Tuesday, 2 April 2013

LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF

Lisa (bukan nama sebenar) mengirim email pada saya, meluahkan rasa terkilan dalam hatinya dengan segala apa yang telah berlaku dan terpaksa beliau hadapi selama hidup berumahtangga dengan Zali yang bernaluri songsang baca dientry "ZALI DISAHKAN HIV POSITIF KEINGINAN MENDAPATKAN ZURIAT TERBANTUT"

Lisa masih tetap cuba berfikiran positif. Walaupun suaminya telah disahkan HIV positif, namun Lisa masih tidak dapat menipu hakikat bahawa dirinya masih sayangkan suaminya Zali.

Pada saya segala helah yang Zali lakukan selama ini adalah sesuatu pekara yang "biasa" yang sama dilakukan oleh hampir semua suami gay mahupun yang bersifat biseksual yang (terpaksa atau dipaksa) untuk berkahwin. Mereka akan melakukan pekara yang sama kepada isteri mereka seperti yang Zali lakukan. Sebabnya adalah hanya untuk memenuhi serta melayan kehendak naluri songsang itu sahaja. 

Tetapi saya juga percaya masih ada segelintir golongan suami atau bakal menjadi suami yang mempunyai naluri bisekual (yang telah atau pun sedang merancang berkahwin) yang punya keikhlasan dan ada niat yang betul serta tahu makna sebenar satu perkahwinan itu.

Alhamdulillah pada saya, Allah telah "poke" saudara Zali sebelum dia terlajak lebih jauh lagi, Allah "poke" Zali sebelum dia terlambat. Beruntungnya Zali kerana saya yakin dugaan disahkan positif HIV yang dihadapinya adalah kerana Allah masih menyayanginya dan mahu dia berubah.

Buat Lisa, sebagai isteri yang penyabar pastinya ada ganjaran yang besar menanti anda, Allah menduga anda bermakna Allah sangat menyayangi anda.
photo hiasan
Salam abang Najmi,

Email ni saya cuba draft dari semalam lagi, tapi tak tahu bagaimana nak dimulakan :(

Terima kasih atas semua content dalam blog abang yang saya rasakan memang sangat-sangat memberi info dan impak yang besar buat diri saya. To make it short (oh..takkan pendek la ceritanya kan.. haha).

Saya berkahwin dengan suami pada 2010 yang mana kami cuma kenal selama beberapa bulan sebelum buat keputusan untuk bertunang dan berkahwin, nak dijadikan cerita sepanjang bercinta saya rasa tak lah macam orang lain bercinta. Instinct memang ada sedikit perasaan syak pada dia. 

Semasa bergelar tunangan orang, saya ada jumpa SMS dalam phone yang mencurigakan. Saya ada satu perasaan pelik apabila baca perkataan-perkataan dalam SMS tu seperti chubchasser, PLU dan macam-macam lagi dan waktu itu saya cuma mampu menggoogle dan terkejut apa yang saya jumpa.

Apabila saya tanya suami, dia nafikan katanya dia ada ramai kawan gay dan kawan dia yang telah menggunakan phone tu. Saya pulak sebab bodoh, saya percaya, lebih kepada bersikap think positive. Sewaktu kami bertunang dan hampir waktu bernikah dia buat keputusan untuk pindah ke JB manakala saya berada di KL dengan alasan mudah untuk dia balik kekampung sebab parents tidak beberapa sihat. Disebabkan sayang saya percaya jugak!

Tahun pertama perkahwinan, adalah dugaan yang pada saya cukup besar. Sewaktu PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni lah semuanya terbongkar. Allah beri setiap instinct pada sang isteri bukan untuk saja-saja kan. Dengan petunjuk dariNya saya temui pelbagai bukti SMS, MMS dari dia dan pelbagai lelaki. Setiap kali saya nak berdepan dengan dia untuk berbincang ada sahaja halangan. Kami mempunyai masalah komunikasi yang sangat besar. Saya jadi keliru apa tujuan kami berkahwin. Saya banyak simpan dan pendam segala apa yang saya rasa, sebab tidak mampu nak berkongsi dengan siapa pun. 

