Friday, 8 March 2013

DAIMI DAINIAL - GURU GAY HIV POSITIF, UGUT LIWAT SEBARKAN HIV KEPADA RAKAN SAYA

Saya menerima email ini pada hari khamis 7-3-2013, pengirim email yang dikenali sebagai Daimi Dainial berusia 18 tahun dan sedang menunggu "result" SPM, bercerita kisah sedih yang berlaku keatas rakan karibnya yang telah diugut, dipaksa melakukan hubungan sejenis oleh seorang guru lelaki disekolahnya sehingga disahkan positif HIV. 
Kejadian berlaku pada tahun lalu. Bayangkan apabila peristiwa seumpama ini berlaku (menerima ugutan dari seorang yang kita hormati takuti seperti seorang guru) tidak ramai terutama dikalangan remaja, murid sekolah yang mampu untuk memberitahu hal sebenar kepada ibu bapa apatah lagi membuat "report police". 
Mereka hanya mampu memendam rasa dan berdiam diri, malah dalam kisah benar ini mangsa hanya bercerita kepada rakan karibnya hanya setelah dipaksa sebaik disahkan positif HIV, saya percaya sekiranya mangsa masih bebas HIV kemungkinan rahsia beliau diliwat, diugut guru itu akan terus menjadi rahsianya sehingga akhir hayat.

Ya, membuat lapuran itu adalah yang terbaik, tetapi kebiasanya mangsa akan berfikir bimbang tentang berbagai masaalah yang mungkin akan timbul sekiranya masyarakat sekeliling tahu tentang kejadian aib yang berlaku keatas diri mereka.


Salam Naj Mi, 
Sebenarnya saya menjadi pengikut blog abang sekian lama. Banyak paparan kisah duka yang abang catatkan dalam blog ni. Saya menangis apabila membaca kisah Adik MS (klik disini) yang telah kembali ke rahmatullah pada usia yang cukup muda.
Tatkala saya sedang menulis email ini, saya mendapat kekuatan daripada Allah Yang Maha Esa. Malah, mata ini tidak mampu untuk menahan air mata mengalir di pipi kerana adakalanya saya masih teringat gurau senda dan senyuman manis sahabat karib saya
Umar (bukan nama sebenar), sahabat dunia akhirat saya yang sukar diganti. Sejak kecil lagi kami banyak membesar bersama-sama kerana ayahnya juga rakan kongsi ayah saya.  Saya dan Umar satu sekolah di Kuala Lumpur. Saya terkilan kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama-samanya tahun lalu. Malah Umar juga tidak bersempatan menduduki SPM 2012. 

Terkilan kerana kami  telah berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga salah seorang daripada kami dapat menjadi doktor. Saya cuba memenuhi hajat terakhirnya dengan harapan mendapat keputusan SPM cemerlang yang akan diumumkan pada bulan ini.


Imbas kembali, 

Pada tahun lalu (2012), pertengahan bulan mei, Umar mengalami demam dan batuk yang berpanjangan serta tangannya berbintik-bintik merah (10 Simptom HIV Yang Anda Harus Awasi). Saya mengesyorkan agar beliau membuat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta. Saya temani beliau sepanjang hari ketika pemeriksaan tersebut. Doktor menyarankan agar beliau membuat pemeriksaan ujian darah bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Doktor memberi ubat demam dan batuk  serta membuat suntikan antibiotik .   
Selepas 2 minggu berikutnya, keputusan darah menyatakan Umar telah menghidap HIV walaupun masih di peringkat premier. Saya terkejut "beruk" apabila mendengar berita tersebut. Umar merayu kepada saya supaya merahsiakan hal tersebut. 
Setelah didesak beberapa kali oleh saya yang ingin tahu dari mana datangnya HIV tersebut, akhirnya Umar menceritakan yang beliau telah menjalinkan hubungan sejenis dengan seorang guru di sekolah yang sama pada bulan Februari (2012).


Kisah bermula.... 

