Friday, 5 April 2013

4 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 3 APRIL 2013

Pada 5 Mac 2013 yang lalu, saya ke hospital untuk diambil darah dan seperti biasa selepas subuh saya mula begerak keluar dari rumah dan apabila tiba di tempat mengambil darah kelihatan ramai yang sudah beratur panjang. 

Dihadapan saya berdiri seorang lelaki berbangsa cina yang saya syaki pasti seorang PLHIV kerana tidak susah untuk saya mengenalinya apabila melihat wajahnya yang jelas kesan "Lipoatrophy" (disini)

Nurse perempuan yang berbangsa serani yang mengambil darah kali ini juga salah sangka tentang diri saya, "Ohh...sorry saya ingat u cina" sebaik dia melihat nama saya yang tertulis diborang darah. Dari pukul 7 pagi, urusan saya selesai pada kira-kira pukul 9 pagi. Alhamdulillah

Lelaki cina yang saya syak PLHIV didepan saya semasa mengambil darah. SAH sebab nampak dia lagi semasa jumpa doktor sebulan kemudian.

Hampir sebulan sudah darah saya diambil dan pada 3 April 2013 saya sekali lagi ke hospital kali ini untuk temujanji dengan doktor pula.

Seperti biasa selepas suboh saya begerak menuju ke hospital yang saya anggarkan terletak sejauh lebih 10 km. Saya tiba di hospital kira-kira pukul 7 pagi, setelah meletakkan kad temujanji di kaunter pendaftaran saya ke kantin untuk bersarapan. 

Hati saya tenang tidak ada rasa bimbang jika dibandingkan beberapa tahun lalu, ketika beberapa temujanji dengan doktor, ketika hendak mengambil keputusan ujian CD4, resah bimbang dan takut sangat-sangat sehingga beberapa jam sebelum berjumpa doktor saya boleh menghabiskan masa disurau kecil sendirian di bangunan klinik pakar disini memanjat doa pada Nya. Risau sekiranya bacaan CD4 saya kembali rendah. 

Alhamdulillah hari ini saya mendapat giliran nombor 3, setelah berat badan (65kg) dan tekanan darah (normal) diambil, saya begerak ke lorong menunggu dihadapan bilik yang bernombor 11. Tidak lama kemudian saya dipanggil masuk ke bilik oleh nurse yang bertugas. Saya ditanya keadaan diri saya untuk dicatatkan sebelum berjumpa dengan doktor pakar. Ketika itulah saya mendapat tahu yang kiraan CD4 saya yang terbaru menurun sebanyak 63.

Kiraan CD4 saya yang lalu diambil bulan July tahun lalu ialah 229 tetapi kiraan yang terbaru saya menurun kepada 166. (so saya kembali memegang "title" pesakit AIDS dan bukan lagi gelaran pembawa HIV)

Sudah tentu saya sedikit kecewa, bimbang juga sekiranya ubatan yang saya makan (Tenvir EM dan Stocrin klik disini) sudah tidak berkesan pada tubuh badan saya lagi. Tiba-tiba teringatkan mati. Tiba-tiba terbayangkan saya kembali terlantar dihospital kerana tiada lagi ubat yang berkesan buat saya.

Tetapi saya tetap tenang, nurse tanya sama ada saya pernah terlupa makan ubat pada waktunya atau tidak. Saya jawab ada sekali terlupa itu pun lewat tidak sampai beberapa jam. Itu lah sekali saya terlupa makan tepat pada waktunya setelah bertukar ubat HAART dari SLN30 kepada Tenvir EM dan Stocrin sejak bulan July tahun yang lalu. 

Kemudian saya beritahunya bahawa saya baru-baru ini iaitu sebulan sebelum darah saya diambil telah mengamalkan minum Pati Jus Delima Nar Eksisi (klik disini)  

"Ha apa tujuan minum tu, sebab apa," tanya nurse seperti kesal dengan tindakan saya. 

"Nak tingkatkan CD4 lah," jawab saya.

Sememangnya nurse yang bertugas dibilik rawatan untuk PLHIV ini kerap menasihati saya sebolehnya jangan amalkan makan makanan atau minuman kesihatan lain setelah menerima rawatan HAART kerana kemungkinan makanan dan minuman kesihatan tersebut boleh memberi kesan buruk kepada ubatan HAART yang kita makan.

