Friday, 25 January 2013

ZAM - REMAJA 18 TAHUN HIV POSITIF SEJAK DITINGKATAN TIGA

Pada 28 Disember 2012 yang lalu saya menerima email dari seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Ayu, (bukan nama sebenar), remaja yang sangat perihatin tentang masaalah kesihatan teman lelakinya Zam, (bukan nama sebenar). Zam telah dijangkiti virus HIV sejak tahun 2007 ketika dia ditingkatan tiga. 

Dalam usia remaja, mereka berdua terpaksa merahsiakan status HIV Zam daripada pengetahuan sesiapa pun termasuk ibu bapa Zam sendiri. Hanya mereka berdua yang terpaksa memikul tanggungjawab masaalah tersebut hingga kini. Ayu meluahkan rasa hati dan bertanya berbagai soalan yang perlu saya jawab dan sudah pun saya jawab melalui balasan email saya kepadanya.

Disini saya ingin berkongsi luahan keresahan Ayu melalui beberapa kiriman email yang telah dikirimkannya kepada saya.




Assalamualaikum.. 

Boleh saya tanya, adakah awak HIV positif? Maaf andainya pertanyaan ini agak sensitive

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak, sahabat saya (yang sekarang ni sudah menjadi teman lelaki) pun menghidapi HIV positif sejak 2007 lagi, Setiap bulan disember, dia mengalami ketakutan luar biasa sehingga badannya menggigil ketakutan kerana teringat dosa lampau. Saya bersimpati terhadap dia dan berharap sangat agar saya dapat menjaga dia sampai dia sudah tiada tetapi dia berkeras mahu berpisah dengan saya kerana khuatir saya akan dijangkiti dengan virus ini.

Saya sayang dia sangat-sangat, dia jadi tak keruan sejak ramai kawan dia dari bandar J membocorkan rahsia penyakitnya itu. Dia berpindah ke bandar MJ kerana insiden memalukan itu. Apa yang buat saya kagum dengan dia, yang penyakit dia langsung tidak diketahui oleh ahli keluarga dia, jadi maknanya hanya saya seorang sahaja yang tahu dia ada HIV+ 

Dia seorang perahsia, terutama sekali dengan ahli keluarganya. dia sering mengadu kesihatannya kepada saya dan kerap juga saya menemani dia ke mana-mana sahaja (persis seorang queen control). 

Saban hari, kesihatannya semakin teruk, dia kerap batuk berdarah adakalanya dia cepat demam bila terkena air hujan. walaupun sudah makan ubat, dia masih lagi demam, saya terlalu bimbang sehingga sanggup menjaga dia betul-betul seandainya dia mahu keluar rumah. 

Sedih saya tengok penderitaan dia kalau boleh, saya mahu beritahu rahsia dia ni kepada ahli keluarga dia. Bagi awak, perlukah saya berbuat demikian? Saya keliru sangat-sangat kalau saya beritahu pada keluarga dia, takut diorang pulaukan dia kalau saya tak beritahu, terasa seperti tak adil, apa perlu saya buat?  



Abang, 

Dia sebaya dengan saya, iaitu 18 tahun. 

Dia pernah menerima rawatan tetapi ketika dia ditingkatan 3. Waktu itu dia ditahan wad akibat asma dan pada waktu itulah dia disahkan HIV+. Dia pernah cerita pada saya yang doktor itu menganggarkan bahawa dia hanya dapat hidup 20 tahun lagi untuk hidup dan jika dihitung, dia masih ada 14 tahun lagi.

Saya selalu marah dia bila dia sering menyebut tentang kematian, benci sungguh. Soal ubat, dia sendiri tak tahu dia ambil ubat apa kerana abang dia buang semua ubat dia kecuali satu ubat yang dianggap amat penting. Tetapi sudah 2 tahun dia tidak makan jadi dia buang aje ubat tu (sengal betul dia tu, kan?). Dia ambil ubat itu melalui hospital biasa.

Dia marah saya bila saya pasang hasrat untuk beritahu keluarga dia, seboleh-boleh dia tak bagi dan mahu rahsia ini simpan sampai bila-bila. Agak payah nak pujuk dia ke hospital, dia keras kepala. Pernah sekali ketika dia mengalami kesakitan di masjid, saya berkeras mahu bawa dia ke hospital tetapi dia masih juga tidak mahu ke sana, katanya, dia fobia. Geram tengok sikap degil dia.. (><)

Saya dan dia sekarang berada di bandar MJ. Pada 5 Januari 2013 nanti dia akan ke bandar M, untuk melanjutkan pelajarannya, minggu ini, dia cakap dia tak batuk berdarah lagi (tak tahulah sama ada dia menipu ke tak). Saya paksa dia macam-macam. Saya paksa dia makan banyak-banyak dan alhamdulillah dia semakin sihat cuma adakalanya mengalami sakit dada melampau.

