Thursday, 1 August 2013

SOAL JAWAB - HIV/AIDS ADA AKU KISAH?!??

Rasanya ramai antara kita yang dok dengar pasal HIV/AIDS ni dari kecik. Kat sekolah kita dengar, kat TV kita tengok iklan-iklan, dalam majalah ngan suratkhabar... kiranya kalau saya tanya mana-mana orang secara rawak samada diorang tahu pasal HIV AIDS ke tak, chances are semua akan kata tahu. Tapi tahu apa? 
Saya anggapkan kebanyakan orang kita masih seperti penduduk US di awal dan pertengahan 90an. Mereka sudah mula sedar yang HIV/AIDS itu bahaya, tak boleh diambil ringan, tapi tak tahu apa-apa fakta dan lebih banyak percaya cerita karut-marut yang didengar secara gosip. 
Contoh paling mudah, siapa ada dapat sms / FB status / twitter update semalam yang kata jangan minum Coke & Pepsi sebab ada pekerja kat kilang yang HIV+ dah tumpahkan darah dia dalam container air kat situ? Ramai gila. Saya dapat 3 FB statuses macam tu, dan malu nak mengaku, adik saya sendiri pun sms benda tu pada saya. I think she spammed it to a lot of other people as well. Sigh... 
Sib baik la dia hantar kat saya. So after explaining to her, she posted my debunking facts on her FB wall. At least ramai orang akan baca dan faham. 
Tapi apa cer orang-orang yang takde sape nak tolong explainkan? Nak pegi google sendiri fakta HIV/AIDS? Haarraaammmmmmm. 
So takpe adik-adik, akak-akak, abang-abang, meh lemme answer some of your questions about HIV/AIDS. Now these questions dulu diajukan pada saya oleh remaja hinggalah orang dewasa ok. Ada antara soalan ni yang berbunyi bengong gile tapi pada saya macam ni lah ek, bila cakap pasal kes hidup mati kita, takde soalan yang bodoh. 
Read on......

1) HIV/AIDS boleh berjangkit kalau kissing tak? 
Tak boleh, 
Kecuali kamu gigit lidah masing-masing dan minum darah tu bergelen-gelen. HIV hanya berjangkit melalui 4 benda ni: 
1) Darah, 
2) Air mani (semen), 
3) Air mazi (precum), 
4) Bendalir faraj (vaginal fluid). 
Air liur, peluh, sentuhan, batuk ke semua tak boleh. 

2) Eh, ade je orang tak buat sex tapi dapat HIV/ AIDS... 
Memang ada, sebab ada aktiviti lain yang boleh pindahkan HIV from one person to another. Ada 3 cara jangkitan yang utama iaitu 
1) Seks tak selamat (samada anal or vaginal), 
2) Perkongsian jarum atau 
3) Dari ibu kepada anak. 
So kalau orang tu ambik dadah, pastu jarum suntikan tu dikongsi beramai-ramai, maka tinggilah peluang HIV merebak. 

3) Aku bukan gay, apasal nak kena HIV pulak? 
Ok, jom tengok statistik di Malaysia. 
Pada tahun 2010, 
47% dari kes HIV yang dilaporkan adalah dari perkongsian jarum, 
40% dari heteroseksual (straight lah maknanya),
1% dari ibu kepada anak dan hanya 
8% dari golongan homoseksual.  
Now tell me, masih fikir HIV/AIDS masalah orang gay? HIV tak pilih mangsa. Kita hitam ke, putih ke, melayu ke cina ke india ke, gemuk ke, keding ke, sama je. 
Kalau korang buat seks pakai langgar je, korang kongsi jarum ambik dadah, korang bertukar-tukar pasangan tanpa mengambil langkah penjagaan yang baik, kebarangkalian kena HIV tu tinggi gila. 

4) Wei, jangan minum air tin cap Peksis tu! Ada emel kata pekerja dia dah tumpahkan darah HIV dalam container! Mampus ah kita weiiiii 
Relaks beb. 
Hal makan minum ni memang mencuakkan, tapi meh nak story sikit: HIV adalah virus yang hanya boleh hidup di dalam badan manusia. Jadi kalau la darah HIV tumpah dalam makanan ke, atas meja ke, kat baju ke, tepi jalan ke, virus tu tak boleh merebak kat kita kecuali 
1) darah tu masih fresh (baru dua tiga saat lepas tertumpah DAN 
2) kawasan yang tersentuh tu ada luka. 

5) Tapi kalau termakan, cemana?!! 
Kebarangkalian memang ada, tapi tipiiisssssss gila. Korang cuma boleh dijangkiti kalau 
1) Darah tu fresh, 
2) korang kena ada luka di mulut atau tekak, dan 
3) korang minum bergelen-gelen darah tu. 