"Stop dulu buat sementara ini ya (dari minum jus delima), kalau nak ambil aje vitamen kat sini (hospital)" nasihat nurse tersebut.

Kemudian saya diberitahu bahawa keputusan darah ujian Viral Load saya yang dihantar ke Penang sebulan yang lalu untuk diuji tidak ada. Keputusan ujian Viral Load sangat penting, walaupun sekiranya bacaan CD4 saya turun pada kali ini, Viral Load perlu berada dibacaan "Not Detected". 

Sekiranya CD4 turun dan dalam masa yang sama Viral Load saya meningkat semula itu bermakna ada yang tidak kena. Kali terakhir ujian Viral Load saya adalah "Tidak di Kesan" (Not Detected) yang juga diambil setahun yang lalu.

"Ohh...ada masalah dengan mesin," baru nurse itu teringat bahawa mesin untuk ujian CD4 di hospital disini ada masaalah.

"Ya lah kalau hari-hari mesin tu digunakan tentu boleh rosakkan," balas seorang lagi nurse yang berada didalam bilik rawatan tersebut ketika itu.

Walaupun mereka kata mesin ujian CD4 ada problem tetapi hati saya ketika itu masih tetap kecewa dengan bacaan CD4 terbaru saya itu. Walau bagaimanapun lain-lain keputusan ujian seperti gula dalam darah, liver, buah pinggang dan air kencing semuanya ok, cuma tahap kolestrol saya yang sedikit tinggi.

Saya kemudian beritahu tentang masalah puting tetek saya yang bengkak (klik disini), seperti biasa mereka kata kemungkinan kesan dari ubatan stocrin yang saya ambil. Ok itu saya boleh terima sebab saya mendapat tahu terdapat 4 orang rakan PLHIV yang lain juga mengalami bengkak sebelah tetek, 3 daripada mereka juga mengambil Tenvir EM dan Stocrin sama seperti saya.  Malah seorang daripada mereka telah pun sembuh setelah hampir 3 bulan mengalami bengkak tersebut.

"Sebab kesan stocrin tu........(sambil menunjukkan kearah contoh ubat tersebut yang terletak diatas meja). Ha...jangan lupa tanya pada doktor nanti (tentang masaalah bengkak)," pesan nurse pada saya.

Walaupun kesan ini telah lebih 2 bulan saya alami, saya tidak beberapa risau sangat walaupun bengkak dan sakit bila ditekan masih terasa tetapi kesannya sudah sedikit berkurangan sekalipun masih tidak surut sepenuhnya.

"Haa...bila lagi nak jalan-jalan? (melancung)," tanya nurse tu lagi, dia tahu niat saya kerana saya pernah bercerita dengannya dulu.

"Hmmm kalau CD4 macam tu, macam mana nak pi jalan," balas saya.  

Saya memang dah tak ada mood ketika itu, tetapi masih tetap relek. Saya kemudian diarah supaya menunggu diluar bilik sementara menanti untuk dipanggil berjumpa dengan doktor pula. Alhamdulillah tidak sampai 10 minit duduk diluar, saya diarah masuk ke bilik sebelah yang bernombor 12 dan berjumpa dengan seorang doktor perempuan berbangsa India. 

Dalam hati saya berkata "Sah hari ni doktor pakar tidak ada" (doktor pakar ialah Dr Ker Hong Bee)

Saya sebenarnya dah "get ready" nak me "record" perbualan antara saya dengan doktor pakar menggunakan handphone cabuk saya, bertanya beberapa soalan yang boleh saya kongsikan didalam blog ini nanti, kerana adakala selepas saya bertanya pada doktor soalan-soalan (ada soalan pertanyaan datangnya dari rakan email) saya boleh lupa atau was-was bila cuba mengingatinya semula apabila berada dirumah.  

Tetapi disebabkan mood sudah hilang kerana kiraan CD4 menurun, ditambah pula terpaksa berjumpa dengan doktor penganti, yang bukannya doktor pakar dalam hal berkaitan HIV/AIDS ini, maka niat nak merakam perbualan antara saya dengan doktor terbantut. Segala soalan pertanyaan hilang dari kepala.

Doktor perempuan India itu bertanya beberapa soalan kepada saya antaranya, 

"Awak dapat ini (HIV) melalui apa,"

"Seks bebas," jawab saya.