Malam pertama kami pun adalah setelah sebulan kami bernikah, alasan dia belum bersedia, alasan penat tapi saya masih bersikap "denial" dan menganggap semua yang saya rasai itu adalah tidak benar, sehinggalah dia mendapat penyakit Hepatitis B dan warded. Sakitnya hati saya apabila dalam saya menjaga dia di ward, dia masih berSMS rindu-rindu dan sayang pada lelaki lain. 

Ya allah.. beratnya dugaan pada ketika tu, untuk pengetahuan abang Najmi, ayah dan pakcik dia ada history Hepatitis B bermakna dia merasakan, malah seluruh keluarga merasakan bahawa penyakit yang dihadapinya itu adalah keturunan, saya sahaja yang tidak berfikir begitu  sebab saya yakin dia dapat penyakit ini (Hepatitis B) sebab aktiviti songsang yang dia lakukan. Kami bergaduh besar tapi sebabkan dia bijak bermain dengan kata-kata dan bagi ayat kesian, saya jadi lemah, saya terima dia semula.

Saya terus buat pemeriksaan HPV dan result clean, alhamdulillah. Saya ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan dari jangkitan Hepatitis B. Selepas seketika hubungan kami pulih kembali seperti biasa dan saya masih lagi jumpa SMS-SMS dari phone dia dan waktu tulah dia mengaku yang dia seorang bisexual.

Luluh dan kecewanya saya waktu itu hanya Allah yang tahu. Waktu itu memang saya nekad. Untuk kali kedua dia tipu saya dalam masa tidak sampai setahun usia perkahwinan kami. Mak dan kakak saya mengetahui pasal hal ini namun, memberi ruang sepenuhnya untuk saya membuat keputusan. Mak sangat sabar mendengar dan saya tahu, mak saya kecewa dengan suami tetapi disebabkan janji-janji dia sudah berubah dan perlukan saya untuk tolong, maka saya memberikan dia peluang lagi, bodoh kan saya? ;(

Saya yakin Allah tidak akan beri dugaan kalau Dia tahu saya tidak mampu nak hadapi dan saya yakin bahawa Allah telah jodohkan saya dengan dia adalah untuk menolong dia kembali ke pangkal jalan. Dan untuk membantu dia buang segala sifat-sifat keji tu. 

Saya redha tetapi kali ini, saya bertindak bijak sedikit. Dia perlu menerima syarat sekiranya mahu saya menerima dia kembali. Dia mestilah berpindah ke KL dan kami harus duduk serumah, kalau tidak bagaimana saya hendak percaya dia kan.

Maka, sebumbunglah kami, hampir setahun jugak dari tarikh kami duduk serumah. Alhamdulillah hubungan antara kami getting better. Komunikasi saya dengan dia pun sudah ok. Saya tetap pantau phone dia, facebook dia, saya delete kawan-kawan dia yang saya rasakan boleh menjerumuskan dia semula. Tetapi tahap manalah saya dapat menolong kalau dia sendiri tidak mahu  mengubah diri sendiri kan.

Buat kali ketiga Allah tunjuk lagi, kali ini saya jumpa facebook chat dia, yang mana dia tewas juga dengan godaan gay-gay di luar sana.. :( Saya sangat-sangat kecewa dan mengambil keputusan untuk bercerai mungkin ini hikmahnya kami tidak dikurniakan zuriat lagi.

Kali ini mungkin umpama baru kena batu hempap keatas kepala dia, dia sedar kini, yang dia sayangkan saya, dia hendak berubah. Dan dia betul-betul pujuk saya. Sungguh saya sendiri tidak faham kenapa saya begitu lemah bila berdepan dengan dia. Saya kasihankan dia, saya sayangkan dia. Kalau ikutkan saya boleh hidup sendirian tanpa suami pun, sebab selama ini saya sendiri yang uruskan segala keperluan rumah. Saya tidak pernah berkira pun sebab saya tahu gaji dia tidak begitu tinggi apabila berpindah ke KL compare semasa di JB.

Saya diamkan sahaja apabila gaji dia habis digunakan untuk membayar hutang-hutang dia semua tetapi entah macam mana untuk kesekian kalinya, saya masih memberi dia last chance. Dan alhamdulillah hampir setahun kami bahagia juga.