Pandai betul dia, ketika buat x-ray dada selasa lalu, dia sorokkan x-ray dia daripada saya, nak aje belasah dia kat pusat perubatan itu juga haha.. Tak apa ke jika saya luahkan semuanya pada awak? Sebenarnya saya buntu dan tak tahu macam mana lagi nak suruh dia ke hospital, dia degil sangat-sangat. Nak aje ketuk kepala dia sampai pengsan dan terus telefon ambulans, sekelip mata aje masuk hospital (cara paling senang) haha!!  -maaf kalau ayat saya ni merapu..hehe- 



Abang, 

Urmm...saya bimbang kalau-kalau saya suruh dia berhubung dengan abang, dia tuduh saya membuka rahsia dia pula, saya dah janji dengan dia jangan beritahu sesiapa. Kalau saya beri abang email dia tapi abang jangan beritahu saya yang beri, boleh tak? Saya takut sikit kalau dia marah-marah ni, memang ambil masa yang lama untuk pujuk dia..



Abang,

Saya sudah beri link blog abang pada dia, dia membaca hampir keseluruhan blog abang. dia menggigil, ketakutannya terhadap virus tu memang susah nak hilang. Dia hampir menitiskan air mata bila terbaca entri perkahwinan. Sekarang, dia masih ragu-ragu sama ada nak teruskan perhubungan dengan saya ataupun bersendirian.

Setelah membaca blog abang, alhamdulillah dia mulai sedar, dia sudah bersedia untuk pergi membuat pemeriksaan, syukur alhamdulillah, memang selama ini impian saya nak dia buat pemeriksaan dia mahu saya bertanya kepada abang tentang ubat HAART, dia tanya di manakah abang mendapat ubat itu dan ke hospital mana untuk membuat pemeriksaan.

Satu perkara yang buat saya geram dengan dia, bila dia terlalu risau tentang pandangan masyarakat. Dia seboleh-bolehnya mahu saya tinggalkan dia kerana bimbang masyarakat akan pandang sinis terhadap saya kerana menjaga PHIV seperti dia. Dia memang takutkan pandangan masyarakat terhadap virus ni. Apa-apapun, boleh abang beritahu saya di hospital mana abang buat pemeriksaan? ubat HAART tu mahal tak? 


Abang, 

Saya dah berbincang dengan dia, dia cakap dia akan pilih hospital di bandar M Urmmmm..saya tak berapa reti nak keluar negeri ni, abang ada kenalan di sana tak? takut nanti kami termasuk hospital swasta pulak..haha!! Dia ucapkan berbanyak terima kasih kepada abang, agak happy bila tengok dia bersemangat nak teruskan hidup..^^ 


Abang, 

Okey-okey, saya cuba check kat google maps (lokasi hosiptal di bandar M) nanti. Dulu pernah pergi ke hospital disana tetapi terlupa jalan-jalannya. Saya takut sekarang dia memang bersemangat nak buat pemeriksaan tapi bila dah sampai ke hospital, dia tukar fikiran pula.

Urmm...dia akan sambung belajar pada 5 Januari 2013 nanti...setelah berbincang semalam, dia cadang nak ke hospital M pada akhir bulan Mac nanti sebab waktu tu dia cuti semester dan saya pula cuti sekolah. Urmmmm...agak-agak lama tak pemeriksaan tu? kalau lama, kitorang kena cari tempat untuk tidur semalaman, 


Abang, 

Tak tahulah saya kenapa dia minta akhir bulan Mac untuk ke hospital buat rawatan tu tapi sejak dua menjak ni dia alami sakit dada yang teruk. Dia mengadu yang jantung dia berdegup tak terkawal sampaikan saya boleh rasa denyutan jantung dia ketika saya sentuh dada dia, adakah itu satu petanda yang buruk? Saya berharap sangat agar ada masa yang cepat untuk dia menjalani rawatan...T^T Dia akan balas email abang nanti..saya dah pesan dengan dia supaya sentiasa buka email tu..jangan risau ^^ 


Email terbaru yang saya terima dari Ayu 
pada Khamis, 24 – 1 -  2013 pukul 9:57 PM


Abang, 

Maaf abang, saya baru buka email, saya dah lama tak buka email pula haha!! broadband lupa nak bayar, ehehehehe..urm...Okey-okey saya benarkan (email Ayu saya jadikan entry) terima kasih atas nasihat abang selama ni. Kalau boleh biarlah semua orang lain ambil iktibar dengan kisah-kisah kami. Abang guna nama Ayu whoaa….comel-comel nama tu..ahahx! 

