Tuesday, 29 January 2013

NAZRI - ABANG TOLONGLAH SAYA, APA YANG PATUT SAYA BUAT


As-salam abang Naj Mi,

Saya dah mengikuti blog abang dah lama dah. Nama saya Nazri (bukan nama sebenar). Saya berumur 20 tahun.  Saya ni seorang gay memang dari kecil, saya anak kedua dari 4 org adik beradik, untuk pengetahuan abang, saya sorang sahaja anak lelaki. Saya pun tak tahu kenapa saya dilahirkan dengan naluri yang sebegini. Untuk pengetahuan abang, ibu bapa saya sudah pun tahu saya ni macam mana.

Masalahnya sekarang abang, mereka asyik stresskan saya dengan suruh berubah. Semua orang tak paham peritnya bila dilahirkan dengan naluri songsang ni. Mereka ingat dalam sekelip mata sahaja boleh berubah. Mereka kata mereka malu dapat anak macam saya. Saya sedih abang, bukan saya mintak jadi macam ni. Kadang kadang rasa nak  bunuh diri je, baru mereka puas hati kot. Mereka dah malu bang.

Kadang kadang saya akan menangis tengah malam sorang sorang sebab terkenangkan nasib saya. Saya jadi gay memang dari kecik bang, takda sapa buat, tapi naluri suka kepada lelaki tu memang ada.

Semenjak dari sekolah rendah lagi, kawan-kawan sudah ejek saya pondan, bapuk, sotong sebab saya kawan dengan perempuan. Sebab bila berkawan dengan perempuan saya rasa selesa berbanding lelaki. 

Saya ingat lagi semasa saya darjah satu, mak saya belikan beg hello kitty ke sekolah. Semua kawan lelaki ejek saya. Keadaan ejek mengejek tu berlaku sehinggalah saya di tingkatan 2.

Di tingkatan 3, mereka sudah berhenti dari mengejek saya sebab saya sudah nampak macam lelaki, i mean selepas baligh. Saya start expose dengan PLU ni bila saya dia tingkatan 5 lagi. Saya mula bergaul dengan budak-budak PLU (gay) dari UiTM,Unisel. Jadi saya mula terikut-ikut. Dalam pada masa yang sama saya telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang lebih tua 5 tahun dari saya. Saya hanya bertahan dengan dia selama 8 bulan.

Lepas itu saya menjalankan hubungan dengan seorang lelaki yang tua setahun dari saya. Juga tidak tahan lama. Hanya 7 bulan. Dari kekasih saya yang kedualah mak bapak saya tahu saya ni bagaimana. sebab saya selalu bawak boyfriend saya tu balik rumah. Tidur kat rumah, jadi mereka mula rasa curiga.

Pada satu hari tu, mak saya panggil kami berdua. Saya jawab dengan jujur. Mula-mula menangis mak saya, tapi saya ceritakan yang saya bukan mintak untuk jadi macam tu, dan saya cakap dari kecik lagi. Mak saya try untuk paham. Lepas itu saya tetap melakukan hubungan seksual dengan boyfriend saya. Sehinggalah saya terkantoi bila mak terjumpa kondom yang saya pakai. Then dia bebel lagi, dia malu katanya dapat anak macam saya. Sedih sangat saya rasa. Saya rasa tak ada siapa yang faham apa yang saya rasa.

Dia kata nak bawa saya pergi berubat. Tapi pada pandangan saya, bukan mudah untuk berubah. Terus terang saya ni bab tentang agama memang kurang. Saya tidak salahkan ibu bapa saya, mereka sudah berikan saya didikan agama secukupnya. Cuma saya yang tidak praktikkan. Saya juga abaikan Tuhan (agama), saya tahu itu salah. Sebab saya rasa Tuhan tidak akan dengar pun doa saya. Saya ni jijik, keji dan hina !

Semalam saya terkantoi lagi dengan mak saya, ketika saya tengah melancap sambil tengok porno. Dia bebel lagi bang, lagi sekali dia cakap dia malu dengan saya, dia tak sangka saya macam ni.

