Wednesday, 4 September 2013

PUAN BELLA BUBU - SEDIH SUAMI POSITIF HIV MASIH TETAP MENERUSKAN AKTIVITI SONGSANG

PUAN BELLA BUBU - Mengirim email berkongsi kisah hidup bersama suaminya seorang gay. Walau sudah berkahwin dan sisuami berstatus positif HIV tetapi suami tetap meneruskan aktiviti songsangnya.

Assalamualaikum,
Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak memulakan kisah saya tetapi saya memerlukan pandangan...
Saya dan suami telah berkahwin hampir 2 tahun, tetapi beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, suami saya telah disahkan HIV positif. Semasa saya mengetahui perkara tersebut, gelap rasa dunia seketika itu. Dia mintak untuk berpisah seketika, untuk memikirkan perkara tersebut.
Sebagai tunang, kekasih atas dasar cinta dan sayang, saya bertekad untuk meneruskan perkahwinan kami. Suami sendiri ke Jabatan Agama, mohon pandangan dan setelah berbincang,  saya beritahu dia yang saya redha atas ujian yang Allah beri pada kami, kerana saya fikir pasti ada hikmah tersembunyi yang saya dan suami tak nampak. 
Tidak ada orang yang tahu tentang perkara nih..
Setelah berkahwin, suami mohon masa untuk membolehkan kami 'bersama', saya faham dan dia beritahu, dia risau dia akan menyebarkan virus tu pada saya. Pada masa tersebut saya bersyukur sebab dia macam mengambil berat pada saya. Buat pengetahuan abang Najmi, kami tinggal berasingan jauh kerana dia bekerja di Selangor manakala saya pula di Perak. Hanya setiap hujung minggu sahaja kami berkesempatan berjumpa.
Tahun pertama perkahwinan, kami okay walaupun tidak pernah 'bersama' dan dalam tempoh ini jugalah saya pernah menemani suami berjumpa dengan doktor, malah doktor tanya macam-macam kepada saya, even suami sendiri tanya pasal peluang kami untuk mendapatkan anak dan macam-macam pertanyaan lain. Pada masa dia bertanya dalam hati saya berkata, mungkin suami sudah bersedia.
Rupanya saya silap,
Masuk tahun kedua perkahwinan, saya perasan akan perubahan tingkah laku pada suami saya, apabila setiap hujung minggu, akan ada sahaja alasan yang diberi olehnya untuk mengelak tidak berjumpa dengan saya. Sibuk dengan itu sibuk dengan ini, ada program itu dan program ini. Sukan sana sukan sini. Pada mula-mula saya macam oklah, tapi lama-lama saya macam curiga, takkan sibuk sangat. Apabila saya ajak untuk bercuti berdua sahaja, ada sahaja alasan yang diberi seperti boss tak bagi cuti atau alasan kerje tengah banyak.
Sehinggalah beberapa kali dia tersalah hantar mesej (SMS), dia panggil saya dengan panggilan sayang, dia abang mesej yang dihantar, 'ayang dan bi'. Apabila saya tanya, dia cakap untuk sayanglah, salah taip lah, nak cepatlah. Dan disepanjang tahun kedua ni jugak saya perasan, setiapkali apabila kami berjumpa (biasanya di rumah mertua) dia akan menghabiskan masa dengan handsetnya sahaja sehingga masuk tidur pun kadang-kadang  pada pukul jam 1 pagi atau 2 pagi.
Bila saya pujuk untuk bersama, dia takkan layan langsung, even saya cakap doktor kan dah bagitahu cara-cara selamat. Macam-macam saya cuba pujuk dia, untuk mencium saya pun dia tak nak. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, dia takkan sentuh saya kecuali peluk semasa tido, itu sahaja.

Bulan April 2013, dia kantoi saya dapat tahu mengenai mesej dia tolong top up kredit phone pada satu number nih. Saya call number tersebut yang jawab suara lelaki. Dia top up 2, 3 kali, apabila saya tanya, dia ngaku itu adik angkat dia. Ya Allah, isteri sendiri pun susah nak dia tolong top up kan. Saya memang sakit hati, gaduh jugak, beberapa lama kemudian, dia kata dah takde apa-apa dengan adik angkat dia tu....ok la.
Pada bulan 6 atau 7 baru-baru nih (2013), saya terdetik untuk check handset dia, dia ada satu lagi handset yang mana dia sentiasa akan letak password, tapi yang satu nih biasanya dia off sahaja bila saya ada, tetapi Tuhan nak tunjuk. Saya jumpa  mesej-mesej  dia bersayang-sayang saya call  number tersebut, yang angkat adalah lelaki. Kemudian, saya mesej budak nih, saya cakap saya jumpa mesej awak bersayang-sayang dengan suami saya, tapi dia tak reply. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya masa nih, rupanya budak ni duduk serumah dengan dia. Ya Allah berpusing dunia saya rasa masa tuh.
Ditakdirkan baru-baru nih, saya berjaya unlocked handset suami, Tuhan je la yang tahu apa yang saya jumpa, segala macam mesej-mesej serta istilah-istilah yang pelik-pelik, sehingga saya search di internet dan yang paling saya terkejut ada mesej yang cerita pasal main sex. Saya amibil gambar semua tuh, sebagai bukti malah gambar "anu" dia sendiri pun ada. Macam-macam lah lagi yang ada, tak perlu la saya beritahu apa lagi mesej-mesej dan gambar yang ada.