"Sama lelaki," tanyanya lagi

Macam tahu-tahu aje dia ni, asal lelaki yang dijangkiti HIV mesti kerana main dengan lelaki aje ker huhuhu......Atau muka saya memang muka PLU heee 

"Biseksual," jawab saya (terpaksa tipu sunat)

Terus terang bagi saya, seorang lelaki gay pasti kebanyakan mereka tidak akan mengaku mendapat jangkitan kuman HIV melalui perhubungan sejenis, paling tidak pun akan berkata bahawa mereka seorang biseksual atau dapat melalui seks dengan perempuan (pelacur), malah rakan saya Tim (klik disini) pernah dulu menyuruh saya mengaku saja pada doktor yang saya mendapat jangkitan HIV melalui cucuk jarum (dadah), itu lebih baik daripada mengaku disebabkan kegiatan gay atau seks bebaskan.

Kerana itu saya percaya peratus jumlah golongan gay yang mendapat HIV sebenarnya adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dikeluarkan (dianggarkan) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana pertubuhan berkaitan HIV/AIDS di negara ini.
 
Doktor India itu kemudian bertanya adakah saya sudah bekerja dan beberapa soalan yang tidak ada kena mengena dengan HIV. Kebetulan seorang nurse berada didalam bilik doktor ketika itu, dan saya mengambil kesempatan bertanya sekali lagi untuk kepastian tentang masalah mesin CD4 yang rosak, supaya doktor penganti itu boleh mendengar dan tahu sebab kenapa CD4 saya menurun.

"Kak CD4 saya rendah maybe sebab mesin uji darah tu ada problemkan, ada tak pesakit lain yang kiraan CD4 mereka juga turun,"

"Adaaaaaa...ramai, dah selalu sangat guna (mesin itu) masuk darah, masuk darah aje tentu akan problem," balasnya. 

Jawaban itu sedikit sebanyak boleh meredakan resah dalam hati saya ketika itu, bukannya apa saya risau terutamanya sekiranya CD4 saya jatuh disebabkan kemungkinan ubatan HAART yang saya makan sudah tidak lagi serasi dengan tubuh saya. Maka kemungkinan saya terpaksa menukar kepada jenis ubatan lain pula. 

Lebih teruk sekiranya saya terpaksa menukar kepada ubatan diperingkat kedua yang lebih mahal kos perbelanjaannya. Perbelanjaan kos ubatan peringkat ke dua ini bukan lagi percuma, separuh kos terpaksa saya sendiri yang tanggung, malah ubatan peringkat kedua lebih sukar peraturan cara menelannya dan belum tentu berkesan seperti mana ubatan peringkat pertama yang saya makan sekarang.

Mungkin juga CD4 saya jatuh disebabkan Jus Delima. Atau maybe kerana madu lebah yang saya beli yang kemungkinan sudah dicampukan dengan bahan lain. Atau kerana saya semakin kurang excesice. Atau kerana setiap hari tidur lewat kerana mengadap blog. 

Atau kerana amalan saya minum air terlalu banyak sebaik selepas menelan ubat HAART, sehingga ubatan tersebut gagal menyerap sebaiknya didalam tubuh saya, ianya keluar kembali dengan laju melalui air kencing saya beberapa jam kemudian.  

Atau...atau...atau....


"Antara sebab CD4 turun mungkin kerana ubatnya tidak sesuai sehingga tidak boleh diserap sebagaimana semestinya di dalam perut, tidak masuk sebagaimana semestinya ke dalam aliran darah atau diuraikan terlalu cepat oleh hati" - laman web Indon

Adat lah apabila doktor penganti yang mengambil alih tugas doktor pakar HIV/AIDS, sesekali dia bertanya sesuatu tentang hasil ujian darah saya yang mungkin dia tidak faham kepada nurse yang masih berada didalam bilik tersebut. Begitulah doktor penganti yang langsung saya tidak ada "confident" pada mereka, buang masa kalau kita tanya sesuatu yang mereka tidak "expert" dalam bidang ini (HIV/AIDS), jawapan yang diberi pasti "merapu"

Kemudian doktor wanita itu memeriksa degupan jantung saya dan meraba bahagian leher saya, meraba bahagian bawah kedua-dua belah ketiak saya mencari kemungkinan terdapat benjolan lain, alhamdulillah tidak ada. Nak aje melarang, nak aje kata tak boleh sentuh sebab haram tak boleh hehehe... tapi tak terkata.

