Wednesday, 28 August 2013

PUAN NIZA - PENGALAMAN BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY

Kisah ini saya dapat dari blog rakan saya JumieSamsudin.Com 



As Salam Sis,

Saya terpanggil untuk bagi komen pada permasalahan bertarikh 1.3.2013 ni sebab saya mengalami problem yang sama. Jawapan to this question, husband dia ni saya rasa memang gay sebab tak bernafsu langsung pada perempuan.

Kisah saya macam ni..saya berkahwin pada hujung bulan January 2012 dan bercerai pada hujung bulan November 2013..Kejap je kan?? Status saya memang janda berhias sebab tidak pernah disentuh oleh suami. Sia-sia sahaja saya jadi janda. 

Dipendekkan cerita saya kahwin dengan ex atas dasar suka sama suka, dia yang beriya ajak saya kahwin, tempoh kenal sampai kawin adalah setahun, lepas tunang hubungan agak dingin sebab dia jarang msg/call/jumpa. Bila tanya kenapa, dia cakap kita ikut cara sendiri, jangan ikut drama / novel. Saya agak pelik, tapi sebab sayang sangat pada dia masa tu, sumua tu saya abaikan. Mula-mula ada jugak terpaksa nak putus, tapi tup-tup dapat tahu dia pergi kursus kahwin, dan lain-lain preparation nak kawin. Langsung tak discuss pun, tup-tup sampai hari kawin je.. 

Before kahwin saya memang tak terfikir dia ni gay...saya tahu dia lembut sikit..tapi tak terfikir la ke arah tu sebab saya ada ramai kawan lelaki yang lembut, tapi diorang kahwin and ada anak and sangat asyang pada wife and anak-anak diorang. Ex saya ni seorang yang berpangkat.

Lepas kahwin, dia tidak pernah sentuh saya, first nite pun tak ada buat apa. Macam kita tido dengan adik beradik. Saya pun pelik jugak, takkan la kucing nampak ikan didepan mata buat bodoh aje, kalau lelaki normal, lama dah kot. 

Tapi saya sedapkan hati, maybe dia penat kot. Sampai lah dah lepas sebulan kahwin mak saya tanya saya, dah ke? Saya cakap belum, mak saya cakap biar betul? dia kata tidak normal lelaki tak sentuh isteri dia. Bagi saya logik la tu.

Lepas kahwin tu kami pindah rumah sewa, keadaan jadi lagi teruk bila kami tinggal hanya  berdua. Dia buat saya macam tak wujud walaupun saya dah sediakan semua keperluan dia. Jaga makan minum, dia sakit saya berjaga, pakaian saya layan dia macam raja, tapi dia langsung tak pedulikan saya. Bercakap pun tidak, tanya sepatah dijawabnya sepatah. Balik kerja pun lewat, dia saya nampak saja nak mengelak daripada saya. 

Ada sekali tu saya dengan family dapat "trap" dia pergi berubat, dia tidak tahu, tujuan nak berubat tu saja kot-kot la dia ni terkena buatan orang ke. Lebih kurang sejam dia dok one by one dengan orang berubat tu. Lepas keluar tu dia senyap sahaja.

Dua tiga hari lepas berubat tu orang tu cakap kat mak saya yang ex ni sudah buat pengakuan kat dia, ex mengaku yang dia tidak ada nafsu langsung kat permpuan and kalau tengok CD blue, dia terangsang tengok lelaki.

Astaghfirullahalazimm.....

Patut lah ada sekali tu saya saja lah letak majalah Mingguan Wanita dalam bilik saya, saja nak suruh dia baca pasal hubungan suami isteri, tapi saya tengok dia tengah tengok page yang ada artikel pasal pelakon Nazim Othman tengah workout kat gym. Pastu dia sengih-sengih tengok pic tu...huhuhuhuh. Time tu saya cakap kat mak saya, mak, inai kat jari saya ni still merah lagi, tak kan nak cerai dah kot.

Lepas pada tu saya pun buka hati untuk bagi dia peluang, kot-kot lah dia ni boleh berubah, sebab dah kahwin, nak tukar status janda bukan senang, duit pun dah banyak habis untuk kahwin, fikir pulak maruah mak ayah lagi.

Sepanjang tinggal dengan dia saya rasa stress sangat, ye lah saya hanya memberi tapi tak menerima, dia pulak menerima sahaja tapi tak memberi. Kalau dia tidak bagi saya nafkah batin tapi layan saya dengan baik, saya tahan lagi, ni walaupun saya jalankan sepenuhnya tanggung jawab saya sebagi isteri tapi dia buat saya macam musuh, tidak tahu apa salah saya pada dia.

