Monday, 1 July 2013

RAMADHAN SEBELUM +VE, SELEPAS DAN TAHUN INI 2013 (1434H)

Alhamdulillah beberapa hari lagi kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan 1434H, bulan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan kita termasuklah saya. Insyaallah kalau boleh amalan dalam bulan Ramadhan tahun ini akan saya dan kita semua sempurnakan lebih baik dari tahun-tahun lalu. 



Ramadhan sebelum didignosis positif

Masih saya ingat, beberapa hari sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa tahun lalu sebelum saya disahkan positif HIV, saya sibuk mengemas pakaian serta peralatan, saya sumbat kedalam backpack Lowe Alpine (Frontier 65+15) salah satu daripada 3 backpack saya yang  tersimpan didalam almari.

Diawal bulan Ramadhan tahun tersebut saya melangkah keluar memulakan perjalanan untuk jangka masa yang saya sendiri tidak tetapkan, kerana semuanya bergantung pada keadaan. Niat dihati memang hendak berpuasa sebulan penuh semasa kembara tersebut tetapi apakan daya, saya benar-benar tidak mampu kerana keletihan.

Dari rumah ke Hat Yai, dari Hat Yai saya tiba di BKK ditengah malam. Kao San Road kawasan para pengembara dunia lenggang ketika itu, hanya kelihatan beberapa "remaja lelaki hensem dari barat" yang sedang ketawa mabuk dan kencing tanpa rasa malu di tepi jalan. 

Dari BKK saya ke utara Thailand dan dari situ saya terbang ke selatan China maka bermulalah kembara berbulan saya suatu ketika dulu. Berbalik kepada ibadah puasa pada hari ke dua semasa saya di BKK, akibat keletihan maka saya ambil keputusan untuk tidak berpuasa, apa tah lagi kecewa melihat serunding yang saya “tapau” beli dibazaar ramadhan berdekatan rumah habis diratah semut-semut kecil didalam Lowe Alpine saya. 

Kehulu kehilir dikota BKK mencari alternetif yang paling murah untuk masuk ke selatan China menyebabkan saya kepenatan, tujuan asal saya adalah masuk ke dua buah negara Indo-China sebelum masuk ke China saya batalkan sebab bimbang terlambat gara-gara tergesa mengejar waktu dan masa sebelum salji turun untuk sampai ke suatu tempat paling menarik di selatan China.

Hampir sebulan dalam bulan Ramadhan ketika itu saya tidak dapat menunaikan ibadah puasa kerana melakukan aktiviti tersebut. Bayangkan bagaimana nak melakukan puasa apabila terpaksa trekking beberapa hari dengan menunggung “bapa” kuda dibawah sinar matahari yang terik dalam suasana panas bertukar dingin di pergunungan lereng yang tinggi dan terpaksa bermalam dilereng hutan atas pergunungan yang curam.

Keletihan turun naik bas dan keretapi, mengalas beg ketika berjalan mencari bilik tumpangan apabila sampai disatu-satu destinasi. Lesu bermalam dibangku bas yang usang berhimpitan bersama kaum Han dan Tibetan. Terlena penat ditingkat tiga "hard sleeper" hampir mencium bumbung berdekatan pembesar suara didalam gerabak keretapi yang bergerak berjam-jam lamanya. 

Walau bagimana pun puasa yang ditinggalkan itu telah lama saya gantikan.

Saya menyambut Hari Raya pada tahun itu nun jauh diutara negara China yang berpenghuni majoritinya penduduk yang beragama Islam. Bersendirian didalam bas sambil mengunyah campuran kekacang bersama kismis yang dibeli ketika bas berhenti ditepi jalan, sambil memandang keluar tingkap, wajah sejuk dipukul angin yang membolos masuk disekitar kawasan yang bertompokan salji dimerata-rata dan kelihatan ketika itu jauh kecil sebuah “train” yang panjang sedang bergerak perlahan didataran tanah yang terbentang luas.

