Wednesday, 16 January 2013

SAKINATUL AHYA - PELAJAR WANITA LUAR NEGARA RESAH TUNANG SEORANG GAY

Luahan saudari Sakinatul Ahya ini telah dikirim kedalam ruang komen didalam entry "PUAN WANNA B WISE - DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN GAY". Sakinatul Ahya ketika ini berada di Amerika Utara melanjutkan pelajaran dan telah pun bertunang. Masalahnya tunang Sakinatul Ahya adalah seorang gay. 

photo hiasan

Assalamualaikum Abang NajMi,

Sebenarnya dah lama jugak saya follow blog ni. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu dan pengalam yg abg Najmi perolehi sepanjang perjalanan hidup, banyak memberi peringatan kepada yg di luar sana termasuk saya sendiri. Sangat informative dan terkini, blog ni adalah sumber tazkirah saya jugak. 

Minta maaf saya katakan, sebelum ini, saya jugak antara orang yg skeptikal terhadap golongan LGBT. Sehingga suatu hari, saya juga diuji Allah hampir sama seperti yg dialami oleh Puan wannaBwise setahun yang lalu, namun masih jauh diperingkat awal..bukan suami tetapi tunang. 

Entry ini memang sangat bererti bagi saya dan saya sangat kagum dengan Puan wannaBwise, Alhamdulillah dengan ketabahan dan kekuatan yg Allah kurniakan kepada Puan wanna Bwise. Puan sangat positive. 

Namun saya percaya, bukan sesuatu yang senang untuk dilalui, sebab saya faham betapa gementarnya seluruh tubuh saat mula-mula mengetahui rahsia itu. Sedar tak sedar, sudah setahun saya simpan rapi rahsia ini daripada sesiapa sahaja, termasuk tunang saya sendiri. 

Selama itu jugak, saya masih lagi mencari-cari hikmahnya setelah beberapa kali Allah telah membuka hijab rahsia itu kepada saya. Dan saya YAKIN ALLAH SANGAT SAYANGKAN SAYA DAN JUGA TUNANG SAYA. 

Saya ingin benar mendapatkn nasihat drpd Puan wannaBwise personally. Harap abg NajMi dapatt share contact Puan wannaBwise sekiranya ada atau Puan sendiri sekiranya membaca komen saya.  

Thanks a lot. Semoga Allah merahmati kita semua :) 


Wassalam. 
Sakinatul Ahya


photo hiasan
Salam Abg Najmi dan Anonymous..

Terima kasih atas response yang diberi oleh abang NajMi dan Anonymous (dan mohon maaf lambat saya reply).

Kepada Anonymous yang mengalami masalah sama dengan saya, boleh saya tahu, apa tindakan awak bila dapat tahu tentang hal sebenar? (klik dan baca komen saya dan anonymous diruang komen didalam entry ini disini).  


Sebelum ini, saya memang agak celaru untuk buat keputusan, tapi Alhamdulillah, lately Allah telah bagi kekuatan untuk saya memilih. 

Tetapi walaupun saya sudah buat keputusan untuk batalkan pertunangan saya, saya masih belum berterus terang dengan dia sebab banyak perkara yang saya fikir untuk kebaikan masing-masing dan keluarga kedua belah pihak. Tambah pula saya dan dia masing study di North America untuk PhD, dan masing-masing masih ada 3 tahun lagi, insyaAllah.

Saya rasa dia pun tidak berkeinginan untuk berkahwin sehingga kami tamat study. Jadi, buat masa ini, yang terbaik adalah simpan dulu. Tapi saya dah maklumkan kepada keluarga saya tentang hal untuk batal pertunangan tapi saya tidak cakap kenapa. Alasan yg saya bagi adalah atas sebab perasaan yang saya ada terhadapnya, saya rasa masih belum cukup untuk kami hidup sebagai suami isteri. 

Keluarga respect keputusan saya, cuma kami semua masih pendamkan untuk kebaikan semua pihak. 

Walaupun saya buat keputusan macam ni (yang sebenarnya memang bukan mudah), jika diizin Allah, saya tetap nak terus menjadi sahabat baik dia, dan saya berniat untuk tarik dia semula walaupun sukar. 

Saya tertarik dengan satu komen abang Najmi..yang sentuh bab peranan kita sebagai orang terdekat untuk bawa semula dia ke jalan Allah, memang dah jadi tanggungjawab kita sebagai orang yang tahu. Tetapi sekarang ini, perkara ini yang membuatkan saya kembali berfikir, ianya bukan mudah. 

Dan saya juga pasti, kalau saya sendiri berterus terang dengan dia yang saya tahu keadaan dia, pasti dia memberontak dan menjauhkan diri daripada saya. Dan lagi saya takut sekiranya dia terus hanyut.

Dan apa yg saya risau sekarang, situasi bila kami berada di sini, di luar negara (North America), golongan seperti itu sangat berleluasa, dan saya dapat rasa yang dia sememangnya ada contact/kawan-kawan seperti itu, semakin hari semakin ramai. 

Dalam universiti pun memang ada club untuk LGBT. Itu cabaran yang kuat sehingga saya menjadi serba salah, takut dia semakin menyimpang lebih jauh.

Bayangkan kami masih ada 3 tahun disini (North America) macam-macam boleh jadi. Saya yakin tiada seorang pun keluarga dia tahu, dan saya berdoa agar saya sendiri diberi kekuatan untuk terus menyimpan aib dia ini sampai ke akhirat, dan semoga dia diberi hidayah daripada Allah untuk kembali..InsyaAllah.

Saya cuma nak tanya pendapat daripada Abg Najmi dan sesiapa saja,
agaknya mcm mana cara terbaik untuk saya mendekati dia? 


Apa yang perlu saya buat sekarang selain doa. Saya cuba selitkan apa-apa sahaja cerita yang berkaitan tetapi jika saya hendak selit pun agak susah, takut tak kena pada topik perbualan, tiba-tiba sebut pasti jadi pelik. 

Dulu sebelum saya tahu keadaan sebenar, saya pernah tanya dia macam mana kalau kita nak kenal golongan gay pada dia. Dia memang tersentak dan marah bila saya tanya mcm tu padahal saya sememangnya tiada niat langsung, dan tidak ada syak langsung pada dia. Saya tahu dia pasti sensitif dengan isu-isu ini kalau itu yang keluar dari mulut saya sendiri.

Dan atas sebab ini, walaupun bagi diri saya sudah ada keputusan untuk putuskan pertunangan, saya masih fikir jalan terbaik untuk sampaikan hasrat saya tu kepada dia. 
 


Thanks,
Wassalam
Sakinatul Ahya 




Saya juga berharap semoga pembaca entry ini sudi memberi kata-kata semangat dan bantuan nasihat kepada Sakinatul Ahya atau Sakinah ini. Klik ruang komen dibawah untuk membaca komen yang ditinggalkan oleh saudari Sakinah/Sakinatul Ahya dan komen pembaca lain yang saya kira menarik untuk dibaca. - Naj Mi
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)