Saya menggigil, terduduk dan tak tahu nak buat apa. Ada satu mesej tu dengan adik angkat dia tuh, siap tanya mana cincin dia bagi, macam-macam la. Dengan isteri sendiri dia berkira sangat, mentang-mentang lah saya bekerja. Saya cukup terkilan, saya cukup sedih, masa tu saya rasa nak lempang dia sekuat hati saya.....huhuhuu
Lama saya berfikir pasal semua nih, last-last saya buat keputusan untuk beritahu mak mertua saya, saya tunjuk mesej-mesej tertentu, saya tahu tindakan saya tak betul tetapi dia anak mak, niat hati saya supaya emak dia akan nasihatkan dia. Saya tak sanggup nak bagitahu ayah saya atau ahli keluarga yang lain. Apabila saya tanya sendiri pada suami, jawapan dia semua itu hanya main-main sahaja, walaupun saya sudah jumpa macam-macam bukti, even saya jumpa mesej yang dia nak jumpa kekasih gay dia, siap tanya berapa harga hotel yang pernah dia pergi, tapi semua dia tidak ngaku.
Mula-mula saya ambil keputusan untuk berpisah sementara, tapi mak mertua saya macam blame saya, dia kata saya ni senang je nak berpisah. Dan suami saya sendiri cakap yang saya ni suka marah-marah dan maki-maki dia, ye lah akhirnya saya juga yang dipersalahkan. Saya lah yang buruk, padahal saya tidak pernah maki dia pun selama ini, marah mungkin yer. Dia tidak bagi nafkah batin selama hampir 2 tahun, saya redha, nafkah zahir pun dia tak bagi dengan alasan gaji dia kecil, duit cukup-cukup aje. Saya tak kisah, sayang punya pasal, lagipun hidup suami isteri kan.
Masa ni jugak, suami janji nak berubah kekasih yang duduk serumah dengan dia, katanya dia akan halau kalau itu yang saya nak. Dia janji nak betulkan keadaan dan macam-macam janji dia beri.

Sekarang nih saya cuba untuk tidak cari gaduh, saya cuba sedaya upaya berbaik tapi pada minggu lepas, dia kantoi lagi kekasih yang dia kata dah keluar rumah (masa ni dia bagitahu saya budak tu balik-balik raya je dah tak ada kat rumah), rupanya  masih duduk tinggal sekali. Saya jumpa gambar dia upload, ada tempat dan itu rumah suami saya duduk, even di dalam facebook budak tu pun status tagged nama suami saya.
Bila saya ambil gambar dan send kepada suami saya, dia marah-marah saya katanya saya ni suka fikir yang bukan-bukan.Budak tu datang nak ambil barang dan macam-macam alasan yang suami saya berikan. Dalam  facebook jugak suami klik event yang budak ni buat ysmh sumai akan akan hadir. Saya call malam dia pergi event tersebut memang dengar bising-bising, suami bagitahu dia dekat area ofis yang ada buat majlis, sampai macam tu sekali dia nak tipu saya.