Saya memahami naluri dia, saya cuba bersikap terbuka dan lebih kepada menjaga perasaan dia, tanpa memikirkan perasan dan naluri saya sebagai isteri.

Saya jumpa blog Najmi ini, sedikit demi sedikit saya mula faham tentang golongan-golongan sebegini yang memerlukan sokongan. Saya yakin suami saya akan betul-betul berubah maka kami telah membuat keputusan untuk ke hospital menjalani rawatan mendapatkan anak. 

Nak kata tidak mrncuba secara normal, faham-fahamlah  abang Najmi,  kami bersama pun 2 atau 3 kali sebulan sahaja. Tidak mengapalah bukan seks semata yang saya inginkan dalam perkahwinan ini. Saya diamkan juga walaupun dalam hati meronta-ronta hendak merasai nikmat kepuasan sebenar dalam perhubungan intim antara suami isteri, saya sendiri tidak tahu bagaimana nikmat tersebut.

Diblog inilah saya terbaca kisah Puan wanna B wise (klik disini), yang mana kisahnya sememangnya sangat-sangat menyamai dengan apa yang saya lalui sebagai isteri.

Berbalik kepada kisah di hospital, di sini procedure adalah suami isteri perlu buat blood test untuk check STD terlebih dulu dan kelmarin kami dipanggil doktor untuk mengambil result test tersebut. Saya sudah dapat rasakan ada sesuatu yang buruk berlaku sebab sepatutnya appointment kami dengan doktor dijadualkan selepas next cycle period saya. 

Satu lagi saya tertanya-tanya kenapa darah suami saya diambil sebanyak 2 kali, saya tidak dapat nak explain apa saya rasa ketika itu, bila mana doktor mengesahkan bahawa suami saya adalah Positive HIV. Ya Allah saya ingatkan dugaan paling hebat yang saya hadapi adalah hanyaa bersuamikan seorang suami yang bernaluri biseksual sahaja, tetapi….. ermmmmm umpama jatuh ditimpa tangga sudahlah suami biseksual dapat pulak virus HIV.

Puas sudah saya menangis, meratap nasib sendiri, menyesal sebab telah berkali-kali saya memberi dia peluang sedangkan pelbagai petunjuk Allah beri sebelum ini.. ;(  Tapi saya amat bersyukur, sebab doktor beritahu bahawa saya clean daripada dijangkiti kuman tersebut. Tetapi saya perlu membuat rapid test pada 6 bulan yang akan datang untuk pengesahan sekali lagi. Katanya ada window period :( 

Ya Allah.. dugaan apa lagi perlu saya tempuhi. Kecewa? bukan setakat kecewa dah, sudah sampai tidak ada ayat lagi yang saya boleh gambarkan tentang perasaan saya waktu ini. Saya teringatkan kisah Puan Wanna B wise itu, beruntungnya beliau kerana tidak dijangkiti apa-apa. Tidak ada HIV, suaminya berubah malah mempunyai anak-anak juga.

Dua minggu lepas memang saya ada beri link blog abang Najmi kepada suami saya, sebab memang rasa ada sesuatu yang saya sendiri tidak tahu nak perjelaskan sendiri kepadanya. Saya minta dia baca kisah Puan Wanna B wise itu, baca kisah-kisah tentang HIV, ketika itu tidak sangka pulak sememangnya ada virus HIV ini dalam darah dia.

Mungkin disebabkan Allah telah gerakkan hati saya untuk  membaca blog abg Najmi ni dulu sebelum saya berjumpa doktor, sebab itulah saya tak lah meraung macam orang gila. Menangis tetap menangis tetapi saya rasa saya agak tenang. Saya sudah pasrah, benda sudah pun berlaku, nak bercerai???? Ermmm entahlah umur pun sudah semakin meningkat. Kalau bercerai hidup sendirian pulak.

Bagaimana kalau saya jugak disahkan pembawa HIV pada ujian 6 bulan akan datang? (nauzubillah doakan saya clean). Saya sememangnya tidak tahu hendak buat apa lagi, saya serahkan segalanya pada Allah untuk tentukan segalanya dimasa depan.