Saya termenung memerhatikan kincir angin gergasi berwarna putih yang dibina untuk tujuan menjana tenaga elektrik yang bertaburan dikiri kanan perjalanan ketika menuju ke sebuah destinasi lain yang lebih sejuk, semua ini mengingatkan saya kembali suasana Hari Raya yang saya tempuhi pada ketika itu, lega kerana sebelum bertolak sempat saya hubungi keluarga mohon ampun dan maaf. 

Walaupun berada didalam kalangan orang yang berisiko namun saya tidak pernah terlintas ketika itu, bahawa pada suatu hari kelak diri ini terpaksa mengharungi kehidupan berpuasa sebagai salah seorang positif HIV. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya...syukur alhamdulillah.


Ramadhan selepas disahkan HIV 

Saya disahkan positif sekitar pertengahan tahun 2005 sehinggalah pada akhir 2009, sepanjang 4 tahun itu saya masih mampu berpuasa sempurna, walau bagaimanapun diakhir tahun 2009 keadaan kesihatan saya sudah terjejas akibat CD4 yang semakin menurun (simptom AIDS mula menyerang). 

Batuk mula bertali arus tanpa henti, kulit muka mula terasa sakit dan gatal mengelupas terutama bila terkena air, walau disapu krim sekali pun gatal dan luka diwajah masih tidak sembuh-sembuh. Saya syaki telah diserang sejenis penyakit iaitu Seborrheic Dermatitis (klik disini)

Pernah saya diserang Herpes Zoster (kayap ular atau kayap berair mengelilingi tubuh badan), serangan Herpes Zoster yang perit bermula dari dada mengelilingi hingga memenuhi belakang badan sehingga saya mengalami demam, tubuh mengalami kesejukan yang amat sangat mengeletar diwaktu malam selama berhari-hari. Walau kepayahan saya tetap berusaha melangkah kaki ke masjid untuk solat suboh ketika itu dan masih teringat bagaimana mengeletar dan dingin teramat sangat tubuh badan ini ketika melangkah dan semasa berada didalam masjid waktu itu. 

Habis semua pakaian bertanda akibat melekatnya air berbau dari bengkak dibadan yang pecah semasa tidur. Saya sedaya upaya membersih ketika mandi dan hanya mengunakan cecair dettol sahaja. Masaalah ini juga saya dapat rahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga lain seperti mana saya rahsiakan status HIV saya dari dulu sehingga sekarang (hari ini) walaupun tinggal sebumbung.

Tubuh badan mula menyusut batuk semakin teruk walau bagaimana pun saya tidak pula merasai sakit didada sebagaimana kebanyakkan orang lain yang mengalami batuk yang berterusan. 

Semua yang berlaku akibat kesalahan saya sendiri yang enggan berjumpa doktor untuk menerima rawatan awal dan sebab utamanya adalah kerana bimbang untuk memulakan HAART, bimbang apabila telah memulakan HAART maka saya tidak dapat lagi melakukan puasa sempurna dalam hidup ini.

Selepas terlantar sakit 10 hari dan keluar hospital pada petang Hari Raya Haji pada akhir tahun 2009, barulah saya sedar bahawa CD4 saya ketika itu telah berada pada kiraan 12, bermakna saya tergolong dalam kumpulan yang digelar pesakit AIDS. Hendak tak hendak saya terpaksa juga memulakan rawatan HAART pada awal tahun 2010. 


Ramadhan selepas mulakan HAART

Pada bulan puasa Ramadhan tahun 2010 dan 2011, saya ikut arahan doktor supaya tidak berpuasa kerana terpaksa menelan HAART setiap 12 jam sekali. Ubatan yang saya telan ketika itu adalah SLN30. Tidak berpuasa bermakna saya terpaksa membayar fidyah dan alhamdulillah saya sudah melaksanakannya.

Puasa Ramadhan Saya Sejak Bergelar PLHIV

Ramai dikalangan PLHIV dinegara ini telah diberi doktor ubatan yang hanya memerlukan mereka menelan setiap 24 jam sekali, TETAPI masih ramai juga yang terpaksa menelan HAART pada setiap 12 jam sekali, dan bagaimana mereka ini hendak melaksanakan ibadah puasa? 

