Thursday, 14 February 2013

10 SIMPTOM HIV YANG ANDA HARUS AWASI

Satu atau dua bulan selepas HIV memasuki tubuh, 40 hingga 90 peratus ODHA (PLHIV) akan mengalami gejala seperti flu, yang dikenali sebagai sindrom retroviral akut. Tetapi, gejala HIV kadang-kadang tidak muncul selama beberapa tahun atau bahkan satu dekad selepas dijangkiti. Ini adalah sepuluh gejala HIV yang harus anda waspadai, seperti yang tersiar didalam Health.com.


1. Demam ringan (sekitar 39 darjah Celcius) 
Anda sering mengalami demam ringan yang disertai dengan gejala, seperti keletihan, pembengkakan kelenjar getah bening (nodus limfa), dan sakit tekak.

2. Keletihan 
Respon inflamasi yang dihasilkan oleh sistem kekebalan tubuh boleh menyebabkan anda berasa lemah dan lesu. Keletihan boleh menjadi tanda awal dari HIV.

3. Sakit pada sendi, otot, dan kelenjar getah bening (nodus limfa) 
Kelenjar getah bening (nodus limfa) merupakan sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh dan dapat meradang apabila berlaku jangkitan. Kelenjar ini biasanya berada di pangkal paha, leher, dan ketiak.

4. Sakit tekak dan kepala 
Sakit tekak dan kepala menjadi gejala awal yang dirasakan oleh orang yang dijangkiti HIV. Meski begitu, tidak semua orang mengalami gejala tersebut.

5. Ruam kulit 
Ruam kulit boleh muncul pada awal atau akhir jangkitan HIV / AIDS. Gejala awal kelihatan seperti bisul atau ruam di beberapa bahagian badan.

6. Mual, muntah, cirit birit 
30% hingga 60% orang yang dijangkiti mengalami mual, muntah, atau cirit-birit pada gejala awal HIV.

7. Penurunan berat badan 
Penurunan berat badan boleh menjadi tanda jangkitan telah meningkat atau akibat cirit birit. ODHA tetap akan kehilangan berat badan secara drastik walaupun banyak makan.

8. Batuk kering 
Batuk kering adalah tanda awal daripada gejala HIV. Ini boleh berlangsung selama setahun dan menjadi semakin parah.

9. Berpeluh di malam hari 
Sebahagian orang sering kali berpeluh di malam hari selama tahap awal jangkitan HIV.

10. Perubahan kuku 
Tanda lain dari jangkitan HIV adalah perubahan kuku, seperti perubahan warna atau penebalan. Hal ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat. Pesakit dengan sistem kekebalan tubuh yang menurun akan lebih terdedah kepada jangkitan kulat. 


HIV/AIDS mudah disebarkan melalui penggunaan jarum suntikan bekas dan seks bebas. Selain itu, pemindahan darah juga berisiko menularkan virus mematikan tersebut. 


16 Signs You May Have HIV (Klik Disini)



UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA SEMUA, 

SEBAIKNYA ELAK DARIPADA TINGGALKAN KOMEN PERTANYAAN DIDALAM ENTRI YANG DAH ADA BERATUS-RATUS KOMEN SEPERTI DIDALAM ENTRI INI "10 SIMPTOM HIV YANG HARUS ANDA AWASI" ATAU DALAM ENTRI "TANDA-TANDA ANDA DIJANGKITI HIV"

BUKAN APA SUSAH ABANG NAK LOADING (LOAD MORE.....) KOMEN SEHINGGA SAMPAI KE KOMEN YANG TERAKHIR NI, TRY TINGGALKAN KOMEN PERTANYAAN DI MANA-MANA DALAM ENTRI YANG KURANG ADA KOMEN, SENANG NAK CARI KOMEN TU NANTI DAN INSYAALLAH SENANG NAK JAWAB....-NAJMI


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)