Saturday, 26 January 2013

AZMAN - DISAHKAN HIV +VE MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN

Azman seorang biseksual yang mampu untuk berkahwin dan akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi tetapi bimbang kerana baru sahaja disahkan HIV+ve.


Email Azman pada saya,

Salam Najmi...

Man terbaca blog najmi, banyak info dan bagus dan terima kasih. Straight forward,  i am a gay seorang bisexual, sudah bertunang dan akan berkahwin lagi dua bulan. Dua hari lepas Man buat blood test dan i am HIV+ ve, Man buntu. Patut ke atau tidak Man call off the wedding? Please advice me. Man nak kahwin dan nak bina kehidupan baru, Man dah tak nak jadi gay, Man dah tak nak main pondan...  T__T.. SORRY to distrub u... 

Azman
Sabtu, 26 -1 - 2013 



Jawapan Saya pada Azman

W Salam 

Berbincanglah dengan tunang, kalau tunang sudi terima Man sebagai suami yang +ve HIV Man teruskanlah perkahwinan tersebut, TETAPI Man perlu faham dan belajar tentang HIV/AIDS segala maklumat bagaimana cara jangkitan dan sebagainya. Kena tahu bagai mana cara bagi mengelakkan isteri dari dijangkiti. Dan penting Man perlu menerima rawatan di hospital. 

Hentikan perkahwianan sekiranya tunang Man tidak boleh terima, jangan paksa diri, insyaallah apa yang berlaku ada hikmahnya dan jika Man sabar insyaaallah akan ada jodoh yang menunggu Man dimasa depan. Ada lagi dua bulan menjelangnya majlis perkahwinan tersebut, rasa abang Man punya masa untuk hentikan segera sekiranya itu keputusan yang terbaik yang telah Man dan tunang buat (setelah berbincang) 

Alhamdulillah dengan pengakuan Man yang tidak mahu lagi terlibat dengan gejala songsang ini. Semoga kehidupan Man di rahmati Allah hendaknya.



Email Azman pada saya 

Thanx for your prompt reply...

Man kena tunggu 2 minggu lagi untuk pengesahan dari doktor, should i tell my parent? Man akan bincang dengan tunang selepas dapat final result. Tapi seems like masa makin suntuk, malah barang-barang dah siap. 

Tadi Man tanya, tunang cakap invitation card not distribute yet.. fuhh lega. Tapi Man memang dah tinggalkan dunia (songsang) tu tetapi bila Man dah nak kahwin, tak tahu pulak jadi macam ni. Anyway thanks for your kind advice. Ni sudah 2nd engagement, 1st putus sebab family arguement, kalau putus lagi kali ini, mana family Man nak letak muka.. 

Najmi, Thank you very much for your concern. May ALLAH bless you... Amin 

Azman


Salam abang Najmi,

Man sudah jumpa doktor keputusan rapid test Man Positive HIV, doktor akan buat ELISA untuk pengesahan seterusnya. Man di kampung sekarang... Man dah berita tahu kepada mak abah dan kakak Man, syukur pada Allah.. mereka menerima dengan lafaz Alhamdulillah... Man yakin doa ibu itu adalah doa yang dimakbulkan langkah seterusnya kami akan berbincang cara terbaik bagaimana untuk disampaikan kepada tunang Man. Mohon doa dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbi

Azman
Sat, Feb 9, 2013


Salam abg Najmi... 

Ini message dari tunang Man (setelah status HIV Man diberitahu kepada tunangnya), Man baru balik jumpa dia tadi... 

"Abang, sampai sekarang Ayg tak leh nak lelapkan mata.ayg dah fikir panjang dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ayg tak akan cerita kepada mak dengan abah tentang abang. Ayg terima abang seadanyan Ayg akan jaga abang. Ayg anggap semua itu ujian dari Allah. Kita ni manusia biasa, sihat, sakit semuanya datang dari Allah. Syukur ya Allah.."


Salam abang Najmi

Terima kasih abang najmi atas nasihat, doa dan sokongan. Berita gembira ini telah pun dikongsi bersama emak dan kakak Man. Berkat doa mereka yang tak pernah putus. Allah memudahkan perjalanan Man. Semalam Man dah beli cincin perkahwinan kami. Kad undangan akan diedarkan minggu ni.