Untuk pengetahuan abang, saya mempunyai nafsu seks yang kuat. Jadi saya kerap beronani. Fantasi seks saya sangat tinggi bang. Saya tak boleh nak berubah, plus saya ni jenis akan dapatkan jugak apa yang saya nak ! Cuba abang bayangkan saya sudah pandai beronani pada umur 5 tahun lagi. Tiada siapa ajar saya melancap, tapi saya yang belajar sendiri, jadi onani tu dah jadi sebati, habit dalam hidup saya.

Entahlah bang, saya sedih sangat. Kenapa saya tak dapat happykan mak saya. Saya rasa nak lari je dari rumah, rasa tak nak hidup dah bang. Stress, semua orang pasti akan ada darkside kan bang ? teruk sangat ke saya ni ?

Saya pernah 3 kali bercinta dengan perempuan sebelum saya couple dengan lelaki. Tetapi semuanya gagal. Saya boleh sayang dan cintakan perempuan tetapi nafsu saya kepada perempuan memang tidak ada bang. Suruhlah dia (perempuan) bogel depan saya sekali pun belum tentu saya bernafsu. Tetapi satu yang pasti, saya memang nak kahwin. Saya nak ada anak. :)

Bang ex-boyfriend saya yang nombor 2 tu kata dia ada HIV bang, saya takut saya pun adalah :( macam mana ni! Abang tolonglah saya bang. Apa  patut saya buat ?


Nazri
Isnin 
28 - 1 - 2013



Jawapan email saya kepada Nazri

Nazri ada kata Nazri memang nak kahwin, tapi dalam masa yang sama Nazri kata Nazri tidak ada nafsu kepada perempuan, adakah Nazri nak berkahwin suatu hari nanti hanya nak menutup kelemahan Nazri? Jika tidak bernafsu langsung pada wanita sebaiknya Nazri elak kan diri dari memaksa berkahwin, kesian isteri tu nanti. Kahwin kalau kita benar-benar bersedia.

Nasihat abang, Nazri perlu mendalami ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, lakukan segala suruhan Dia, solat jangan ditinggalkan dan penting Nazri kena kerap berdoa kepada Allah minta supaya Nazri dapat mengawal diri Nazri dari terus terjebak melakukan seks sejenis. Umur Nazri 20 tahun walaupun beronani itu salah disisi agama tetapi bagi abang lebih baik beronani daripada melakukan seks bebas. 

Sebenarnya naluri Nazri itu adalah dugaan Allah juga, Allah nak menguji sejauh mana Nazri mampu mengawal diri, sekiranya Nazri mampu mengawal diri insyaallah syurgalah tempat Nazri satu hari nanti. Orang kata jihad melawan nafsu. (Klik disini)

Abang memang tidak mengalakkan Nazri meneruskan kehidupan songsang ini, abang lebih mengharapkan agar Nazri mendekatkan diri kepada Allah, jika Nazri bersungguh-sungguh hendak berubah pasti Nazri akan segera mengambil tindakan cuba mengubah diri, pasti Nazri akan lakukan solat. Solat itu penting (wajib) berdoalah kepadaNya yang baik-baik insyaallah akan dimakbulkan.

Sekiranya semalam Nazri telah terlajak melakukan hubungan seks sejenis (bebas), dan hari ini Nazri minta ampun dari Allah pada hari ini pasti Allah akan mengampunkannya. Allah maha pemgampun lagi maha penyanyang, Allah akan sentiasa dan suka kepada umatnya yang sentiasa merendah diri dan selalu berdoa memohon keampunan dariNya, Allah suka umatnya minta apa sahaja kebaikan dariNya. Kita kena selalu berdoa minta kebaikan dariNya barulah Allah memakbulkan permintaan kita. Kalau Nazri tak minta apa-apa macam mana Allah nak berikan.

Nafsu kuat insyaallah boleh dibendung dengan melakukan amalan puasa sunat, kalau nafsu Nazri kuat puasa sunatlah setiap Isnin dan Khamis sekurang-kurang boleh mengelak diri dari berterusan berangan-angan tentang fantasi seks itu. Bila kita kerap puasa sunat, abang pasti lama kelamaan nafsu yang kuat itu dapat Nazri kawal atau dikurangkan dari masa kesemasa.