Nasihat saya (ingat ini pandangan peribadi saya), sekiranya anda mahu berpuasa dengan mengubahkan waktu menelan ubat HAART dalam bulan Ramadhan, anda perlu bersemuka berbincang terlebih dulu dengan doktor yang merawat anda. Jangan ikut apa kata orang lain sebab keberkesanan ubatan akibat mengubah waktu menelan mungkin berbeza antara seorang individu PLHIV dengan individu yang lain. 

Tahap kesihatan tubuh badan kita tidak sama. Mungkin mereka yang mengubah itu boleh melakukannya tanpa menerima kesan buruk berlaku keatas tubuh badan mereka tetapi cara tersebut tidak semestinya berkesan baik keatas tubuh badan kita. Faktor pemakanan serta corak kehidupan harian diantara kita yang berbeza juga boleh mempengaruhi sama ada mengubah waktu itu memberi kesan baik atau tidak keatas diri kita. 

Bimbang bagaimana sekiranya ubatan HAART yang telah kita telan selama ini akan menjadi tidak berkesan akibat tindakan kita mengubah waktu. Yang menanggung bebannya nanti adalah diri kita bukan mereka, walaupun kita semua tahu berpuasa itu bagus untuk kesihatan tubuh badan kita tetapi seperti yang saya sebutkan rujuklah terlebih dulu dengan doktor pakar anda, dengar apa yang doktor akan terang dan nasihatkan nanti kerana segala maklumat mengenai tahap kesihatan kita ada pada doktor (peribadi) yang kita jumpa selama ini.

Tetapi sekiranya anda berani dan berkeyakinan melakukannya tanpa merujuk kepada doktor silakan….Pada pandangan saya sebelum kita berserah kepada ketentuan Allah (yang menentukan segala-galanya) sebaiknya kita bersemuka dengan doktor kita terlebih dahulu, bukan kerana doktor itu lebih berkuasa atau penentu segalanya tetapi sekadar dapatkan nasihat kerana mereka lebih arif dalam hal ini daripada kita, tidak kiralah doktor cina, india atau melayu. Dengar, fikir (nilai akan tahap kemampuan kesihatan diri kita pada hari ini) dan baru membuat keputusan.

Alhamdulillah bermula tahun lalu (2012) ubatan HAART saya telah ditukar daripada SLN30 kepada Tenvir EM dan Stocrin yang memerlukan saya menelan pada setiap 24 jam sekali, bermakna saya sudah mampu untuk berpuasa sempurna. Sesuatu yang saya tidak jangkakan sebelum itu kerana pada tanggapan saya ketika disahkan positif dahulu bahawa semua PLHIV tidak boleh berpuasa disepanjang hayat mereka, kerana ketika itu saya tidak tahu akan ada (muncul) ubatan yang boleh ditelan pada setiap 24 jam sekali. 

“Tukar ubat sebab nak elakkan cengkung di muka, dan awak boleh berpuasa” begitulah antara kata-kata yang ditutur oleh doktor pakar yang merawat saya di sini tahun lalu, saya antara percaya dengan tidak.


Ramadhan tahun ini 2013 (1434H)

Insyaallah tahun ini adalah tahun ke dua saya mampu berpuasa sempurna, untuk tahun-tahun akan datang "wallahuallam", sebab ubatan yang saya telan hari ini mungkin tidak sebaik yang disangka (berkesan elok pada tubuh saya) kerana ujian CD4 lalu (terbaru) menunjukkan kiraan CD4 saya jatuh setelah hampir setahun mengamalkan Tenvir EM dan Stocrin ini. 

Harapan saya pada ujian akan datang (tidak lama lagi) biarlah keputusan yang terhasil lebih positif semoga saya boleh terus menelan ubatan Tenvir EM dan Stocrin (setiap 24 jam sekali ini)

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini memberi sinar yang lebih bermakna buat diri kita semua, semoga amal ibadah yang bakal kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa Semua



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)