Alhamdulillah Man akan terus berusaha untuk mencari maklumat untuk kebahagiaan kami semua. Man doakan abang mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat,harap kita terus berhubung, kalau diizinkan Allah, kita boleh bertemu mengeratkan tali silaturrahim, anggaplah Man sebagai adik abang, bertemu kita kerana Allah.. 

Azman 
Tue, Feb 12, 2013 



*Terbaru - Lagi email Azman pada saya


Salam abang Najmi... 

Masih ingat Man? Lama Man tak update berita. Dua minggu lepas ayah tunang Man meninggal dunia akibat serangan jantung, jadi abangnya akan jadi wali untuk tunang. Dipendekkan cerita.. ustaz kata wali ada hak tahu kedudukan Man yang sebenarnya (HIV Positif). Abg dia tidak mahu jadi wali dan meminta perkahwinan ini dibatal. Semua ini berlaku semalam (27/03/2013). Tinggal hanya 4 hari lagi dari tarikh perkahwinan kami yang akan berlangsung pada Ahad ini 31/03/2013.

Hanya Allah yang tahu betapa hati kami berdua begitu kecewa. Mohon doa semua moga kami tabah hadapi ujian ini. Melihat linangan airmata emak, abah dan abang serta kakak meruntun jiwa Man. Syukur kepada Allah walaupun Man tidak dapat mendirikan rumahtangga tapi Man dapat rasakan kasih sayang dari seluruh family Man.. Alhamdulillah

Azman
Thu, 28-3-2013


Nasihat Saya buat Azman

Azman, 

Kita tidak boleh memaksa, terutama masyarakat yang tidak memahami tentang HIV/AIDS untuk menerima keadaan diri kita. Abang tunang Man selaku wali pernikahan telah bertindak menghalang sebuah masjid didirikan, abang pasti ia antara insan yang fobia dan tidak memahami tentang HIV dan dalam masa yang sama mungkin dia menganggap dia telah mengambil langkah terbaik buat kebahagian hidup adik perempuannya.

Abang sedih bila mendengar khabar berita ini. Walau apa pun yang berlaku ianya juga antara dugaan yang perlu Man hadapi. Ujian yang Allah turunkan buat Man sekeluarga serta tunang, dan abang harap Man boleh menghadapinya dengan tabah. Insyaallah ada rahmat disebalik ujian yang Allah turunkan ini. Insyaallah abang yakin Man seorang yang kuat dan tabah dan insyaallah akan dipertemukan dengan jodoh yang lain yang mungkin lebih baik.

Kita tidak tahu perancangan Allah, mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita begitulah sebaliknya. Mungkin akan menimbulkan masaalah yang lebih besar dimasa depan sekiranya perkahwinan ini berlangsung, Allah mengetahuinya maka untuk mengelakkannya dari berlaku maka Allah pisahkan Man dari tunang lebih awal. Mungkin akan ada kebahagian berganda buat Man dan tunang selepas ini (membawa haluan masing-masing)


Dan percayalah jika Man bersabar dan mampu mengharungi ujian ini dengan baik maka pastinya Allah akan kurniakan jodoh yang lebih baik buat Man. Abang berdoa agar Man tabah, tenang dan sabar menghadapi ujian ini dan abang boleh rasa ketabahan Man melalui kiriman email yang Man kirimkan kepada abang ini. Dan abang sangat-sangat bersyukur kerana Man mempunyai keluarga ibu bapa yang sangat memahami. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, abang cuba meletakkan diri abang ditempat Man, abang pasti buat masa ini Man, tunang dan seluruh ahli keluarga masih dalam kesedihan dan pastinya abang dan pembaca lain akan mendoakan kebahagian hidup Man dan tunang dimasa depan. Insyaallah perit akibat perpisahan pembatalan perkahwianan ini hanya sementara, "pastinya akan ada hujan sebelum munculnya pelangi yang indah"

 
Bagaimana pula nasihat anda kepada Azman? 

Kisah ini hampir sama dengan kisah didalam entry "BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG" di entry tersebut Zed adalah seorang gay tegar (yang sihat) tetapi bimbang untuk melangsungkan perkahwinan (dalam keterpaksaan).
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)