Tuesday, 23 April 2013

HONEY SYAK DIRINYA HIV POSITIF, MASIH TETAP TAKUT UNTUK JALANI UJIAN HIV


Assalamualaikum,

Semoga sihatlah hendaknya, abang Najmi sihat ke? ye, sebelum tu lupa nak memperkenalkan diri, saya Honey (bukan nama sebenar) dari Kuala Lumpur, sekarang abang Najmi menetap di mana? 

Untuk makluman, sejak beberapa hari ni saya jadi pembaca tetap blog abang, tak kira waktu dan tempat memang saya baca tidak kisahlah kawan-kawan nak cop saya sebagai pencinta blog sekalipun.

Yang mana pada halnya saya agak risau dan dalam dilema tentang status kesihatan saya sekarang ini. Sedikit sebanyak blog abang ni membantu saya untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti berisiko yang selalu saya buat dalam tempoh jangka masa 2-3 tahun kebelakangan ini. 

Sedikit sebanyak tentang hidup saya.dalam jangka masa 2-3 tahun ini. Secara sengaja atau tidak,saya tak pasti, mungkin kerana desakan wang, saya secara tidak langsung terjebak dalam kegiatan seks rambang (dengan kata lain melacur) dan saya aktif melakukan pada tahun lepas, oleh kerana masih mencari pekerjaan ketika itu dan dalam masa tersebut banyak risiko tinggi yang saya hadapi kerana melakukan tanpa sebarang perlindungan (kondom-kadang-kadang guna, kadang-kadang tidak) dan melakukan dengan pelbagai bangsa, semua bangsa pun saya on 1malaysia sangat (melayu,india,cina dan lain2). 

Secara anggaran sehingga tahun 2013 ni dah lebih dari 100 orang yang pernah saya layan dalam kegiatan seks bebas ini. 

Dan, seminggu yang lepas sebelum tidur, entah kenapa jari di handphone ini gatal untuk men 'google' tentang faktor HIV, and the first blog I visit dan banyak yang saya baca disitu semalaman. Pada masa yang sama, kerisauan dihati saya mula menerjah dibenak fikiran, terus saya mengimbau kembali kegiatan yang telah saya lakukan sebelum ini dan disebabkan perkara tersebut, keesokkan harinya iaitu pada hari isnin, saya ponteng kerja, akibat bimbang dan terlalu memikirkan mengenainya (HIV).

Sehubungan itu saya telah ke klinik berdekatan untuk ambil MC dan tergerak dihati untuk membuat ujian HIV. Tetapi saya menjadi takut dan risau, saya ke klinik sebenarnya hanya untuk ambil MC sahaja sebab tidak pegi kerje yang sebenarnya saya tak adalah sakit, sakit yang saya tipu aje kat doktor tu. Saya cakap sakit leher (padahal tak sakit pun) alasan utama nak dapatkan MC.

Selepas tu sebab takut saya tak jadi nak buat ujian Hiv test dan kawan saya cakap nanti kita pergi kat HKL sama-sama untuk buat test. Macam mana sekiranya kami berdua pegi test tetapi kawan saya negative and saya sebaliknya?? Macam mana ya, saya terdiam seketika dan saya berkira-kira untuk jalani ujian HIV senyap-senyap nanti (bila dah cukup bersedia). 

Sejak mula membaca blog abang Najmi ni, memang saya takut sangat-sangat sehinggakan ada yang cuba 'approach' saya, saya katakan 'Hishhh..aku tak nak lah..ko ada hiv' (pada hal saya sendiri tak tahu saya hiv positif atau tidak). 

Tiba-tiba saya lebih menghargai hidup ini seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini bila tiba sahaja hari minggu saya sudah tidak sabar-sabar untuk ke lorong berdekatan jalan-jalan XXXXX dan Jalan XXXX dekat sini (hampir dengan tempat tinggal saya) dan sekarang ini betul saya katakan saya takut. Saya takut dengan sesiapa saja yang ingin......(lakukan aktiviti seks) 

ATAU mungkin saya ini memang sudah kena HIV dan sehingga saya takut untuk meneruskan kegiatan tersebut. Adakah ini salah satu hikmah yang diberikan (oleh Allah) kepada saya untuk menyedarkan saya? Saya tidak ada kekuatan untuk membuat ujian darah mungkin tempoh menunggu keputusan akan membuatkan saya lebih risau dan akan berada dalam dilema, apatah lagi sekiranya keputusannya tersebut merupakan keputusan seperti yang telah saya jangkakan (HIV Positif)??

Untuk makluman,saya tidak mudah untuk mendapatkan sakit, demam pun dalam setahun 3 kali sahaja mungkin. Tetapi kalau saya demam, ianya akan berlanjutan kira 2-3 minggu, contoh mula-mula saya dijangkiti selsema, kemudian diikuti demam dan hidung yang sangat tidak selesa. Selepas itu saya mengalami batuk, masa datang batuk tu, selalunya demam sudah tidak ada, hanya batuk dan sakit tekak sahaja.