Saya sekadar berkongsi cerita dengan abang Najmi, mana tahu boleh mendapat kekuatan, sokongan dan dorongan. Hahaha.. sekarang saya sudah boleh tersenyum tetapi setiap kali berdoa selepas solat, gerenti air mata jatuh bercucuran. Waktu malam sebelum tidur gerenti saya menangis dulu apabila terfikir tentang semua ini. So, sendiri tidak tahu betul ke saya pasrah atau redha wallahuallam.

Terima kasih kerana membaca kisah yang panjang ini ya, saya belek-belek blog abg Najmi saya tidak berjumpa pulak kisah seperti yang saya alami ini, ya kisah tentang isteri yang bersikap denial walaupun sudah tahu tentang naluri suami hahaha (atau saya yang tidak perasan ek?)

Usia perkahwinan kami baru nak masuk 3 tahun hujung tahun nie, sedih!!! Tidak layak ke saya nak perolehi kebahagiaan seperti orang lain yang ada suami yang normal dan mempunyai anak. Ermm…. Tidak ada jawapan untuk itu.

Tetapi apa yang saya tau, selagi terdaya saya akan simpan rahsia aib suami ini dari diketahui family saya yang lain dan dari pengetahuan kawan-kawan yang lain.  Selagi termampu saya akan still bersama-sama dengan dia, sama-sama bangkit untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Bak kata Puan wannaBwise, mungkin adalah dosa besar yang telah saya lakukan, sampai saya dapat dugaan sebegini hebat.

Saya harap saya clean dari dijangkiti HIV dan saya harap keputusan ujian darah suami untuk kali ketiga bulan depan memihak kepada kami, walaupun tipis peluangnya tetapi saya akan sentiasa berdoa.

Pesan saya untuk PLU di luar sana, untuk Gay or Bisexual di luar sana, tanyalah hati "uolls" itu terlebih dulu, adakah mempunyai nekad atau tidak untuk berubah. Sekiranya niat berkahwin hanya untuk menutup rasa malu dan temberang diri kerana bersifat songsang maka lupakan lah, tidak baik aniaya anak dara orang. Jika tetap mahu meneruskan perkahwinan anda kena berterus terang dengan bakal isteri dan buatlah pemeriksaan kesihatan sepenuhnya dulu sebelum berkahwin dan dari masa kesemasa.

Doakan yang terbaik buat saya ya. Saya tidak tahu apa dan bagaimana nak react apabila berdepan dengan suami, kadang-kadang marah, kesian, pilu, sedih, sayang entahlah.... tak tahu kisah saya ni dapat pengakhiran yang bagaimana nanti. Terima kasih.. :)


Lisa
30-3-2013



Salam Abang Najmi.

Terima kasih sudi membalas. Secara jujur, ya sememang asalnya saya salahkan suami saya sepenuhnya sebab saya kira saya telah dianiaya. Apa yang saya kongsikan adalah luahan rasa marah dan sakit hati kerana ditipu pada awaknya.

Tetapi setelah berfikir secara rasional dan berbalik kepada qada dan qadar saya terima segala apa yang telah pun berlaku, cuma kadangkala syaitan sememangnya suka hendak memporak perandakan perasaan saya haha. Itu yang kadang-kadang boleh buat saya rasa menyesal, marah, geram dan semualah.

Tetapi jauh di sudut hati, saya memang sayangkan suami saya, saya kasihkan dia dan saya cuba selami hati dia. 

Benar dia tidak minta di lahirkan begitu (punya naluri songsang) malah pastinya dia tidak minta berpenyakit sebegini. Saya setuju pendapat abg Najmi, naluri sebegini tidak boleh hilang tetapi boleh dikawal. Kadang-kadang saya sifatkan ini satu kegagalan bagi diri saya untuk membimbing suami, saya mula lalai dan alpa dan terikut pulak dengan kelalaian suami. Solat 5 waktu amatlah jarang-jarang penuh dan bila hati mulai hitam dengan dosa-dosa mulalah datang syaitan lagi menggoda.

