Monday, 18 February 2013

INSURANS DAN PINJAMAN PERIBADI PLHIV

Insurance for HIV (Prudential BSN) Takaful, Pinjaman Peribadi Bank dari Syarikat Kewangan milik kerajaan dan Kakitangan kerajaan dari MOH

Ini adalah penerangan sahih dari agent insurans berkaitan HIV dan AIDS, yang saya perolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.


1. AIDS disebabkan pertukaran darah
Sekiranya orang yang dilindungi Insuran dijangkiti virus HIV dan Aids itu

a) Dijangkiti melalui pertukaran darah dan melalui rawatan tersebut di Malaysia atau Singapura selepas tarikh memulakan sijil insuran

b) Orang yang dilindungi Insuran bukan seorang yang Haemophiliac (Hemofilia adalah gangguan pendarahan sepanjang hayat yang menghalang darah daripada membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembekuan. Ini mengakibatkan pendarahan berpanjangan, justeru kecederaan kecil atau luka biasa boleh membawa kesan buruk serta membahayakan seseorang yang menghidap hemofilia, apatah lagi jika berlaku pendarahan dalaman.)

dan

c) Orang yang dilindungi bukan dari mereka dalam kumpulan berisiko dan bukan hanya terhad kepada kumpulan homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks sahaja contohnya lesbian, biseksual dan etc.


Syarikat Insuran memerlukan bukti jangkiti yang mereka perolehi melalui pertukaran darah dari Jabatan Kesihatan yang bertauliah dan orang yang dilindungi Insuran dijangkiti melalui prosedur kesihatan

Nasihat kepada PLHIV – sebaiknya anda meneliti Jenis Insuran yang anda ambil (Life Insurance, Medical Insurance, Medical and Investment Insurance, Education Insurance) Pastikan apa Polisi Insuran anda dan pastikan juga jangkitan anda dari mana, sila berjumpa dengan syarikat insuran sekiranya anda dapat buktikan dengan doctor bertauliah bahawa anda dijangkiti melalui prosedur kesihatan. 

Selain dari Medical Insurance, Insuran yang bersama pelaburan dan lain-lain, anda boleh berbincang dengan syarikat insurans bagi menamatkan insurans dan mendapat wang bahagian pelaburan anda.


2. Full Blown Aids
Orang yang dilindungi mesti ada bilangan CD4 yang kurang dari 200 dan memenuhi criteria berikut:-

a) Kehilangan 10% dari berat badan bagi orang yang dilindungi oleh insuran selepas 6 bulan atau kurang (syndrome kehilangan berat badan) 

b) Menderita akibat Kaposi Sarcoma

c) Mengidap Pneumocystic Carinii Pneumonia

d) Mengidap Progresif Multifocal Leukoencephalopathy

e) Mengidap Aktif Tuberculosis

f)  Mempunyai kurang dari 100 Lymphocytes

g) Mengidap malignant Lymphoma

Sekira anda (orang yang dilindungi Insuran) membuat tuntutan (kecuali untuk pembayar, Isteri pembayar dan Ibubapa pembayar) syarikat akan membayar 50% daripada faedah (sehingga kepada Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000) atas salah satu nyawa (life) dibawah ini atas semua pembayaran yang telah dibuat untuk penyakit di atas. 

Syarikat akan membayar semua pembayaran diatas kematian orang yang dilindungi insuran, keseluruhan kecacatan dan keupayaan atau cacat kekal yang dialami, ataupun diagnosis penyakit kritikal lain yang mana satu berlaku lebih dahulu


3. Pinjaman peribadi.
Untuk makluman tuan dan puan, pinjaman peribadi, pinjaman pembelian rumah dan kereta, PLHIV boleh memohon tanpa memberitahu taraf kesihatan anda. Sekiranya berlaku kematian semuanya akan ditanggung oleh insuran bagi pinjaman yang telah anda buat.


4. Kakitangan Kerajaan
Anda boleh membuat pinjaman untuk rumah, kereta dan peribadi (pinjaman ini tidak perlukan pemeriksaan kesihatan) seperti biasa dan sekiranya ingin mendapatkan atau memulakan rawatan cuba berjumpa dengan kakitangan MAC, NGO  dan yang berkaitan, membuat perbincangan serta mengambil kira pendapat bersama serta mencari solusi pakar kerajaan yang terbaik bagi menjaga rahsia dan privasi kerana paling penting adalah rawatan yang baik. Pilih pakar kerajaan yang terbaik dan berhemah.

Nasihat peribadi saya (dari sumber-sumber yang boleh dipercayai), perbincangan bersama MAC membantu anda mendapatkan contact pakar yang telah terbukti hemah dan peribadinya, mendapatkan sokongan sekiranya anda didiskriminasi oleh pihak atasan atau golongan atasan.




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)