Itu yang saya alami jika saya demam sejak 2010 lalu dan tidak sampai 5 kali kot saya alami demam. Tetapi kalau dah demam lambat sikit nak sembuh, itu yang agak saya risaukan.

Info mengenai HIV, selalunya orang yang ada HIV ni akan nampak sihat-sihat saja seperti keadaan saya. Dihari biasa or weekdays saya bekerja di XXXXXX dan memang kerja bercakap sahaja seharian, mungkin sebab itu saya selalu sakit tekak kut. 

Ya Allah..saya tidak ada kekuatan untuk menjalani ujian darah (Test HIV) dan pada jangkaan saya, peratusan untuk saya ada HIV mungkin 80 peratus. 

Salam,
HONEY 



WSalam Honey 

Saya sudah ada beri pandangan saya didalam ruang komen di dalam entri yang Honey komen tu kan, tapi tak mengapa saya jawab sekali lagi disini, pada saya aktiviti berisiko yang Honey lakukan sebelum ini telah berlalu, kita tak boleh nak buat apa dah. Sekarang masanya untuk Honey memandang ke depan, rasa takut untuk kembali melakukan aktiviti berisiko itu pada pandangan saya sangat baik, bila sudah ada rasa bimbang takut maka Honey ada kekuatan untuk berubah. 

Buat masa ini tak mengapa takut (nak berubah) sebab HIV, lama kelama bila Honey semakin jauh meninggalkan aktiviti berisiko itu, ketakutan akan berubah kepada takutkan balasan dari Alah SWT. Pada saya kesedaran kebimbangan Honey takut dijangkiti HIV juga mungkin rahmat yang diturunkan oleh Allah yang mahukan Honey sedar tentang kesilapan perbuataan lalu.

Alhamdulillah bila Allah "kuit" Honey maka Honey tersedar, itu sesuatu yang sangat baik. Saya pasti Allah sangat menyayangi setiap manusia, maka Allah pasti akan "kuit" setiap insan jika mereka sudah terpesong melakukan pekara-pekara mungkar, tetapi tidak semua insan yang akan sedar, malah ada ramai yang berterusan melakukan kezaliman pada tubuh badan sendiri walaupun berkali-kali Allah menegur mereka.

Honey sangat beruntung kerana telah ada sedikit kesedaran tentang keburukan perbuatan lalu maka Honey sepatutnya bersyukur, nasihat saya cuba kawal diri dari terus terlibat dengan aktiviti tersebut (walaupun maybe agak sukar pada permulaan). 

Blog saya ini bukan semata-mata berkaitan tentang HIV/AIDS sahaja, inilah yang saya maksudkan agar ada pembaca jika terserempak membaca blog saya ini akan mendapat pengajaran atau timbul sedikit rasa takut, insaf bila membaca pengalaman rakan-rakan lain yang telah berkongsi kisah mereka, gerun melihat photo-photo berkaitan penyakit kelamin misalnya, malah pembaca akan semakin bijak bila membaca info-info tentang HIV/AIDS dan tahu menghargai diri apabila  pembaca faham maksud sebab wujudnya blog ini. 

Nasihat saya, walau bimbang macam mana sekali pun, Honey perlu melakukan ujian pengesahan HIV. Honey juga tahu sekiranya benar Honey seorang positif HIV lambat laun Honey akan jatuh sakit akibat AIDS. Adalah lebih baik tahu tentang status diri kita daripada kita tidak tahu. Jika positif maka kita boleh menerima rawatan lebih awal. Jika negatif hidup kita tidak lah risau memanjang kan. 

Walau apa sekali pun keputusan yang bakal Honey terima selepas ujian HIV nanti (insyaallah itu pun jika Honey jalani ujian), nasihat saya aktiviti berisiko yang lalu perlulah Honey kurangkan dan dihentikan lah kalau boleh. Kalaulah result ujian itu nanti negatif HIV Honey anggaplah segala kerisauan yang Honey alami sebelum ini merupakan satu teguran dari Allah SWT buat peringatan Honey yang mana Dia mahu Honey mengubah haluan hidup kejalan yang lurus.

Adalah normal bagi kebanyakan orang yang tahu diri mereka berisiko mendapat HIV (kerana terlibat dalam aktiviti berisiko) akan berasa takut untuk menjalani ujian pengesahan HIV, insyaallah abang doakan Honey bebas HIV ok…Yang penting Honey kena buat ujian tu, ambil masa tidak mengapa tetapi jangan terlalu lambat ya....


Kisah kerisauan Honey untuk menjalani ujian HIV sama seperti yang dialami oleh seorang remaja dalam entri "GELISAH REMAJA BISEKUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV"


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)