Friday, 11 January 2013

AIDS DAN PENYAKIT KULIT

AIDS KAITAN DENGAN PENYAKIT KULIT

HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus penyebab AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome). Virus tersebut menyebabkan keupayaan tubuh seseorang sukar mencegah jangkitan dan kanser. Akibat sistem kekebalan tubuh yang buruk tersebut, pesakit Aids umumnya mempunyai keadaan kesihatan yang sangat buruk pula, termasuk pada kulit.

Memang, jika seseorang menderita salah satu dari penyakit kulit ini, belum tentu orang tersebut menderita Aids, tapi boleh menjadi indikasi awal penyakit Aids.

• Psoriasis. 

Gejalanya adalah tompok kemerahan, berkerak, berkilat dan menimbulkan gatal. Biasanya terdapat pada kulit kepala, siku, lutut, punggung dan kuku tangan, di tempat yang sama pada kedua-dua sisi badan.


• Oral Thrush. 

Adalah jangkitan pada mulut yang disebabkan oleh kulat kandida, gejala umum penyakit ini adalah seperti ada krim putih di dalam mulut (lidah, langit-langit mulut, gusi, tonsil dan sekitar kerongkong), yang menimbulkan kesakitan atau luka apabila anda cuba mengikisnya atau sedang menyikat gigi. 

Parahnya, jangkitan kulat kandida dapat menyebar ke bahagian tubuh lain seperti paru-paru, hati dan kulit. Hal ini lebih sering terjadi pada mereka yang menghidap Aids, kanser atau penyakit lain yang menyerang sistem kekebalan tubuh.



• Sarkoma Kaposi. 

Adalah salah satu bentuk kanser yang terjadi pada kulit. Gejalanya adalah keunguan pada kulit dan boleh tersebar dengan mudah, termasuk ke organ dalaman. Penyakit ini dapat disembuhkan dengan pembuangan kulit yang mengalami gangguan, kemoterapi dan radiasi.


 
• Oral hairy leukoplakia. 

Adalah jangkitan yang berlaku di mulut, disebakan oleh Epstein-Barr virus. Gejalanya adalah terdapat tompok putih pada mulut (di bawah atau disamping lidah). Tompok boleh berbentuk rata atau menonjol dan berbulu. Oral hairy leukoplakia tidak menimbulkan rasa sakit.


• Molluscum Contagiosum. 

Adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus dan menular. Gejalanya ialah tompok putih atau ada benjolan berwarna. Penyakit ini akan menjadi serius jika dialami oleh pesakit gangguan sistem kekebalan tubuh.


• Herpes. 
herpes simplex type 1
herpes simplex type 2

Herpes dibagi menjadi dua, iaitu herpes simplex type 1, yang sering mengenai daerah mulut, leher, muka, dan mata serta menimbulkan luka, sedangkan herpes simplex type 2, sering mengenai daerah organ pembiakan (genital herpes). Herpes simplex boleh menular melalui hubungan tubuh, misalnya berciuman atau bersetubuh.


• Herpes Zoster 

Penyakit ini disebabkan oleh virus cacar. Virus ini tetap aktif dalam susunan saraf pesakit cacar dan boleh aktif kembali. Gejala awalnya adalah mati rasa, gatal dan sakit yang berdenyut. Kemudian gejala akan bertambah, seperti bintik merah, berair, sakit, hanya pada sebelah bahagian badan atau wajah.

Klik disini - PENYAKIT HERPES DAN PENCEGAHANNYA
 


• Seborrheic Dermatitis. 

Adalah keradangan di sekitar wajah, kepala, dada, punggung dan pangkal paha. Kulit akan kemerahan dan mengelupas.



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)