Hubungan terlarang itu bermula apabila beliau telah  ditangkap oleh guru tersebut yang sedang bertugas pada minggu itu, semasa Umar sedang merokok di belakang bangunan sekolah. Umar menceritakan yang dia dalam keadaan dilema kerana diberi pilihan samada hendak mengikut sebarang denda daripada guru itu atau guru itu akan melaporkan hal tersebut kepada pengetua dan seterusnya boleh digantung sekolah selama berminggu-minggunya. 
Dalam terpaksa Umar memilih untuk menerima sebarang denda daripada guru tersebut kerana tidak mahu nama baiknya di sekolah sebagai "Pelajar Harapan" tercemar. Guru terbabit menyuruhnya datang ke rumah pada malam hari kejadian. Tidak sangka, Umar dipaksa melakukan aksi kepadanya, seandainya ingin melepaskan diri daripada di gantung sekolah.
Selepas kejadian tersebut, Umar menyatakan yang beliau berasa sangat keji terhadap dirinya sendiri. Keesokan harinya semasa hari persekolahan, guru tersebut sekali lagi menyuruh beliau datang ke rumahnya tanpa sebarang sebab. Disangkakan  hal yang berlalu akan pergi begitu sahaja, rupanya tidak. Guru keji itu menayangkan semula pita rakaman aksi kepada Umar ketika bersamanya. Malah Umar menerima ugutan sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan satu sekolah, guru itu telah memaksa lagi Umar untuk melakukan aksi seterusnya dan melakukannya berulang kali, mereka bersama-sama terlanjur dalam bulan tersebut.
Saya juga tidak menyangka betapa rapuhnya iman Umar pada ketika itu atau mungkin beliau sendiri yang merelakan aksi terkutuk itu selepas berulang kali bersama dengan guru keji itu?  

Pada musim cuti sekolah, guru keji itu telah pun berpindah ke sekolah yang lain di negeri utara semenanjung. Betapa kejamnya seorang guru yang memegang jawatan sebagai pendidik sanggup menyebarkan kumannya pada anak muridnya. Pada pandangan saya, guru tersebut mungkin tidak tahu bahawa beliau adalah seorang pembawa HIV selama ini. Saya tidak dapat mengesan kisah silam guru tersebut sehingga menjadikan dirinya pembawa HIV.

Al Fatihah 

Allah itu Maha Kaya, beberapa minggu selepas Umar disahkan HIV, beliau telah pun menghembuskan nafas terakhir apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hendak menjemput saya di rumah untuk ke kelas tuition. 
Saya yang lebih faham  apa itu HIV, tidak pernah sama sekali saya meminggirkannya sebagai seorang sahabat malah saya berkawan dengannya seperti biasa dan seperti menganggap tiada apa yang berlaku. Umar bertuah kerana tidak mengalami ujian hidup seperti mana ujian yang dialami oleh pesakit HIV yang lain.
Semasa dalam proses mengebumian arwah, saya telah beritahu hal sebenar kepada doktor yang bertugas untuk tidak menyatakan penyakit HIV Umar kepada ahli keluarganya yang lain. Sememangnya ahli keluarga arwah langsung tidak tahu akan hal tersebut. Saya mendoakan agar sahabat saya Umar ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Thanks abang Naj Mi,
Semoga allah memberi hidayah dan kekuatan kepada abang untuk meneruskan kehidupan ini. Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk memenuhi impian sahabat saya.

p/s : bukan niat saya hendak memalukan mana-mana pihak terutama guru. Inilah hakikat dunia sebenar.


Daimi Dainial 




Abang, 

Sedih saya masih lagi terasa kerana saya dan arwah bersahabat dari kecil lagi. Saya dan arwah banyak membesar bersama-sama, memang sukar untuk mencari pengganti sebaik dan sejujur arwah. Abang boleh sharekan benda ini semua untuk kebaikan bersama tetapi lebih baik nama arwah diganti dengan nama yang lain. Abang doakan saya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang bagi menguatkan lagi dorongan untuk saya mengecapi impian arwah. 

Terima kasih

Daimi Dainial 




*UPDATE - EMAIL TERBARU DARI DAIMI DAINIAL


Assalamualaikum abang Najmi.

Alhamdulillah keputusan SPM 2012 saya sangat membuatkan saya senyum sampai ke telinga kerana saya dapat mengotakan janji saya pada arwah Umar. Syukur sangat apabila saya dapat 13A+. inshyaallah saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang medik perubatan sebagai doktor pakar. Abg najmi doakan kejayaan saya. 


Terima kasih syukran jazilla


Daimi Dainial

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)