Pakwe saya terlibat dalam kemalangan minggu lalu. Saya jaga dia, dia sendiri cakap dia nak deactivate email pulak, gedik betul mamat tu..haha. Kita orang tekad nak ke hospital dibandar M pada bulan Mac juga, sebab bulan Febuari kita orang sama-sama ada periksa. 

Abang, saya nak mengadu.. :'( teman lelaki saya sudah sambung belajar sekarang (dibandar M), Sejak dia di sana, dia semakin sensitive, dia kerap marah-marah walaupun saya hanya terlewat balas SMS dia 10 minit.

Dalam bulan ini, dia kerap sakit-sakit dan pernah sekali ketika dia pulang kembali ke bandar MJ, saya ajak dia main kejar-kejar (macam budak2 aje..haha!!) dia layan kejar-kejar saya tapi tak sampai 100 meter, dia tiba-tiba membisu dan tekan-tekan dada dan mengadu bahawa jantung dia berdegup tak sekata. Bila saya sentuh dada dia, saya boleh rasa degupan jantung dia, amat kuat, tak macam biasa!

Perkara yang sama juga berlaku ketika dia di bandar M sampai dia sampai melutut-lutut menahan sakit dada tu. Masa kami buat explorer bandar setiap malam juga dia makin cepat sesak nafas. Saya marah dia kerana awal-awal tahun lagi saya berpesan supaya dia cepat-cepat ambil inhaler dari hospital kerajaan, tapi dia hanya jawab, "ada inhaler atau tak, sakit Zam bukannya boleh sembuh, kan?"

Mula dari itu, dia start sakit kepala pula, katanya sakit kepala sampai mata berpinar-pinar dan badannya menggigil, risau saya. Entahlah dia jaga diri kat sana entah tidak dibandar M tu. Lagi menambah tak keruan saya bila dia terlibat dalam kemalangan tempoh hari, saya risau, abang...dia makin kurang jaga kesihatan sejak berjauhan dengan saya, saya bimbang kalau-kalau dia terus begini 3 tahun akan datang.

Saya sebenarnya menangis dalam diam, tanpa pengetahuan dia. Saya kuat kerana dia dan tak dapat bayangkan kalau-kalau dia tiba-tiba hilang di mata saya. Entah mengapa saya tak sanggup tengok dia menderita kesakitan, saya tak sanggup melihat dia menderita dengan HIV ni. Kenapa ya? Kenapa Allah turunkan virus tu kat dia? Adakah itu tandanya Allah beri peringatan tentang dosa dia dulu?

Sekarang ni, saya tak lekang dengan dia, setiap 1 saat saya tak boleh nak jauhkan diri dari dia. Hampir kerap juga saya telefon dia, saya bimbang, bimbang dia down bila fikirkan sakit dia kat sana nanti (bandar M). Dia pun dah semakin kerap demam, saya harap agar dia kekal kuat, saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan dia, setengah mati rasanya bila dengar dia kemalangan tempoh hari. Serius, saya sayangkan dia walaupun dia PLHIV........



Saya bimbang bila membaca email terbaru dari Ayu yang bercerita tentang keadaan kesihatan kawannya itu yang semakin merosot, degupan jantung yang bergerak pantas ketika berkejaran, adakah itu tanda seperti yang pernah saya sendiri alami suatu ketika dulu sehingga akhirnya sukar melangkah walau setapak kerana degupan jantung yang bergerak sangat pantas. Adakah itu permulaan tanda awal gejala AIDS "PNEUMONIA" 

Ya Allah saya bimbang memikirkan keadaan kemungkinan sesuatu yang boleh berlaku keatas diri Zam, teringat saya tentang kisah Adik MS dulu.

Semua pertanyaan Ayu telah pun saya jawab melalui email kepadanya, saya juga ada meminta Ayu agar memujuk Zam menghubungi saya melalui email, sebagaimana yang Ayu ceritakan, Zam adalah seorang yang degil, dia sampai sekarang tidak mengirim satu pun email kepada saya. Sekurang-kurangnya saya boleh cuba memujuk Zam agar segera berjumpa doktor.

Apakah nasihat dan bantuan terbaik yang boleh saya berikan kepada kepada Zam dan Ayu? - NAJMI

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)