Percayalah Allah pasti akan mendengar doa seseorang walau buruk mana sekali pun kelakuan yang pernah dilakukannya. Anggapan Nazri bahawa Allah tidak mendengar dan memakbulkan doa Nazri itu salah, Allah mendengar walau doa itu datang dari seorang pelacur sekali pun. Ingat walaupun gay kita masih mampu masuk ke syurga dengan syarat kita tidak menyekutukanNya. Kita masih berpeluang diampun segala dosa yang telah kita buat selagi mana nyawa kita masih tidak berada dikerongkong kita, selagi itulah doa kita didengari Allah. 

Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 

Abang memang tidak galakkan Nazri berterusan bergelumang dan melayan naluri tersebut, abang tahu sememangnya sukar mengawal tetapi abang pasti Nazri boleh mengawalnya dengan bijak.

Tindakan pertama, seperti yang abang sebut tadi, Nazri perlu dekatkan diri padaNya dulu, solat 5 waktu jangan ditinggalkan, berdoa pada Nya selalu minta keampunan dariNya juga. Nazri kata Nazri masih berkeinginan hendak berkahwin, so bermula dari sekarang Nazri kena sedaya upaya mengawal diri, jangan layan fantasi seks itu banyakkan bersenam atau beriadah, berusaha kawal diri dari melayan laman-laman web lucah. Nazri belum terlambat, Nazri boleh mulakan dari sekarang. 

Abang pasti kebanyakkan mak ayah pasti akan berasa sedih sekiranya anak mereka punya naluri songsang, abang percaya pasti mak ayah Nazri juga kerap berdoa minta agar Nazri boleh berubah, marah mereka itu tandanya mereka sayang pada Nazri, pasti mereka tidak mahu sekiranya ajal Nazri tiba nanti Nazri akan terus dicampak kan ke neraka, sedih dan marah mereka itu berasas, mereka berhak berusaha melindungi Nazri kerana Nazri anak kandung mereka walaupun mungkin mereka sudah tersilap melayan Nazri yang sepatutnya melayan sebagi seorang lelaki ketika waktu kecil dulu. 

Kita ada agama, kita ada Allah, kita percayakan Allah, kita bukan kafir, kalau kita kafir pasti mak ayah pun tak kisah kalau kita gay kan, tapi kita ada agama, agama kita Islam, jelas aktiviti songsang ini salah, nasihat abang lagi jangan terikut-ikut naluri tersebut, kita perlu ada niat dalam hati serta ada tindakan berusaha cuba untuk berubah atau sekurang-kurangnya berusaha mengawal nafsu tersebut.

Akhir sekali, sekiranya Nazri ada kebimbangan takut kemungkinan ada HIV, Nazri perlu jalani ujian darah HIV. Pergilah "Jalani Ujian Saringan HIV" Hospital Kerajaan sebab disana ujian adalah percuma, kalau Nazri hendak buat ujian di Klinik swasta seperti BP Health bayaran kurang dari RM50. 

Abang harap Nazri bebas dari jangkitan itu, tetapi sekiranya "kantoi" Nazri masih belum terlambat untuk mendapatkan rawatan awal. Jangan duduk diam kalau rasa diri kemungkinan ada HIV. Ramai orang diluar sana yang tidak tahu diri mereka dijangkiti sehinggalah bila sudah jatuh sakit teruk dan terlantar masuk hospital baru mereka tahu. Nazri buat lah ujian darah ok.

Nazri juga kena tahu jika kita rasa ujian yang kita hadapi ini amat sukar, pasti akan ada insan lain yang berganda-ganda lebih sukar ujian yang mereka terima dari daripada yang kita hadapi (seperti kisah Adik MS ini). 

Bayangkan kalau diri Nazri positif HIV, pasti kepada mak ayah juga tempat Nazri terpaksa mengadu, usia Nazri masih muda, abang pasti Nazri mampu mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik disayangi dan dirahmati Allah, dapat mengawal diri.

Jangan tunggu Allah memberi dugaan yang lebih besar baru Nazri nak berubahkan. Cubalah berubah dari sekarang, walaupun sedikit demi sedikit, usaha kena ada kearah itu jangan kata kita nak berubah tapi tak ada usaha langsung, itu tak betul. Anggap teguran mak ayah itu sesuatu yang positif, sebagai anak hormati mereka dalam masa yang sama Nazri cuba kawal diri, bukankah Nazri punya niat hendak mendirikan rumah tangga satu hari nanti....


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)