Balik kerja pun buat dia buat muka masam aje. Sepanjang duk sama tu ada dua kali jugak saya "confrant" dengan dia, saya tanya dia kenapa dia tidak sentuh saya dan dia cakap letih, belum bersedia. Saya cakap tak logik sume jawapan itu, kalau lelaki normal tak akan jawab macam itu.

Saya ada jugak cerita kat family dia, bila mak dia tanya kenapa tidak sentuh saya, dia cakap takut saya "pregnant"..ape punya jawapan la tu, ingat budak-budak sekolah ke.

Akhirnye dalam 3 bulan selepas kahwin, lepas "confrant" dia janji nak berubah, tapi getting worst, saya pun tekad keluar daripada rumah sewa untuk bagi dia pengajaran. Saya keluar tu dalam pukul 10.30 malam. The best thing, dia langsung tak halang, tak ambil tahu pun saya nak kemana.

Kakak dia ada lah terlepas cerita kepada saya, dia ni dulu semasa kecik-kecik memang pakai baju perempuan, semasa belajar kat U memang patah habis, and makcik-makcik jiran dulu memang tau cara lembut dia tu.

Lepas keluar rumah tu macam-macam lah usaha saya nak buat untuk selamatkan perkahwinan, tapi tak berjaya sebab dia ego sangat. Saya mintak dia lepaskan saya, tapi dia tak nak, dia cakap kalau sampai hujung tahun, kalau dia senyap sahaja sampai hujung tahun anggap lah kita orang dah tidak ada apa-apa. Senang aje dia cakap macam tu, dia ingat perempuan ni tidak ada maruah ke. 

Dia memang gantung saya tak bertali, tak bagi nafkah sepanjang kami tinggal berasing. Tak pergi langsung kaunseling kat pejabat agama. Sampai lah saya pergi naik tempat kerja dia, coz dia langsung tak nak bekerjasama untuk proses penceraian. Saya tahu dia tak nak kat saya tapi dia tak nak lepaskan saya.

Mak ayah dia pun tak boleh nak buat apa. Dia lari daripada family, tak nak balik kampung. Bila ajak berubat dia akan cakap semua ustaz penipu, tapi saya tahu kenapa, sebab dia tahu apa masalah sebenar dia. Dia tidak bernafsu langsung pada perempuan, thats why, senang aje dia tuduh ustaz penipu.

Akhirnya lepas campur tangan tempat kerja, dia setuju lepaskan saya and failkan penceraian. Saya tanya lawyer saya, dia cakap bukan awak seorang aje dalam dunia yang masalah macam ini, ramai dah lelaki gay ni kahwin, pastu tidak sentuh langsung isteri dia, diorang ni pun kahwin sebab nak cover aje or nak puaskan hati mak ayah.

Pada hari penceraian, Allah Maha Besar, lawyer dia kawan lama pakcik saya. Kira masa hari cerai tu baru terjumpa, pakcik saya cerita semua kat lawyer dia, and lawyer dia terkejut dia tidak pernah sentuh saya coz dia tidak bagi tahu pun pasal ni. Dia just bagi tahu tak sefahaman aje.

Lepas habis prosiding mahkamah saya pun lepak satu meja minum dengan lawyer dia, lawyer dia tanya saya macam mana boleh kenal? Saya bagitahu pasal kerja, dia yang beriya-iya ajak kahwin. Pastu saya cakap lah, entah lah jodoh kot. Pastu lawyer dia saja usik, ini bukan jodoh, ni bodoh. Dia kata sekilas ikan di air dia tau jantan betina, dia bagi tahu banyak jugak kes dia handle pasal lelaki gay ni.

Setelah melalui pengalaman ni, baru saya ambil tahu pasal gay-gay ni, yang selama ini tidak pernah saya terfikir. Gay ni bagi saya satu penyakit jiwa, hanya yang kuat boleh berubah, tu pun takes time jugak. Tetapi kebanyakan memang susah nak berubah, sebab maybe naluri dia dah ke situ. Dia orang ni hanya ada nafsu pada lelaki sahaja tapi ada jugak yang kes biseksual, dua-dua pun boleh. 

Apa-apa pun saya bersyukur dengan ujian ni, mungkin ada hikmah dan jadikan saya lebih kuat dan mungkin akan dipertemukan dengan lelaki yang baik. Saya share ni pun supaya perempuan lain tak tertipu dan teraniaya macam saya.


-Niza-




 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)