif : Orang Yang HIV Positif, Orang yang telah dijangkiti HIV, Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS 



Virus AIDS 
Tiada virus AIDS. Virus penyebab AIDS dipanggil HIV (Human Immunodeficiency Virus) 
Alternatif : HIV, Jangkitan HIV 



Golongan berisiko tinggi
Ini melambangkan bahawa keahlian dalam sesuatu ‘kumpulan’ orang yang menjadikan seseorang itu berisiko untuk dijangkiti HIV. Ini tidak benar kerana kelakuan dan bukan kumpulan sosial yang mendedahkan kita kepada HIV. 
Altertatif : kelakuan berisiko tinggi (seperti seks tidak selamat, perkongsian jarum suntikan)




Mangsa tidak berdosa 
Sering digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang positif HIV atau mereka yang dijangkiti HIV melalui perubatan. Dengan ini, kita seolah-olah menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti melalui cara lain adalah berdosa, bersalah atau tidak bermoral. 
Alternatif : Kanak-kanak yang HIV Positif, mereka yang dijangkiti HIV melalui perubatan, mereka yang HIV positif   



Pesakit AIDS 
Gunakan istilah ini dalam konteks perubatan. Untuk merujuk kepada sesiapa lain yang mempunyai virus itu, tetapi belum sampai ketahap AIDS, guna istilah lain. 
Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, orang HIV positif 



Ujian AIDS 
Istilah betul ialah ujian antibodi HIV. Ujian ini tidak menguji kehadiran AIDS atau virus HIV, tetapi mengesan kehadiran antibodi dalam badan yang terhasil untuk melawan virus. 



Aids 
AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome. Ia ditulis dengan huruf besar sepenuh kerana menulis dengan huruf kecil boleh mengelirukan pembaca dengan perkataan Inggeris ‘aids’ iaitu membantu.





Seks bebas/seks rambang/seks luar nikah 
Jangan gunakan istilah-istilah ini untuk menerangkan cara HIV dijangkiti. Seseorang tidak boleh dijangkiti HIV hanya kerana mengadakan seks dengan pelbagai pasangan. HIV boleh dijangkiti melalui seks tidak selamat, tanpa mengira berapa pasangan yang dilalui.





Penagih dadah 
Istilah yang sepatutnya digunakan ialah pengguna dadah kerana istilah itu lebih sensitif dan kurang merendahkan martabat seseorang.





Pelacur 
Istilah yang sepatutnya digunakan ialah pekerja seks



Sumber Disini 



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)