Dan doktor kemudian menekan-nekan bahagian tetek kiri saya yang bengkak mengunakan tangan kanannya, kemudian kedua-dua tangannya menekan-nekan dan memicit-micit kedua-dua belah tetek saya mencari perbezaan bahagian tetek kiri yang bengkak dengan yang tidak disebelah kanan. Dalam kepala saya ketika itu sudah fikir lain, nak ketawa pun ada, tidak pernah ada perempuan yang melakukan seperti itu pada saya sebelum ini. Ini first time heeeeeeee. Nasib doktor perempuan kalau doktor lelaki...entah lah hehehehe..

Saya rasa doktor perempuan India itu pun boleh tahu dan dapat mengagak saya ketika itu sudah tidak ada mood, kurang nak bertanya. Ditanya satu saya jawab satu.

"Ada apa-apa soalan yang nak tanya," tanya doktor India itu ketika saya sudah pun berdiri hendak melangkah keluar dari bilik.

"Tak ada, sebab CD4 rendah, dah tak ada apa yang nak saya tanya," balas saya pelahan.

"Jangan risau, awak tak sakit, kalau CD4 rendah selalu sakit, batuk, demam, pneumonia tapi awak sihat, jangan risau," nasihat doktor itu lagi.

Saya senyum dan anggukkan kepala, saya faham maksud doktor itu. Saya buka pintu dan keluar menunggu seketika sekali lagi diluar hadapan bilik doktor. Selepas diberi borang ujian darah dan appoitment yang akan datang saya beredar ke sebuah bilik lain yang terletak tidak jauh dari situ, mengambil ubatan HAART untuk bulan ini dan kemudian begerak pulang pada pukul 10 30 pagi. 


Esok harinya pada 4 April 2013

Saya ke hospital lagi kali ini saya menemani emak saudara buat rawatan, saya ambil peluang bertanya sekali lagi kepada seorang nurse lain yang bertugas dibilik rawatan HIV/AIDS. Dan dia juga mengakui bahawa mesin ujian CD4 telah mengalami kerosakan selama seminggu. Bagi menyedapkan hati saya, saya bayangkan bahawa kemungkinan ujian darah CD4 saya telah dilakukan pada ketika mesin itu sudah hendak rosak maka resultnya tidak menentu....dan itu lah penyebabnya...sehingga CD4 saya yang sepatutnya 661 menjadi 166 hehehehe

Mudah-mudahan telahan saya betul.

Tapi alangkah baiknya, kalau kakitangan hospital yang sudah tahu tentang masalah mesin rosak itu, janganlah beritahu result tersebut kepada PLHIV, paling baik berterus terang aje beritahu bahawa ujian CD4 kali ini tidak tepat kerana masaalah mesin rosak. 

Mereka boleh menganggak darah PLHIV mana yang tidak tepat berpandukan kepada tarikh ujian dijalankan dengan tarikh sewaktu mesin itu mula mengalami problem. Bayangkan berapa ramai PLHIV yang akan menjadi resah dan kembali stress bila mengetahui bacaan CD4 mereka (yang tidak tepat) kembali rendah.

Mungkin Jus Delima yang saya amalkan itu sebenarnya sangat baik, tapi saya terpaksa melupakannya.
 

Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada :

Sebelum mula makan ubatan HAART
02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu
08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur
08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81
12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49
27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009.

Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh.

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim:
16-12-2009 - CD4 12
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - kolesterol 5.1 mmol/L
25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - kolesterol 6.3 mmol/L 

Tukar ubat kepada Tenvir EM dan Stocrin:
11-11-2012 - CD4       ( tidak diuji )       - kolesterol 5.8 mmol/L (Viral Load Not Detected)
03-04-2013 - CD4 166 - menurun 63 - kolestrol 6.0 mmol/L (Viral Load Not Detected - ketika entri ini ditulis ketika temujaji saya berlangsung result Viral Load masih belum diterima, tetapi selepas 4 bulan kemudian baru saya tahu result Virol Load saya adalah tidak dikesan (Not Detected))




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)