Sunday, 20 January 2013

SHIELA - PERTAMA KALI MENDERMA DARAH SAYA DISAHKAN HIV POSITIF

Saya menerima kiriman email ini pada 15 Disember 2012 yang lalu. Kiriman dari seorang isteri yang baru sahaja disahkan sebagai pembawa virus HIV. Shiela (bukan nama sebenar) pasrah menerima dugaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Salam pembuka mukaddimah..

Encik Najmi, saya nak berkongsi satu dugaan yang terlalu besar untuk saya tempuhi. Saya pengidap HIV+. Semalam baru saya mendapat tahu keputusannya (14 Disember, 2012). Tak tahu macam mana nak cakap masa terima berita tu, so far saya tidak menangis depan doktor, di mana saya mendapat kekuatan ini?

Dugaan hidup saya terlalu besar, sebelum ini. Alhamdulillah kerana saya dipertemukan jodoh walaupun saya berbadan agak besar :) Dan saya bahagia dengan kehidupan saya hari ini. Memiliki suami yang bertanggungjawab, ada rumah, kereta dan kerjaya. Tetapi dugaan hidup saya betul-betul hebat, kami sudah berkahwin 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.
     
Sebenarnya Tuhan tu masih menyayangi saya, kerana itu dia tidak mengurniakan zuriat kepada saya. Saya akan mula berhijrah untuk diri saya, saya sudah pun membetulkan solat saya dan berzikir. Betul kata orang, seseorang manusia itu akan berubah bila mendapat hidayah, terpulang macam mana dia hendak berubah. Emosi saya masih lagi terganggu, tidur pun terganggu..makan apa tah lagi..

Bagaimana bermulanya episod duka ini,

Ketika bila saya rela hati menderma darah kerana itu pertama kali dalam hidup saya menderma. Betul-betul rasa teruja. Pada tanggal 12/12/2012 saya terima satu surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA hati saya betul-betul tak sedap ketika itu, dan seperti sudah dapat menggagak kenapa doktor hendak berjumpa dengan saya, sebab dekat sampul surat tu tertulis "ANDA TIDAK DIBENARKAN MENDERMA DARAH DIMANA-MANA SELAGI TIDAK MENGHADIRI TEMUJANJI INI".

Saya membaca blog anda, dari sini saya mendapat kekuatan. Saya yakin ''TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI KECUALI MATI'' dan apabila saya mendengar lagu dari kumpulan Opic tajuknyer "Rapuh" betapa sayu hati saya dan serapuh itu jugak lah hati saya ketika itu. 

''Tuhan itu tidak akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya''

Setakat ni saje coretan saya..lain masa kita bersua lagi..

-faith-
Shiela 



Salam abang,

Alhamdulillah Shiela sudah terangkan pada suami, sebenarnya sebelum kami berkahwin 5 tahun yang lepas kami ada menjalani ujian hiv iaitu prosedur yang wajib dilakukan sebelum berumahtangga. Masa itu alhamdulillah tak tersangkut pula. Mungkin Tuhan itu mahu pertemukan jodoh kami dan pastinya ada hikmah dan rahsia yang ditentukan oleh-Nya.

Semalam 16/12/2012, Shiela sudah berterus terang dengan suami tentang permasalahan ini, Shiela terkejut coz dia redha dan menerimanya. Time itu Shiela  menangis semahu-mahunya, kami saling berpelukan dan kami cuba tidak mahu menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku.

Tapi Shiela pun suruh dia buat ujian darah. Actually Shiela kena jumpa doktor di Hospital Sg Buloh.

Abang, nanti Shiela bagi zikir-zikir yang elok diamalkan..sharing is caring kan? :) Zikir dari 99 nama Allah, harap abang boleh sharekan di blog abg nanti.

Insyallah kita bersua lagi di lain waktu..

-faith-
Shiela 



Salam..

Abang, nak tanya something lah, kalau kita memang HIV+ betul ke dalam jangka hayat 10 tahun akan datang boleh menular kepada AIDS walaupun kita telah makan ubat dan mengikut saranan doktor??

Maaf lah andai pertanyaan Shiela ini boleh membuatkan hati abang sedih..

-faith-
Shiela 



Salam.. 

Thanks abang, Shiela buzy sikit laaa..so far sihat  jer, a bit busy aje. Shiela belum lagi berjumpa doktor pakar tu, bila Shiela ajak husband dia macam mengelak, tertanya-tanya jugak dalam hati, kenapa? Rupanya dia takut sangkut dekat insurance company, dia kata malu kalau satu office tahu, tapi kan penyakit kita rahsia kan? 

Kalau benda ni sampai ke pengetahuan insurance dan dihebahkan, kita boleh naik ke mahkamah untuk fight tak? benda ni pun mengganggu Shiela jugak coz Shiela pun ada insurance company.

 Abang boleh bagi pandangan? 

-faith-
Shiela 



Kami sempat berbalas-balas email tetapi sehingga kini saya tidak pernah bertanya punca dan bagaimana kemungkinan jangkitan HIV itu boleh berlaku. Mudah-mudahan Shiela dan suami dipermudahkan kehidupan dihari mendatang.

Alhamdulillah saya sudah menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Shiela melalui kiriman balas email saya kepadanya. Mana yang saya tahu saya jawab lah... 

Ada sesiapa yang boleh tolong berikan pandangan terangkan serta perjelaskan kepada Shiela tentang kaitan antara HIV dan insurance
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)