Saya pernah tegur dia pasal semua nih, sebab dia ada HIV saya pernah cakap, 
"Abang dah macam ni pun nak buat perangai tak takut dosa pahala ke? Sakit Tuhan dah bagi ni, abang tak nak amiil iktibar pun makin menjadi-jadi perangai."
Macam Puan Lisa - masih sayang dan sabar walau suami HIV positif (klik disini) saya pun sayangkan dia sayang sepenuh hati saya, kalau saya tak sayang saya tak akan kahwin dengan dia semasa mula-mula tahu dia ada HIV, tapi entahlah akhirnya ini yang saya dapat.
Saya pernah tanya, macam mana dia dapat HIV tapi dia cakap dia sendiri tidak tahu, ok la saya terima jawapan itu.
Saya pernah tanya abang ni gay ker? semasa ni kami buat pillow talk, dia tak mengaku. Semua benda dia tidak ngaku walaupun bukti macam-macam sudah ada, malah dalam mesej (SMS) dia mengaku dia top dan flex...
Saya pernah jumpa minyak durex ke apa tah yang biasa dijual di farmasi. Even ada sekali tu saya menyamar jadi dia apabila ada sorang budak lelaki ni mesej, saya tanya mana pernah jumpa ye, budak ni reply jumpa kat sekian-sekian tempat, budak lelaki itu rindu kat perut abang. Saya tanya lagi pernah tengok ke, budak lelaki ni reply, pernah la, yang dalam seluar pun pernah. Saya memang menipu jadi dia, saya tanya macam-macam sehingga suami pernah main dalam kereta. Saya ambil gambar dan semua mesej-mesej dia.
Lama lepas tu....saya dah balik Perak, saya send gambar mesej tuh pada suami itu pun dia tak ngaku.
Hhhmmm..apa pandangan abang Najmi?

Saya mengambil keputusan untuk memberi peluang pada suami lagi setelah saya fikirkan sedalam-dalam mengenai perkara ini. Saya buat satu keputusan untuk memberi peluang kedua pada suami, demi menjaga hati semua orang, keluarga saya, ibu mertua saya dan keluarga dia dan paling utama aib dia serta masa depan dia.
Saya tahu, saya terpaksa korbankan perasaan saya sehingga ke detik email ni saya tulis, dia tetap macam tu juga tidak mengambil berat, tidak kisah akan perasaan saya. Ya mungkin ada yang cakap, bagaimana saya tahu yang dia tak amik berat pasal saya??
Saya sudah 6 tahun mengenali dia dan dalam masa 6 tahun, sebelum bertunang macam-macam yang kami lalui, daripada kisah dia ada abang angkat sehimggalah duduk serumah dengan family abang angkat dia, sehinggalah bila dia bertunang, dia keluar duduk dengan abang and kakak ipar.
Untuk pengetahuan abang Najmi, sepanjang tempoh pertunangan adalah antara tempoh paling indah antara saya dan dia, dia banyak luangkan masa, tahun kedua perkahwinan ni yang paling ketara perubahan sikap dia.

Saya diabaikan, nak berjumpa dengan saya, sangat susah sebulan sekali pun susah. Birthday saya ia SMS sahaja sampai ke detik nih langsung tidak ada hadiah, kad ucapan atau sambutan ke ape ke. Bulan puasa dia janji akan berbuka berdua di hotel sebagai ganti sambutan harijadi saya, itu pun tidak ditepati janjinya.
Kadang-kadang saya rasa ini adalah dugaan terhebat dalam hidup saya walaupun dulu semasa saya dibuang kerja atas sebab tidak munasabah, saya masih boleh bertahan saya bangkit semula tetapi dugaan kali ini membuatkan saya hampir tersungkur.
Kalau bukan memikirkan masa depan keluarga, kerjaya saya yang sedang meningkat dan kalau tidak ada iman di dada saya ini, mungkin saya sudah lama rebah. Saya sayangkan dia demi Allah saya akan cuba bantu dia sedaya mungkin untuk berubah, saya tahu bukan senang nak berubah akan ambil masa, tapi dia langsung tidak ada minat pada saya entahlah susah saya nak cakap.

Baru-baru ni saya berjaya berhubung dengan salah seorang kekasih hati dia, mamat ni mintak maaf pada saya dan dia bagitahu saya suami saya ni sudah ada orang lain selain dia. Hampir setahun dia bercinta dengan suami saya dan dia bagitahu saya jugak yang suami saya ni memang penipu, mungkin janji macam-macam dengan dia tapi tak ditunaikannya.

Saya sedih sebab dia sah-sah Hiv Positif tapi still dengan kegiatan macam tu. Saya pernah terfikir untuk upah penyiasat peribadi untuk dapatkan bukti-bukti lain tapi saya tahu semua tu perlukan duit. Saya bukan tak nak pindah duduk bersama dia di KL, Selangor atau mana-mana tapi keadaan kerja saya yang tidak mengizinkan. Dia sendiri bagi macam-macam alasan, sedangkan kerja dia lagi banyak cawangan, dapat kuarter tapi dia sanggup tolak, sebab kuarters lama lah, jauh lah dan macam-macam lagi alasan yang diberi. 