6) Nyamuk pun hisap darah. Sama je ngan kongsi jarum
Seperti yang dikongsikan tadi, HIV cuma boleh hidup dalam darah manusia. Bila nyamuk isap darah seseorang, dia tak menolak balik darah orang sebelumnya ke dalam badan kita. lagipun virus HIV tak boleh hidup lama dalam nyamuk sebab nyamuk bukan manusia. Sekian. 

7) I tau boyfriend I bukan HIV+ sebab dia sihat gila 
Ada orang yang hanya menunjukkan simptom HIV dalam badan selepas 10 tahun menghidapnya. Ada beb. 

HIV duduk dalam badan dan attack sistem immune badan, iaitu sistem yang mengeluarkan antibodi (antibodi adalah askar2 yang lawan penyakit dan bakteria). Keje HIV adalah lemahkan sistem immune. Orang akan terus sihat kalau takde jangkitan dari penyakit-penyakit lain. 
Tapi bila ada penyakit lain, macam bakteria, atau demam atau masalah kulit ke, atau luka, haaaa masa ni sistem immune dah tak boleh tolong hantar askar gi baiki balik kerosakan tu. Maka time tu baru badan mula jadi lemah dan takde perisai nak lindung badan dari terus dijangkiti oleh virus / jangkitan lain. 
Time tu baru orang tu akan kena AIDS. 

8) Pakai kondom, main tak best lah. 
Kena HIV, best tak? 

Sekarang ni ada macam-macam jenis kondom, untuk macam-macam saiz dan keperluan / keinginan. Jangan risau, mesti ada yang sesuai untuk korang. Yang penting, tengok expiry date. Jangan beli yang dah luput sebab kondom mudah pecah atau koyak lepas tarikh luput.

9) So awak ni menggalakkan saya buat seks???? 
Ehhhhhh sabar beb, sabar. Amboi marahnya. 

Camni eh, dalam kes HIV/AIDS ni, tak ada yang lebih baik dari menahan diri dari melakukan perkara berisiko tinggi dan ya, seks memang berisiko tinggi. Cuba hidup dengan ABC ni: 
Abstinence : Jangan buat. Tak kira la seks ke, ambik dadah ke, jangan buat. Tahan diri dari buat semua ni. Ingat agama, paling tak pun ingat lah mak bapak dan hazab kalau korang kena HIV / AIDS nanti. 
Be faithful: Kalau dah tak boleh nak tahan diri dari buat, setiakan diri dengan hanya satu pasangan mahupun jarum. 
Correct use of condoms & needles: kalau dah menggelijat sangat dan dah tak boleh nak tahaaannnnnnn sangat nak jugak nak jugak kalau tak I mati, make sure korang guna kondom. Kalau ambik jugak dadah, jangan kongsi jarum! 

10) Orang HIV takleh kawen. So cemana kalau lepas buat test HIV untuk kawen, tetiba pasangan aku HIV+? 
Okay, ini isu yang agak sensitif dan sebenarnya penyelesaian terletak pada individu tu sendiri. Saya kenal seorang lelaki awal 30an yang baru saja berkahwin, dan ya, dia HIV+. Saya juga kenal seorang wanita HIV+ yang putus tunang sebab dia tak nak risikokan bakal suami dia. 
Thing is, kesanggupan kita. Benda utama adalah untuk tau fakta berkenaan HIV/AIDS dulu. Cemana merebak, kalau dah HIV+ cemana nak contain, cara pencegahan dari terus merebak, risiko-risiko... bila dah tahu benda-benda macam tu, baru lah boleh duduk bincang dan decide nak kahwin atau tidak.
Memang akan rasa kecewa, ragu, sedih dan sebagainya. Tapi perasaan tu mungkin memuncak sekejap je. Cuba plak fikir, apa reason korang nak kawen? Berapa lama dah korang sama-sama, sedalam mana cinta tu (yang konon apa jadi pun I tetap sayang you. Ha skang dah jadi, amacam?). Dan pastu, fikir juga kesanggupan dan keupayaan untuk hidup dengan HIV+. 
 It's really up to you. 

11) Apa guna saya kawen dengan dia kalau pastu dia sakit, mati. 
Semua orang pun mati, beb. Takyah kena AIDS pun boleh esoknya mati kena gelek lori (naudzubillah). 

Sekarang ni macam-macam rawatan ada untuk HIV/AIDS. Kerajaan turut bagi bantuan ubat-ubatan percuma. 10 tahun lepas, memang kos ubat HIV boleh cecah sampai RM1500 sebulan, tapi sekarang tak lagi. 
Dengan penjagaan yang betul dan kadar kesihatan yang optimum, seseorang Yang Hidup Dengan HIV boleh hidup sehingga 20 tahun. That's a long time
Harap korang dah faham sedikit sebanyak tentang soalan-soalan penting dalam kepala hotak korang pasal HIV/AIDS. Tapi kalau ada yang memusykilkan, tinggal soalan korang kat ruang comments and I'll try to answer them ok :) 

Sumber AZYZE


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)