Dengan ada pula pelbagai bentuk social network yang ada pastinya memudahkan lagi suami untuk berhubung dengan orang-orang ini. Sememangnya saya kesal sebab kalau betul nekad nak berubah dia sepatutnya terus kuat untuk buang rakan-rakan PLU yang lain yang boleh mempengaruhi dirinya. Mereka kebanyakannya dikalangan yang tidak mahu berubah, malah mereka yang mengajak dia untuk kembali terjerumus dalam aktiviti tersebut. Tapi apakan daya, kelemahan diri dan tipisnya iman di dadanya membuatkan masing-masing tewas.

Demi Allah, saya berdoa semoga saya terus sihat tanpa dijangkiti dan saya anggap ini dugaan yang Allah beri untuk saya mendapatkan pahala di akhirat kelak. Berkali-kali saya berfikir, kenapa saya masih memberinya peluang setelah berkali-kali saya ditipu. Tiada jawapan tetapi jika dilihat dari sudut positive, ya inilah hikmahnya sebab Allah maha mengetahui kemungkinan sayalah yang terbaik untuk menolong suami, mudah-mudahan.

Apa yang saya perlu sekarang ini adalah kekuatan dan ketabahan, saya jugak perlu ilmu dalam menangangi masalah ini dalam menghadapi situasi ini. Sungguh saya masih cuba berbincang cara paling lembut tanpa mengeluarkan kata-kata kesat dan berusaha supaya tidak mengecilkan hati suami (orang bisekual ni sensitif sangat!! hehe).

Tapi saya juga insan biasa yang lemah yang kadangkala merengus meratapi nasib dan kadangkala merajuk tatkala diri tidak dilayan seperti yang dikehendaki. Dan yang pasti bila saya merajuk saya sendiri yang kena pujuk kembali diri sendiri ini haha.

Perasaan takut dijangkiti tu sangat tebal sampai saya sendiri rasa peluang untuk dapat anak itu tipis, saya lupakan hasrat itu terus buat masa ini dan lebih kepada hendak mencari jalan untuk saya terus clean dari penyakit ini, dan mencari jalan bagaimana nak tolong suami, baik dari segi sokongan moral, wang atau apa saja. Mungkin kalau diizinkan Allah dan sekiranya kami memang boleh jadi ibu ayah yang baik, mudah-mudahan kami dapat zuriat sendiri dengan pemantauan dari pakar atau mungkin kami mengambil anak angkat sahaja.

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, benda dah pun terjadi tidak guna saya nak pertikaikan kenapa dan bagaimana. Tetapi kadang-kadang tulah, memang gatal mulut ni masih nak juga tanya suami tapi dengan nada cukup rendah lah.. haha.. tapi tak dapat jawapan pun.. kesian suami saya tidak tahu apa jawapan yang dapat diberi lagi bagi memuaskan hati saya dengan pertanyaan-pertanyaan haha.

Saya yakin Allah turunkan musibat ini sebab nak kami dekatkan diri kepadaNya supaya kami tidak terus lalai, beringat bahawa dunia ini hanya sementara dan supaya kami ingat tentang kematian dan bersedia menghadapinya. Wallahuallam..

Saya izinkan abg najmi berkongsi kisah kami ini dan ya sememangnya kami perlukan sokongan dan kenalan untuk kami bertukar pendapat dan mencari ilmu.

Yang penting sekarang saya sedang cuba menerima takdir ini dengan redha saya sedang berusaha untuk pulihkan emosi diri saya. Sedang cuba menerima hakikat ini dengan tabah. Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasai dan doakan saya berjaya. Berjaya untuk terus tabah dan kuat hadapi semua ini dan berjaya untuk bawa suami sama-sama mendekatkan diri kejalan Allah, berjaya untuk saya jaga suami sampai hujung nyawa.

Saya sayangkan dan cintakan dia kerana Allah SWT. Terima kasih.


Lisa

p/s bercakap macam senang aje saya yang terima semua ni kan, tapi hakikatnya susah sebenarnya sob..sob. insyaallah saya akan cuba yang terbaik.




Boleh hubungi,


Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa


Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan saudara Lisa dan suami dengan rakan-rakan senasib yang lain.


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)