Saya memang perasan bermula hujung tahun 2012 dia start buat hal sebelum ni takde pulak, entah lah saya sendiri tak tahu dimana salah saya. Nak salahkan siapa pun saya tak tahu tapi bagi saya ini adalah dugaan hidup saya, Allah dah pilih saya untuk hadapi semua nih, Allah tahu saya mampu hadapi. Mungkin ini jugak balasan atas dosa-dosa saya sebelum ini maka Allah uji saya di dunia lagi. 

Macam Puan Lisa, suami nya seorang biseksual, tapi suami saya ni entah lah. Alasan risau untuk saya berjangkit HIV dari dia itu saya rasa tidak tepat, menyentuh saya walau sedikit pun dia tak nak, fikiran saya kusut. 

Saya sendiri tak tahu apa nak buat, apa keputusan yang terbaik selain memohon pada yang Esa, berdoa siang dan malam. Andai ini jodoh saya, kekalkan lah, andai ianya bukan, andai berpisah itu merupakan jalan terbaik buat saya, saya redha insya Allah semoga Allah tunjukkan jalan terbaik kepada saya dalam hubungan ini.

Insya Allah, saya akan dapatkan nasihat pakar buat masa sekarang saya akan bersikap biasa walaupun dalam hati saya sentiasa berdoa semoga dia akan ada keinsafan.

Entah lah abg najmi...... 


-BELLA BUBU-

www.dietmakanhati.blogspot.com  




Salam  Bella Bubu,

Kisah saudari hampir sama dengan beberapa kisah yang dikongsikan oleh beberapa isteri yang bersuamikan seorang gay atau bisekual dalam blog saya. Cuba Bella klik entry-entry berkenaan dan baca komen-komen dari pembaca mengenai masaalah mereka itu. Antara yang terbaru kisah Puan NIZA - Pengalaman berkahwin dengan lelaki gay (kilik disini).

Bercerai bukan sesuatu yang bagus sebabnya ianya seolah meruntuhkan sebuah masjid TETAPI dalam kes Bella lain sikit, saya dapat rasa suami Bella sangat sukar nak berubah, benar agak susah nak berubah saya tahu dan faham tabiat seorang gay ni apatah lagi kalau suami Bella seorang yang ada rupa, muda dan ada berduit pasti semua itu penyebab kenapa ia sukar berubah.

Bella kena berani ke Pejabat Agama tanya pandangan mereka yang pakar disana, cerita segala-galanya. Entahlah maybe sebab Bella masih sayangkan suami, maka Bella tetap sukar nak ambil sebarang tindakan.

Berpisah maybe jalan terbaik pada pandangan abang lah dalam kes Bella, sebab suami yang sebegitu akan tetap berterusan menipu dan akan tetap dan sukar nak berubah, dia hanya menggunakan status sebagai seorang suami bagi mempermudahkannya untuk meneruskan aktiviti songsang.

Yang merana adalah Bella, jangan kisah sangat pandangan mak mertua Bella dan ahli keluarga lain, yang penting Bella kena jaga hati Bella dahulu daripada terus diperkotak katik oleh suami, tanya pandangan pegawai kaunseling di Pejabat Agama berhampiran kemudian Bella buat lah keputusan. Ingat Bella langsung tidak mendapat sebarang nafkah batin mahu pun zahir darinya.

Saya percaya masih ada golongan gay yang berkahwin dengan niat hendak berubah dan ada yang boleh mengawal diri dari terus terlanjur dalam aktiviti songsang, ada yang sayang isteri dan anak-anak serta hidup bahagia.

Tak guna Bella menghabiskan masa yang sia-sia untuk terus bersama dengan suami Bella itu kalau dia berterusan menipu dan enggan berubah. Tinggal berasingan jarak jauh juga membolehkan sisuami lupa diri, dan menjalani kehidupan bebas seperti tidak ada bini. Bella kena bangun selesaikan masaalah ini dengan segera, jangan fikir banyak sebab Bella sudah punya bukti yang banyak tentang penipuan suami yang berterusan dan bagaimana dia masih enggan nak berubah. 

Lelaki begini langsung tidak sesuai untuk dijadikan suami, Bella berhak mendapat seorang suami yang lebih baik dari tu, percayalah apaila suami sudah terlantar sakit diduga Allah dengan apa jua musibah pada ketika itu lah ia mula nak ingat kepada Bella, pada saya ianya perbuatan sia-sia sebab dia hanya akan menggunakan Bella hanya pada ketika dia susah sahaja, semasa tubuh badan ia kuat  luar dan dalam dia lupa siapa diri.

Bella buat lah keputusan mengikut nasihat mereka yang pakar, insyaallah semoga kehidupan Bella dimasa depan akan lebih bahagia dan sempurna walaupun tanpa suami yang begitu. Wallahuallam- NAJ MI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)